Ahad, 28 Ogos 2011

Usia ku bertambah lagi , mudah-mudahan masih ada lagi peluang


  
buah zaitun yang muda dan tua  berselang seli di pohonnya...










Kalau ikut kalendar Masihi ( Shamsiah) yg mengukur mengikut peredaran matahari bahawa tengah malam tadi usia ku dah melepasi pertengahan 40an mendekati umur 50an, kalau mengikut kiraan kalendar Hijrah yang mengukur mengikut peredaran bulan (Qamariah) dah lama dah menjejak usia yang sedia ada....dah tua dah
..ini adalah kerana peredaran matahari dan bulan adalaah berbeza.. jika dikira menggunakan kalendar masihi aku dilahirkan pada bulan ogos (8) tetapi jika mengikut kalendar masihi aku dilahirkan pada bulan Rabiul akhir (4) sudah pastinya usia ku lebih tua dari apa yg sebenarnya.... di sini ku titipkan coverter untuk pengetahuan teman-teman..

Namun apa pun yang pastinya hidup mesti diteruskan walau apa pun yang menerpa menguji diri dan jiwa.... perlu tabah dan redho dengan segala ujian dari NYA...itulah hakikatnya hidup...kerana setiap jiwa itu akan diuji berkadar dengan kemampuan nya menghadapi dugaan tersebut.... 

Mudah-mudahan aku masih punya banyak peluang untuk lakukan yang terbaik sebagai hamba mu ya Allah...hanya KAU tempat ku mengadu dan  mengharap serta bertawakal....berikanlah kekuatan jua jangan KAU jadikan  baki umur ku sia-sia disisi MU....Insyaallah....aaminnn...




binabil huda - unique

  Sekian catatan kali ini jumpa lagi di catatan yang lain...Insyallah
  Wabillahitaufik walhidayah.

 

 
 

Jumaat, 26 Ogos 2011

Ramadhan Kareem hingga ke Aidil FItri 1432H - 2011M






Ramdhan datang lain dengan seribu rahmat, magfirah dan pengampunan dosa...Ramadhan Kareem baru saja datang sudah hampir meniggalkan kita semua, dalam 10 malam terakhir mu ada satu malam penuh rahmat yang lebih baik dari seribu bulan.



Setelah bersama Ramadhan Kareem selama sebulan....mudah-mudahan Allah perkenankan Doa pengampunan dan diberi hidayah untuk terus menjadi lebih baik lagi di bulan-bulan mendatang serta diberi peluang ungtuk bersama Ramadhan di Tahun mendatang...Insyaallah


 
 Akhirnya bergembiralah menyambut dan merayakan kemenangan selepas bersama Ramadhan selama sebulan..bertakbirlah, bertasbihlah, bertahmidlah, berzakat fitrah, berhias dan berwangi-wangian, bersolat aidil fitri, beramai-ramai mendengar khutbah tidak terkecuali siapa pun dan bermaaf-maafan sesama kita.... mudahan-mudahan amalan dan sifat serta ahlak semasa ramadhan berpanjangan sehingga ke ramadhan seterusnya....Insyaallah.

Sekian catatan saya buat kali ini semuga berjumpa lagi dicatatan lain..
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MINAL AIDIL WAL FA IZDIN
MAAF ZAHIR BATHIN.
Wabillahitaufik walhidayah.


Khamis, 25 Ogos 2011

Zakat Fitrah adalah tuntutan....




Salam Ramadhan Kareem buat semua muslimin muslimat, hari-hari yang berlalu semakin menyebakkan dada mereka yang mencintai dan menginginkan keredhoan Allah, walaupun kegembiraan kedatangannya Aid fitri semakin mendekat bersama berlalunya Ramadhan Kareem...
Dalam mengejar tawaran Allah sepanjang Ramdhan Kareem ini jgn sampai terlupa untuk menunaikan tanggungjawab kita iaitu zakat fitrah atau disebut juga zakat badani.... jgn sampai terlewat melaksanakannya lebih rugi lagi bila terlupa menunaikannya... 



Hukum Zakat fitrah adalah Wajib/Fardhu `Ain bagi setiap muslim yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan oleh syari`. Sebagaimana firman Allah dalam surat At Taubah ayat 103:


 
 
Artinya: “Ambilah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka, dan berdoa lah untuk mereka karena doa mu menjadikan ketenangan bagi mereka, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha melihat.”

