Selasa, 29 Jun 2010

Foto Sepanjang Lawatan Ke HCMC

Ini antara paparan suasana sepanjang hari ke 2 lawatan ke Cu Chi Tunnel
.......pemandangan dari bandar HCM ke Cu Chi Tunnel ....






































































Ini antara foto yang dapat diambil dan diabadikan disini...
jumpa lagi dilain catatan..
layannnnnnnnnnnnnn....

Jumaat, 25 Jun 2010

Pemandangan Sepanjang Lawatan Hari Pertama Di HCM City

Ini antara gambar-gambar yang sempat diabadikan dgn 3 kamera sepanjang lawatan di HCM City....
Hari Pertama dari LCCT ke HCM City








































































































antara senario inviroment kat HCMC ni yang sempat dirakamkan..... pada hari pertama..
jumpa lagi utk gambar-gambar hari kedua..
Layannnnnnnnnnnnn.......

Selasa, 22 Jun 2010

Shopping at Ben Thanh Market




Selepas selesai solat dan berehat sekejap kami bergerak ke Pasar Malam Ben Thanh... dan malam ini adalah malam terakhir berada di HCM City ni, .... jadi semuanya nak shoping all out hari ni.... hehehehe.... tapi aku moderate jer pasal budget aku untuk melancong jer....



.... yang jadi tumpuannya shopping kat sini ialah kedai barangan kulit, handbag, T-shirt, baju, cenderahati , kain sutera dan telekong.... harganya boleh tahan dengan kualitinya yang jauh lebih baik walaupun ada antara barangan bukan sepenuhnya asli... barang-barang tersebut cantik-cantik dan model yang terbaru...


...memang bergoncang iman dibuatnya....rambang mata.... pegang ni, tengok tu, belek tu nampak ni... sampai tak tau nak beli yang mana.... harga pun harga mampu dan jauh lebih murah dari harga kat Malaysia..


ada bermacam-macam jenis dan saiz , .... bukan golongan hawa saja yang tergoda kita yang golongan adam ni pun boleh tergugat.... aku beli gak satu handbag untuk wife .... design terbaru harga yang setelah tawar menawar lebihkurang 28 USD ( RM 92 ) - 532 000 Dong duit Vietnam.... kalau kat Malaysia tak dapat harga tu paling kurang RM 250 tapi design nya yang lama sikit...





... aku beli gak purse kulit 50 000 Dong ( RM 10 ) OK gak kualitinya.... beli sedikit cenderahati untuk jiran-jiran dekat rumah ..... segan gak kalau tak bagi apa-apa kat diaorg pasal kalau diaorg pergi mana-mana ader jer cenderahati untuk my family.... tapi aku beli ikut kemampuan laa...



Ada bermacam-macam jenis dan bentuk serta saiz cenderahati boleh didapati disini yang boleh dibeli sebagai kenang-kenangan... rata-rata harganya dalam lingkungan 15 000 Dong hingga ke 25 000 Dong setiap satu...

T-shirt kebanyakannya dijual dengan harga 3 USD hingga 10 USD tapi boleh tawar menawar jika dibeli dalam kuantiti yang banyak... aku beli 3 helai T-shirt Adidas buatan Singapura dengan harga 10 USD ( RM 33 untuk 3 helai )...

...dalam kawasan pasar malam tu ada gerai disewa org vietnam keturunan melayu champa, so kita org singgah kat gerai diaorg dan membeli serba sedikit barang sebagai sokongan kepada mereka...tambahan pula diaorg ni org islam.... aku membeli 2 pasang telekong bersulam dan 2 helai sutera buat isteri dan bonda....

... dan sorang lagi org melayu champa menjual telekong dan mini telekong di lorong bersebelahan dengan harga yang berpatutan juga... taukey nya bernama Kassim Selamat dan beliau selalu juga turun Terangganu hantar telekong buatan Vietnam ni ke Pasar Payang KT.

