Rabu, 11 Ogos 2010

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.



Assalamualaikum semua, semuga semuanya sihat dan ceria selalu. Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan oleh Allah yg maha besar dalam mengejar peluang meraih tawaran MEGA NYA yang pasti hanya datang sekali setahun, yang peka dan bijak mengambil peluang dapat mendapatkannya........dan belum pasti akan berpeluang untuk bertemu lagi di masa depan dan meraih segala OFFER yang diberikan kepada semua..... semuga kita semua dpt memlaksanakan dan mendapat yg terbaik pada tahun ini....Insyaallah...aaminnn...


Dikesempatan ini saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBAARAK semuga ianya kita penuhkan dengan segala keperluan-keperluan NYA... semuga puasa tahun ini lebih baik dari puasa tahun yang lepas....saya juga memohon kemaafan atas segala kesalahan dan kesilapan yang sengaja dan tidak disengajakan sepanjang membuat catatan dalam SANTAI..... semuga kita semua mendapat keampunan, rahmat dan kejayaan dunia dan akhirat.

Wassallamm....
layannnnnnnnnnnnnnnnnnn...

Selasa, 10 Ogos 2010

Sistem Kenderaan Seremban - Kuala Lumpur.

Beroperasi sejak tahun 1977 dan telah memudahkan beribu - ribu warga Seremban yang bekerja di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan kawasan sekitarnya.... secara tidak langsung telah menyumbang kepada pembangunan hartanah di Seremban., terutamanya pembangunan dalam pembinaan rumah kediaman...
Aku sendiri telah berulang-alik dari Seremban ke lembah Pantai sejak 1993 lagi hingga ke hari ini...dekat 17 tahun dah.... kalau jumlahkan tambang yg dah aku bayar untuk ulangalik tu ...kalau diambil sebahagian sebagai saham.... byk dah saham aku kat situ...mmmm.

Memang tak dinafikan bahawa SKS adalah antara syarikat bas milik bumiputra yang punya kredebiliti dan teguh... walaupun mendapat saingan yang bertaliarus dari beberapa syarikat bas yang lain sejak aku mula berulang-alik dengannya... namun ianya masih boleh bertahan dan memperbaiki perkhidmatannya dari masa kesemasa.

Bagi aku memang perlu persaingan yang sihat dari syarikat bas yang lain yang mana ini dapat memecahkan monopoli satu syarikat dlm sesuatu perkhidmatan dan seterusnya berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna dan pengguna boleh memilih yang terbaik....
...walaupun Sausana Edaran mempunyai bas bas yang baru besar dan canggih..., aku masih setia menggunakan perkhidmatan SKS kerana beberapa sebab yang masih relevan dan dapat dipertahankan oleh SKS ... salah satu contohnya " backup" yang segera datang jika berlaku kerosakan teknikal atau apa-apa kesulitan dalam perjalanan. kerana bagi aku itu amat penting bagi tidak menjejaskan perjalanan pengguna perkhidmatan ke KL atau sebaliknya.

Sejak minggu pertama bulan Ogos 2010 ni SKS turut menaiktaraf perkhidmatannya dengan kehadiran 2 choach Double Decker yang setaraf dgn yg dimiliki oleh Suasana Edaran.... dan aku setiap hari menggunakannya sewaktu ke KL diperjalanan terawal ke KL.



Semuga SKS terus maju dan berusaha memberi yang terbaik untuk pelanggan-pelanggannya...
sampai disini dulu hingga jumpa lagi dilain catatan ...
Layannnnnnnnnn.......

Isnin, 2 Ogos 2010

Menara Taming Sari, Melaka

Kena ke Melaka  pasal petang ni nak gi jemput wife balik dari Kursus kat NAZA Hotel 3 hari, lepas jer anak-anak balik dari sekolah...aku siap -siap lepas magrib terus bertolak ke sana melalui PLUS ke selatan... aku masuk exit air keruh sampai sana lebih kurang kul 9.30 malam gitu..

pusing-pusing gak aku carik hotel tu..yer laa hari dah malam kan 2, 3 kali gak laa aku berpusing kat Bandar Melaka tu... akhirnya aku tanya kat restoran tu diaorg cakap sebelum jejantas belok kiri lepas tu sebelum sampai jabatan tengok kiri hotel tu sebelah kiri bersebelahan dengan pasaraya The Store kalau tak salah aku.. so aku drive dan suruh anak aku yg sulong perhatikan kat mana Hotel NAZA tu.... memang betul punya laa senangnya jumpa ..padhal sebelum tu dah 3 kali kami lalu kat situ boleh tak perasan...mmmmm.

Malam tu tak der gi mana-mana pasal dah larut sgt so tido jer laa .... lepas park keta kat pakir Hotel Naza tu.. naik lift yg kat belakang tak guna lift lobi.... segan pasal menumpang jer.. hehehehe..

pagi tu awal-awal lagi dah bangun tido lepas jer solat suboh terus turun lobi gi breakfast buffet hotel tu.. byk gak pilihan.... aku cam biasa laa rasa semua hidangan serba sedikit mana yg sedap..... mmmmm ... memang sedap sokmo... tak tau laa diaorg carge berapa RM satu kepala... aku kira numpang jer... wife aku sarapan ckit jer pasal dia urusetia terpaksa bergegas ke bilik seminar sbb hari ni last presentation peserta kursus jabatan dia...

lepas sarapan aku ngan anak bujang aku naik semula ke bilik ...lepak sat tengok tv ..dlm kul 10 pg gitu kita org kuar gi Bandar Hilir....
kita org gi naik menara Taming Sari tu..... sampai sana lebih kurang kul 10.30 gitu.... pusing-pusing carik pakir dapat satu yang dekat ngan tempat jual tiket parkir tu....
lepas semua urusan pakir dah selesai kitaorg terus gi beratur ambil tiket untuk naik Menara Taming Sari tu..    ..... tunggu turn lebihkurang 7 minit... kitaorag nyer turn pun sampai ... ramai gak org yg berkunjung kat menara ni..
kalau tak salah satu group tu lebih kurang dalam 66 org termasuk 3 org krew yang control menara tu.... BEST.... aku suka naik menara ni ...tapi tu laa sekejap sgt dah turun balik...
dari bawah dia terus naik terus keatas puncak lepas tu ..dia berpusing 2 pusingan dan kita leh lihat panorama bandar melaka 360 darjah ..selepas selesai 2 pusingan tu dia mula menurun kebawah perlahan-lahan.... tapi memang tak puas laa kalau sekali jer naik menara taming sari ni....

Fakta pasal menara taming sari ni lebihkurang camni laa...
tinggi - 110 meter sampai puncak.
viewing  - 360 darjah pada ketinggian 80 meter dr aras laut.
teknologi - swiss
masa berada dlm menara - 7 minit
tiket - warganegara RM 20 dewasa.
       - warganegara RM 10 kanak-kanak.
waktu operasi - 10 pg sampai 10 mlm.
mula operasi - 18 april 2007.
harga pembinaan - RM 23 juta












lepas naik menara ni kitaorg pi la jalan jalan kat komplek berdekatan dan kawasan sekitarnya.....sedang dok seronok jalan wife aku pulak call .... dia dah ready nak balik pasal semua org dah check out dan siap siap nak balik..... aku pun bergegas balik semula ke Hotel..... dalam kul 3 ptg lepas solat zuhor kita org pun berangkat balik ke Sban.... ....... sampai disini dulu buat kali ini..jumpa lagi dilain catatan...... sorry laa lambat postkan catatan ni.......... layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....