Ahad, 31 Julai 2011

Marhaban Ya Marhaban Ya Ramadhan ..... 1432 / 2011





Sempena Ramadhan Al Mubarak ni saya mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf atas segala silap dan salah selama berblog ni...
Semuga kita dipermudahkan dalam melaksanakan perintah Allah yang  ketiga ini sebagai orang Islam dan dapat menunaikan amalan sunat yang lain serta amalan fardu telah di perintahkan yang perlu ditunaikan dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan mendapat keampunan Allah adanya....Insyaallah....aaminnn


Khamis, 28 Julai 2011

Ziarah dan Umrah Jun 2011 - Bah 7



Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan Rasulullah S.A.W

ziarah luar

Selepas sarapan pagi kami naik ke bilik masing-maasing untuk bersiap-siap mengikuti Ustaz untuk membuat ziarah luar Kota Madinah Al- Munawarah...., bagi mereka yang tidak uzur Ustaz sarankan masing-masing hendaklah berwuduk kerana lokasi pertama yang akan di ziarah ialah Masjid Kuba` , menurut Ustaz Halim, dipetik dari hadis Nabi s.a.w " barang siapa yang berwuduk dari rumah dan bersolat sunat dua rakaat di Masjid Kuba` pahalanya adalah menyamai satu umrah"... ( jika tersilap dan tidak tepat , tlg betulkan...)



Setelah semuanya bersedia dan bas yang disewa telah sampai maka kami pun mula bergerak ke lokasi pertama untuk ziarah luar Madinah. Kami semua bergerak menaiki bas yang sama kami naiki dari Jeddah semalam.
Lebih kurang 15 minit kami pun sampai ke Masjid Kuba` yang terletak ditepi lebuhraya berhampiran ladang kurma dan berdekatan dengan sebuah Hospital, sudah ramai jemaah dari kumpulan lain dan dari negara-negara lain disitu... kami hanya diberi masa 20 minit untuk menunaikan solat sunat dan perlu bersegera kembali ke bas kerana banyak lagi tempat yang akan di lawati.





disini terdapat ramai peniaga menjual berbagai barangan kepada pengujung dan sepajang kawasan pakir ditanam pokok kurma sebagai pokok hiasan pembahagi jalan..sekarang ni musim berbuah dan belum tua lagi dan aku sempat merakamkan gambar salah sebatang pokok kurma yg berbuah disitu.




Setelah semua jemaah bersedia ke lokasi berikutnya bas yg kami naiki bergerak ke sebelah timur Masjid Kuba` yg mana tidak jauh dari situ terdapat ladang kurma yang luas, kami berhenti disini selama 30 minit, bagi sesiapa yang berhajat mendapatkan kurma yang segar boleh membelinya disini.... ( tp menurut mereka yang pernah mengerjakan umrah tak galakan beli disini kerana harganya lebih mahal jika dibandingkan dengan harga di Pasar Kurma di Kota Madinah....)



.......tuan punya kebun kurma....hehehehe.

Selepas selesai lawatan ke ladang kurma , kami semua bergerak ke Bukit Uhud di Medan Uhud, disini kami melawat tempat dimana pernah berlaku perang uhud suatu ketika dulu dan yg terutamanya kesini adalah menziarahi makam para shuhada` yang syahid di dalam peperangan ini spt Syadina Hamzah r.a bapa saudara Nabi s.a.w dan lebih dari 80 orang yang lain.... disini kami memdoakan kesejahteraan mereka..... bacaan doa telah dipimpin oleh Ustaz Halim.



Aku sempat bergambar diatas bukit pasukan pemanah yang mana semasa berlaku peperangan Uhud dulu disitulah pasukan pemanah seramai lebihkurang 40 orang telah ditempatkan oleh Rasulullah s.a.w  untuk memantau dan mematahkan serangan pihak tentera musyrikin dari arah belakang.... memang strategik bukit tu sebagai benteng pertahanan... disitu lah terserlahnya kebijaksaan Rasulullah s.a.w sebagai pakar strategik peperangan dan sebagai seorang panglima perang...