Satu pengalaman aku kat Pasar Malam Ben Thanh ni... bila di dekati penjual cenderahati cilik vietnam pada malam terakhir kami shoping di kawasan perniagaan tersebut... pada mulanya ianya menyuarakan supaya saya membeli barang yang dijualnya....fasih ingglish nya.., maka aku pun iklaslah melayannya dan menanyakan berapa harga barangan yg ditawarkan " How much ".., so dia jawab "it`s price 1USD each but I sell 3 USD for 3 "..... aku fikir ala beli pun nak buat apa so aku pun cakap kat dia ... " thank you, i`m dont want to buy.."... terperanjat aku dengar dia jawab..." i dont want your thank you , i want your help.." ..dia mengulangi nya beberapa kali dengan suara semakin meninggi.... aku pun ulang beberapa kali " i dont want to buy, i already have ".... menambahkan lagi teperanjatnya aku bila dia menjawab dengan nada tinggi seolah-olah menjerit ".... if you dont want to buy, why you ask how much.." dan mengulanginya beberapa kali.... dan menyebabkan aku jadi begang atas sikap kurang hajarnya dan tak melayannya lagi.... dan sebelum dia pergi sempat dia mengugut aku..... " you be careful...." ... kurang ajar sungguh budak ni rungut aku dlam hati.... nasib baik kat HCMC kalau kat KL dah tentu kena cepok budak tu..... so kalau kau org terserempak dgn diaorg ni si penjual cilik , ignore jer kalau tak berminat nak beli brgan yg dia org jaja....
...... satu lagi hati-hati dengan sendiket yg menawarkan perkhidmatan seks.... kena ingat yang tersayang ditanahair... KITA DTG SINI NAK MELANCONG BUKAN MELENCONG...sendiri mau ingat laa.......... be careful and enjoy shopping...

..itu saja buat catatan kali ini.... jumpa lagi di lain catatan.... take care of yourself....
layannnnnnnnnnnn....

Ahad, 20 Jun 2010

Hari minggu kat Delta Mekong....

Hari ni hari terakhir untuk lawatan ke kawasan yang jauh dari HCM City, ... kerana esok kami akan berangkat pulang ke KL...pantas sungguh rasanya masa berlalu....






Seperti ke Cu Chi kami telah sepakat menggunakan khidmat Mr Thung untuk melihat Delta Mekong... bayaran yang dikenakan ialah 10 USD/orang tapi kerana kami seramai 16 orang beliau telah bebesar hati memberi discount sebanyak 2 USD/ orang... so kena bayar 8 USD jer la , bas kami bertolak pukul 8.30 pg.... kali ini kami menaiki bas yang lebih besar dari semalam... sama seperti biasa kami 16 orang sudah memenuhi separuh dari bas selainnya diisi oleh pelancung Amerika, Eropah dan Jepun...




Perjalanan selama 2 jam ke Delta Mekong melalui lebuhraya ke Kemboja agak membosankan hanya sawah padi .... bagi aku itu hanya lah pemandangan yang biasa dilihat... ramai antara mereka hanya melayan mata untuk tidor ...... aku pun tertidor juga akhirnya 1 jam sebelum sampai ke pengkalan bot ke Delta Mekong....




Kami memulakan perjalanan ke Delta Mekong dari Pengkalan Chu Ong Du Ong... Setelah selesai penerangan serba ringkas berkenanan perjalanan dan Delta Mekong kami pun memulakan perjalanan dengan sebuah bot besar No. 09 merentasi Sungai Mekong ke salah sebuah pulau yang terbentuk di Delta Mekong....

....ditengah-tengah Sungai Mekong ini terdapat beberapa pulau yang besar antaranya Pulau Naga dan Pulau Penyu.... tapi tak der pun Naga mau pun penyu kat situ.

...kami pun sampai ke sebuah pengkalan bot ..... di sana kami telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan , setiap kumpulan 8 org ahli dan kena berpindah menaiki bot yang lebih kecil untuk melawat pulau-pulau yang lain....

.... Sesampai disana kami telah di bawa melawat tempat membuat candy yang diperbuat dari santan kelapa... OK gak rasanya... tapi aku risau gak nak makan nya.. tu pun aku tanya diaorg yang makan ..... hehehehe...


Lebih kurang 30 minit kemudian kami menaiki semula bot yang sama ke sebuah lagi pulau yang lain... yang aku pun lupa nak catat apa namanya...... kat Pulau tu kitaorg makan tengahari.... bagi yang muslim kami disediakan muslim food berupa nasi putih makan bersama sayur rebus dan telor goreng...... kami juga dihidangkan sup labu.... kerana lapar dan dah masuk sekali dalam package perjalanan ini licin aku makan nasik dan sayur tu.... tp sup tu aku tak berani nak makan.





sesiapa yang berminat untuk berbasikal dan menaiki kereta kaldai boleh lah menyewanya dan mengelilingi pulau tersebut untuk melihat panorama dan aktiviti di pulau tersebut.....



..... 1 jam 30 minit kemudian... kami menaiki semula boat yang sama dan bergerak ketengah-tengah sungai mekong dimana di sana terdapat pelantar terapong dimana menjadi platform untuk berpindah menaiki bot yang hanya boleh dinaik oleh 4 penumpang beserta 2 pendayung untuk masuk lebih dalam ke Delta...... ini merupakan pengalaman yang bagi tak pernah naik bot macam tu ...satu pengalaman yang berharga...
...jika dilihat pendayung-pendayung bot tersebut memang mereka ini bekerja keras untuk mendapat rezeki dan dalam waktu yang sama membawa keunikan negara mereka kepada dunia luar.... memang mereka bersemangat dan komited dengan tugasan masing-masing..

