Rabu, 25 Mei 2011

Keunikan...

Hari sabtu lepas gi ke Melaka tempat anak belajar kat sana, satu yang aku perasan dari tahun lepas ialah ada sejenis spisis bunga yang banyak ditanam kat taman disitu ialah macam pisang hutan... keunikannya ialah cara jantung dan tandannya keluar dari batangnya mungkin orang lain biasa jumpa dan tengok tapi aku tak pernah tengok yang macam ni sebelum ni....

tak tau nama apa pisang ni...tengoklah jantungnya tu.


keunikannya tu ialah jantungnya keluar keatas kerana kebiasaannya jatung pisang akan terjuntai kebawah tapi mungkin juga jantung tak berat dan buah dan sisirnya yang sedikit jadi ianya terus saja mendongak keatas....

rupa jantungnya yg mendongak keatas.

..saiz buahnya pun kecil-kecil dan sedikit dalam sisirnya serta sisirnya juga sedikit jumlahnya, mungkin buahnya lebih kecil dari buah pisang hujan yang banyak terdapat di pinggir hutan.

jantungnya yang dah kecil serta buahnya

sisir buah pada tandannya

pokok pisang dalam rumpun yang lain


pokok lain yang berjantung dan berbuah.


Sebenarnya ada banyak lagi tumbuhan-tumbuhan yang unik dalam persekitaran aku yang tak perasan atau memang tak aku kisah atau nak ambil tahu.... apa-apa pun setiap benda yang dijadikan Allah tu ada keunikkan, kekurangan dan keistimewaannya masing-masing...

Ok lah sampai sini dulu catatan buat kali ini...harap-harap kena ngan tema blog ni..santai..
layannnnnnn..... 


7 ulasan:

  1. pokok bunga abaka atau “musa testilis.”

    unikk kanns.. ehehe

    http://memanglumayan6.wordpress.com/2008/12/16/bunga-bungaan-part-six/

    BalasPadam
  2. Salam en_me..,

    yer ker...patut lah unik seunik namanya..saya memang tak pernah tengok sebelum ni..

    BalasPadam
  3. Ada spesis lain yang mendongak mcm tu.. buah tunjuk langit..

    BalasPadam
  4. tak penah teng0k,p0n....^_^
    subhanallah....

    BalasPadam
  5. Salam mie..,

    yang tu pun aku tak pernah tengok lagi....

    BalasPadam
  6. Salam kenal princess..,

    Subhanallah...memang ianya maha pencipta....muga-muga kita sedar akan siapa diri kita ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu jantung pisang hutan..bnyk terdapat d karak highway..hanya orng asli yg selalu d upah tuk mengambilnya...ada hikmat pada jantung tu dgn izin allah.monyet pon tak mkn pisang tu..selalud gunakan tuk perubatan islam..mawipace

      Padam