Selepas lawatan di bukit dan medan Uhud, kami dibawa melawat ke Masjid 2 kiblat yang terletak agak jauh juga dari bukit Uhud, kami tak sempat untuk masuk dan bersolat sunat disana kerana terdapat terlalu ramai pengunjung dan kami perlu bersegera untuk melawat lokasi yang lain.
Masjid ini mempunyai dua mihrab satu mengarah kearah kiblat pertama orang Islam iaitu Baitulmaqadis di Palastine dan satu lagi mengarah ke Baitullahil Haram di Makkah Al- Mukarramah yang mana kini menjadi kiblat bagi seluruh muslimin dan muslimat seluruhnya sehingga hari Qiamat.



Selepas dapat merakamkan beberapa gambar, kami bergegas ke satu lagi lokasi Masjid yang bersejarah di sini yang banyak berkait dengan Syadina Ali karamallahu wajhah, masjid ini saya lupa namanya dan ianya amat dihormati dan diagung-agungkan oleh penganut sihah...memang semasa kami sampai terdapat bagitu ramai jemaah dari Iran disana.


memandangkan hari ini hari jumaat maka kami semua hanya berhenti sekejap sahaja disini dan besegera untuk pulang ke Madinah supaya tidak terlepas peluang bersolat jumaat di Masjid Nabawi, Alhamdulillah kami sampai agak awal juga ke hotel Aous Palace dan sempat mandi, bersiap dan terus ke Masjid Nabawi.


Hari ini merupakan hari bertuah bagi ku kerana dapat bersolat jumaat di dalam "raudah" , Berbanyak banyak syukor ku panjatkan pada MU Ya Allah atas rahmat MU ini, semuga KAU terima semua amalan baik ku dan ampunkan lah segala dosa-dosa ku YA ALLAH, hanya kau saja yang menerima taubat dan keampunan..... ameen...

Pada sebelah petangnya selepas solat Asar kami semua jemaah lelaki dibawa menziarah Tanah Perkuburan Baqi` (Janatul baqi`) , tempat dimana hampir 10 000 para syuhada` serta kaum keluarga Rasulullah s.a.w yang sama-sama berjuang dalam menegakkan Agama Allah ini, jua tempat persemadian penduduk Madinah dari masa kesemasa.
Jemaah perempuan hanya boleh menziarah dari   luar pagar sebelah kiri Janatul Baqi` ini, kerana memang menjadi resam hidup masyarakat arab melarang kaum perempuan memasuki kawasan perkuburan, kerana dikuatiri  tidak dpt mengawal perasaan dan melakukan sesuatu yg tidak sepatutnya dan berlebih-lebihan...... waullahualam..


Sekian catatan buat kali ini, jumpa lagi di catatan lain...Insya Allah.
Selawat dan Salam Buat Nabi Muhammad S.A.W,

Wabillahitaufik walhidayah..,
Wasalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...



bersambung ziarah luar 2...

Selasa, 26 Julai 2011

Ziarah dan Umrah Jun 2011 - Bah 6.



Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan Rasulullah S.A.W

Masjid Nabawi dari halaman hotel Aous Palace

Setelah semua urusan check-in selesai, kami naik ke mezanine lavel untuk makan tengahari, dilevel ini terletaknya cafe dan dewan makan bagi hotel ini menyediakan buffet makan tengahari,malam dan sarapan pagi.
selepas selesai makan tengahari , kami semua berkumpul semula di lobi hotel bagi urusan mengambil kunci bilik dan mengenali teman sebilik selama disana. Aku menetap di bilik 105 yang terletak level 1 hotel dan bilik berdekatan dgn lif dan tingkapnya menghadap ke Masjid Nabawi. Aku menetap bersama 3 orang jemaah yang lain, semua senior dari aku, salah seorang darinya telah pun pernah menunaikan haji dan umrah...ini merupakan umrah beliau yang kedua..... aku dan 2 yang lain merupakan kali pertama kesini.

ZIARAH DALAM

Setelah selesai urusana bilik , aku pun ambil kesempatan mandi dan selepas itu terus ke Masjid Nabawi untuk tunaikan solat Zuhor...., setelah selesai solat Zuhor aku balik semula ke hotel untuk berehat dan pukul 3.00 ptg  kami semua berkumpul di dewan makan hotel tersebut untuk mendengar taklimat dan aktiviti pada hari pertama berada disini.