...dalam lebih kurang 10 - 15 minit ... kami pun sampai ke pengkalan bot-bot kecil tersebut di tengah Delta....., disana kami telah dikumpulan di sebuah dewan terbuka dan diperdengarkan dengan nyanyian dari org vietnam dari bahagian utara.... OK gak laa... penyanyinya yang cunng ... sambil itu kami telah dihidangkan dgn buah buahan..

.... setelah duduk sebentar dan dihiburkan dgn nyanyian kami akhirnya dibawa kepusat pengumpulan hasil madu lebah dan biji bunga teratai.... kami telah dihidangkan dengan madu lebah yg dicampur perahan limau kasturi dan sedikit air.... suka aku dengan rasanya... ..... tapi nak beli boleh tahan gak harganya.... sebelum meninggalkan Delta Mekong sempat juga membeli serba sedikit cenderahati yang dijual di Delta ini yang mana jauh lebih murah dari yang di jual di HCM City....

30 minit kemudian kami menaiki bot 09 yg dinaiki semasa dtg ke Delta ini untuk kembali ke Pengkalan Chu Ong Du Ong, dalam perjalanan kami dihidangkan dengan air kelapa muda dan dalam pukul 4.00 ptg kami bertolak dengan bas ke HCMC dan sampai ke Hotel dalam pukul 5.45 ptg.... Mr. Thung sempat mengucapkan Selamat tinggal dan menyanyikan lagu Vietnam Ho Chi Min beramai-ramai... sporting laa diaorg ni dan menjadi trademark group kami SAME-SAME but DIFFERENT....sebaik saja sampai ke bilik masing-masing kami pun bergegas mandi untuk menunaikan solat.... magrib masuk waktu pukul 6.11 ptg...



Sampai disini dulu catatan di HCMC... jumpa lagi di lain masa......

Layannnnnnnnnnn

Khamis, 17 Jun 2010

Jalan Jalan Cari Makan.... kat HCM City

Balik dari Cu Chi Tunnel bertolak lebih kurang kul 4. 00 ptg... sepanjang perjalanan balik kebanyakan penumpang bas pelancong tidur kerana keletihan mengharungi dan memahami serta merasai penjelajahan Cu Chi Tunnel...... dalam waktu yang sama masing-masing pastinya kelaparan kerana sehari suntuk belum menjamah makanan selain dari sarapan pagi sebelum ke Cu Chi Tunnel.....




Aku tak dapat melelapkan mata walaupun seketika mungkin kerana kelaparan atau pun tak mau membazirkan waktu untuk melihat pemandangan sepanjang perjalanan ke Pusat Bandar HCMC.

Lebih kurang dalam pukul 5.15 ptg bas pelancong yang kami naiki telah berhenti di hadapan kedai makan Islam yang terletak di SO 2F Thi Sach Street, District 1..... Tersegam Papan tanda besar berbunyi NHA HANG BON MUA dalam bahasa malayunya KEDAI MAKAN EMPAT MUSIM..... Four Seasons Restaurant
..... nampak jer kedai makan melayu... atas desakan kelaparan dan telah diturunkan bas disitu... kami pun tanpa lengah-lengah terus masuk dan mengambil tempat duduk dan membuat pesanan.... tambahan pula pelayan restoran pandai cakap melayu..... rasa cam kat KL jer... dah tu kat kedai tu ader plaque Jalan jalan cari makan Petronas & TV3.... itu yang buat lagi teruja...




.....mula mula tu ingat nak order ala-carte jer tapi pelayan tu pandai provok supaya kita order makan hidang.....dia cakap semua org boleh rasa semua yang di hidangkan.... so kita org pun order jer laa macam kat Kl .... Ikan kerapu masak 3 rasa, ikan masak asam pedas, tomyam campur dan telor dadar makan sama nasi putih untuk makan 6 org... minuman kita org order soya cincau ais.... sambil tunggu makanan yang di pesan sampai.....pelayan tu cadangkan kita org rasa diaorg punya kerabu ..... we all setuju jer..... makan dengan keropok udang..... nampak biasa jer... tapi memang sedap..... sebaik jer habis kami makan kerabu tu... makanan yang di pesan pun sampai ..... kita org pun terus menjamu selera tambahan dah seharian tak kena nasi.... mmmm........






....... bila dah selesai makan , kami pun bersiap nak solat di Masjid berdekatan ..... so minta bil untuk bayaran..... masyaAllah ..... mahalnya ..... apa nak kata bayar jer laa.... 101 USD untuk 6 org makan, lebih kurang 17 USD sekepala..... ( RM 56.00 ), bagi sesiapa yang buat Budget Trips tak payah laa singgah makan kat situ...