Ustaz Halim sedang memberi penerangan dan aktiviti pada hari ini

Lebih kurang pukul 3.25 ptg taklimat selesai kami pun mula bergerak ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat asar yang akan masuk waktunya pukul 3.33 petang, dan kami semua mengambil kesempatan bergambar bersama Ustaz Halim berlatar belakang Masjid Nabawi.

bergambar ramai di hadapan Hotel berlatarbelakang Masjid Nabawi

Pukul 3.33 petang kedengaraan azan dari Masjid Nabawi, indah sungguh ku dengar panggilan itu dan pertama kali secara live dari Masjid Nabawi... aman, puas dan tenang sungguh mendengarnya... kami semua terus bergegas ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat asar berjemaah,




pukul 4.15 petang kami berkumpul semula di luar Masjid berdekatan tanah perkuburan Baqi` untuk lawatan disekitar Masjid Nabawi..., ianya lebih dikenali sebagai ziarah dalam Madinah.


Setelah semua jemaah bekumpul dilokasi yang telah ditetapkan, kami bergambar ramai sebagai kenangan berlatarbelakang Masjid Nabawi dari arah timur.


bergambar ramai berhampiran perkuburan Baqi`

Kemudian Ustaz membawa kami ke bahagian hadapan Masjid Nabawi, menurut beliau makam Rasulullah S.A.W terletak dibawah kubah hijau Masjid tersebut dan mimbar Rasulullah terletak di bawah kubah putih dan menurut beliau bahawa "raudah" terletak diantara makam Rasulullah S.A.W ke mimbar Rasulullah S.A.W....

....makam Rasulullah s.a.w di bawah kubah hijau...

bergambar ramai di hadapan Masjid Nabawi.

Selepas bergambar di hadapan Masjid Nabawi, kami semua di bawa Ustaz menghampiri dinding berdekatan Kubah Hijau untuk membaca doa khas buat Rasulullah s.a.w, Syaidina Abu Bakar r.a dan Syaidina Omar r.a yg di pimpin sendiri oleh Ustaz Halim...

Jam menunjukkan pukul 6.50 petang, menandakan bahawa waktu magrib akan masuk sebentar lagi, disini waktu Magrib ialah pukul 7.03 minit malam, maka kami pun bersurai sebentar untuk menunaikan solat magrib dan bagi jemaah lelaki selepas solat magrib Ustaz Halim akan membawa kami menziarahi makam Rasulullah s.a.w melalui babul salam iaitu pintu no.1

suasana selepas magrib di sayap kanan Masjid Nabawi


babul salam gate no.1 Masjid Nabawi

babul salam Masjid Nabawi

Selepas solat Magrib, kami semua ( jemaah lelaki ) berkumpul di hadapan pintu 1 ( babul salam ) Masjid Nabawi untuk memlaksanakan ziarah Rasulullah s.a.w, Syadina Abu Bakar r.a, Syadina Omar r.a, dimana kami semua masuk melalui babul salam terus ke dalam Masjid Nabawi melalui hadapan "raudah" dan terus ke Makam Rasulullah s.a.w .... memberi salam kepada Beliau..."Assalamualaikum ya Rasulullah......." aku merasa amat sayu dan hiba dan tanpa ku sedari airmata melelh di pipi.... ku bisik pada Beliau " kita bertemu juga disini ya Rasulullah s.a.w... tidak ku duga aku dapat bertemu...." bagitu juga seterusnya salam buat Syaidina Abu Bakar r.a dan seterusnya buat Syaidina Omar Alkhatab r.a.... tiada gambar yg dapat dirakam disini kerana camera dilarang utk dibawa masuk kesini.... aku pasrah.., tapi aku puas kerana akhirnya dapat juga aku bertemu kekasih Allah dan sahabat Beliau... setelah selesai ziarah kami semua masuk ke " raudah " dan mendoakan ketiga-tiganya dengan hati yg teramat sebak....