Setelah semuanya bayaran makan dilunaskan kami pun terus bergegas ke Masjid yg terletak di jalan bersebelahan restaurant tersebut.... berwuduk ..... terus tunaikan solat Jamak Qasar berjemaah..... Alhamdulillah masih berkesempatan tunaikan tanggung jawab terhadap yg Agong..



..... setelah semuanya selesai tunaikan tanggungjawab masing-masing , maka kami pun bergerak ke bahagian belakang Masjid tersebut dimana di situ terdapat sebuah kedai menjual telekong bersulam buatan org islam vietnam berketurunan melayu champa.... cantik -cantik dengan harga yang boleh dikira berpatutan lebih kurang 240 000 Dong ( RM 48 ) sepasang,.... kalau kat Pasar Payang Ganu mau 60 - 70 Rial ( RM cakap ganu ).... so aku pun beli laa satu untuk Ayang aku kat M`sia..... buah tangan untuk buah hati...
Dalam menunggu member lain membelek telekong dan baju kat kedai tu, aku sempat pekena orange juice ais kat kedai makan islam berdekatan kedai telekong tadi.... laa ada rupanya kedai makan kat belakang ni... aku tengok menu makanannya jauh lebih murah dari restoran tadi.... tapi yer laa kan namanya pun restoran.... 20 000 Dong untuk sebotol orange juice ice.... lepas gak dahaga...

Setelah semua urusan selesai maka kami pun mula bergerak untuk melihat-lihat kota HCM waktu malam dan diwaktu yang sama melihat-lihat jika ada lagi kedai makan halal sekitar kota.... aku juga bercadang untuk membeli serba sedikit cenderahati dan buah tangan untuk isteri dan anak-anak..... juga buat teman teman rapat..


Ada beberapa lagi tempat atau kedai yang boleh didapati makanan Halal salah satunya di Pasaraya Pakson yang juga tidak berapa jauh dari masjid HCM iaitu kedai makanan segera Taj Mahal Indo Pak Halal Food dan D`Anjung Malaysia..... yang tu aku tak sempat nak ambik gambarnya....































Terdapat juga kedai makan mamak berdekatan Masjid HCM tapi harganya biasa laa mahal laa sikit.... kerana komuniti Islam terhad disini maka makanan halal agak susah didapati dan jauh dari hotel penginapan melainkan mereka yang melancong menggunakan agen pelancongan maka makanan halal tidak lah menjadi masalah besar...

Berdekatan hotel yang kami sewa terdapat juga sebuah restoran makanan Islam, Retoran VN.Halal terletak di 14 Pham Hong Thai, Ben Thanh harganya boleh tahan juga..... nasi goreng telur hancur 70 000 Dong ( RM14 ) dan Nasi paprik atau nasi ayam 75 000 Dong ( RM 15 ) tapi hanya menetap disana 4 hari 3 malam...... pejam mata jer laa... tapi kat sini memang kena banyak minum air kerana cuacanya agak panas jika dibandingkan dengan KL ... tapi bekalan air kat sini banyak cuma berharga dalam 5 000 Dong ( RM 1 ) - 20 000 Dong ( RM 4 ) jer.... OK laa ..... kalau yg mabuk tu mahal kat sini....... lu pikir laa sendiri.....

Nasihat saya jika sesiapa bercadang hendak melancong sambil shoping kat HCMC ni bawak lah bekalan makanan serba sedikit dan masukkan dalam luggage..... bungkus baik-baik supaya tak pecah atau tumpah .... makanan yang di syorkan mee segera, roti , tuna/sardine tin, majerin, kari ready made dlm tin, kacang panggang tin , kopi/tea/milo 3 in 1,sudu dan kalau boleh sumbat kettle 1 liter ..... tapi mau diingat jgn bawak pisau nanti kat airport dah kena selongkar luggage atau beg yg leh bawak masuk kabin..... yang utama jangan lupa bawak sejadah ngan kompas nak tengok kiblat kat sana memang tak der sejadah dan arah kiblat dalam hotel.....jalan.., jalan juga solat jangan tinggal bagi yang ada excuse tu tak per laa..... yg ni cadangan bagi mereka yang pergi melancong tanpa menggunakan khidmat agen pelancongan atau budget trips..... bagi yang ambik packages tu berlenggang jer laa .... lagi satu jgn lupa bawak beg extra ..... dan book luggage extra-larges utk masa balik waktu booking tiket tu.... Itu jer laa takat ni Selamat Melancong bagi yang dah dekat nak gi... jaga diri baik-baik dan jaga identiti sebagai warga negara Malaysia yang berhemah......


Minta diri dulu..... jumpa lagi dilain catatan.....
layannnnnnnnn...............