pintu emas Makan Rasulullah s.a.w  disebelahnya
makan Sydina Abu Bakar r.a dan makam Sydina Omar r.a
( gambar dari ehsan carian Google )


Lebih kurang pukul 8.34 malam masuk waktu solat Isyak dan kedengaran berkumandang azan yg sgt merdu dan indah dari muazim dan kami pun segera mengambil tempat didalam Masjid Nabawi untuk bersiap sedia melaksanakan Solat Isyak berjemaah dalam masa yang terdekat.
Maka tamatlah "ziarah dalam" Madinah untuk hari ini dan esok pukul 6.30 pagi kami ke luar Kota Madinah untuk Ziarah Luar pula....

Sekian buat catatan kali ini , semuga berjumpa lagi pada catatan berikutnya..... InsyaAllah.
Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan Rasulullah S.A.W.

Wabillahitaufik walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh...

Khamis, 21 Julai 2011

Ziarah dan Umrah Jun 2011 - Bah 5




Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan Rasulullah S.A.W

King Abdul Azizi International Airpot


Bas yang kami naiki bergerak pukul 7.00 pagi waktu tempatan, melalui beberapa sekatan keselamatan sebelum sampai ke Lebuh Raya Utama ke Madinah, rombongan kami seramai 86 orang yang menaiki dua buah bas meluncur laju menuju ke Utara ......

Pemandangan sepanjang perjalanan hanya lah padang pasir dan tumbuh-tumbuhan yg hidup digurun dan bukit-bukit batu pejal bagi besi.




Kira-kira pukul 9.30 pagi bas kami berhenti  di sebuah stesyen rehat dan rawat lebuhraya yg menghubungkan Jeddah, Madinah dan Mekah, untuk sarapan pagi atau mereka yang ada keperluan ke bilik air.

minimarket sebaguna 24 jam

2 lot kedai makan makanan arabbbb......

Tempat sederhana saja terdapat disitu 2 lot kedai makan dan sebuah kedai serbaguna yang dibuka 24 jam..., kami tak perlu membeli apa-apa makanan atau minuman kerana semua keperluan sarapan pagi telah pun   dibekalkan oleh Syarikat Hajiumrah.com dan disediakna oleh pembekal  makanan di Jeddah.

Aku......dan....

.....  Isteri, kakak ipar dan anaknya

Kami berhenti rehat disini selama 45 minit dan bergerak semula lebihkurang pukul 10.15 pagi...terus meluncur laju menuju Madinah Al Munawarah..... yang hanya tinggal 300 km lagi....semuga selamat sampai kesana InsyaAllah..... tak sabar rasanya mahu menziarahi Mu ya Rasulullah S.A.W.







Setelah mengharungi perjalanan sepanjang lebihkurang 500 KM, bas kami memasuki bandar Madinah lebihkurang pukul 12.15 tengahari dan terus menuju ke Hotel yang telah ditempah lebih awal oleh Syarikat Hajiumrah.com untuk penginapan kami selama berada di Madinah.

Masjid Nabawi dari celahan Hotel Al-Aours Palace...

Sayu, Sebak dan Gembira bila aku lihat Masjid Nabawi tersegam di depan mata yang mana selama ini hanya dilihat melalui media massa dan media elektronik sahaja...
Subhanallah..., Alhamdulillah..., Allahu Akbar...... akhirnya Syukor kepada MU ya Allah aku tiba juga kesini, bumi yang mulia ini ya ALLAH untuk bertemu Kekasih Mu..... semuga Engkau berkati dan permudahkan aku selama aku di sini ya ALLAH, dan berikanlah kesabaran kepada ku atas segala ujian MU ya ALLAH, jika KAU uji aku disini biarlah ujian itu yang termampu ku hadapi ya ALLAH dan ampunilah segala dosa ku ya ALLAH, sesungguhnya Engkau lah saja penerima taubat.... ameen.....

Sekian catatan buat kali ini , bertemu lagi dicatatan yang lain...InsyaAllah...
Selawat dan Salam buat Mu ya Rasulullah S.A.W...

Wabillahitaufik walhidayah..
Wassalamualaikum Warahmatullahi wabarokatuh...