Adapun syarat wajib zakat fitrah adalah sebagai berikut:

1. Islam

2. Masih hidup disaat matahari terbenam di akhir bulan ramadhan

3. Mempunyai kelebihan makanan untuk malam idul fitri dan siang harinya

Hal tersebut sesuai dengan hadist Nabi Muhammad SAW, yang berbunyi;





Artinya: “Zakat fitrah adalah satu sha` dari tamar (kurma) dan atau sa`ir (gandum) diwajibkan kepada hamba sahaya, orang yang merdeka, laki-laki dan perempuan, anak-anak dan orang tua, dari kaum muslimin dan Rasulullah memerintahkannya untuk mengeluarkannya sebelum keluar rumah untuk melaksanakan shalat Id.



Artinya: “Kita diperintahkan Rasullah SAW, untuk mengeluarkan zakat fitrah sebelum manusia keluar rumah guna menunaikan shalat Id.”

Para `Ulama fiqih membagi waktu membayar zakat fitrah kedalam tiga waktu yaitu:

1. Waktu boleh (Jaiz) yaitu dari awal bulan ramadhan sampai akhir bulan ramadhan (  1 - 29 Ramadhan) zakat ini sering disebut dengan zakat ta`zil.
2. Waktu Sunah yaitu saat matahari tenggelam di akhir bulan ramadhan
3. Waktu Wajib yaitu sesaat sebelum kaum muslimin keluar rumah untuk menunaikan shalat sunat Idul Fitri.
Sedangkan apabila zakat fitrah dibayarkan setelah pelaksanaan Shalat Idul Fitri maka berubah statusnya sebagai Shadaqah biasa.



Maka beringat-ingatlah berkenaan melunaskan zakat fitrah ini jangan sampai terlepas waktunya, semuga semua yang berkenaan dapat mengambil perhatian berkenaan kepentingan berzakat ini...Insyaallah...aaminnn..

Sekian catatan buat kali ini sehingga berjumpa lagi di lain catatan...
Wabillahitaufik walhidayah

Isnin, 22 Ogos 2011

Aku yang di tinggalkan Ramadhan.

bulan yang semakin mengecil menandakan ramadhan semakin ke penghujung.

Sudah sepertiga bulan Ramadhan Al-Mubarak berlalu meninggalkan aku, semakin ber erti setiap malam yang mendatang yang semakin menghampiran Aid fitri, semakin tinggi nilainya disisi Allah swt dan telah disediakan NYA bermacam-macam peluang dan kelebihan yang akan dapat dimiliki hamba-hamba NYA yang bertakwa.

Di manakah diri ku ini dan dimanakah kedudukan diri ku  kini adakah sebagai pemain atau penonton dalam menghadapi Akedemik Ramadhan ini, andai aku hanya sebagai penonton maka alangkah malangnya aku kerana tidak mendapat tawaran-tawaran hebat yang telah Allah sediakan untuk semua hamba-hamba NYA.
 .... yang mana pada sepertiga yang pertamanya Allah telah menyediakan kerahmatan NYA untuk kita dan sepertiga berikutnya Allah sediakan Magfirah NYA yang amat-amat kita perlukan ialah pembebasan dari api neraka tambahan pula kita ini hanya insan kecil bergelumang silap dan salah serta dosa yang tiada siapa yang dapat mengampunkan melainkan DIA.


... dan pencarian yang amat-amat kita semua dambakan pada ramadhan Al-mubarak ini ialah pelepasan dari api neraka itulah kemuncaknya pengabdian kita kepada yang maha pencipta kerana belum pasti Ramdhan akan datang kita bertemu lagi dengannya.....berdoalah supaya diberikan lagi peluang untuk merebut semua tawaran yang Allah sediakan sepanjang Ramadhan yang mendatang.


Andai kata aku ini adalah pemain dalam pencarian dan pengejaran kepada ganjaran tersebut sejauh manakah kemampuan dan kekuatan serta kualiti ibadatku menghidupkan setiap saat setiap ramadhan  al-mubarak ini...
dapatkah aku keampunan dosa dan pelepasan dari api neraka......

..bertambah lagi kesedihan ini apabila aku membaca sepotong hadis Baginda ,
Sampaikah aku kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”.


Harapanku agar doaku ini diperkenankan Allah swt dan tidak tergolong dalam golongan yang disebutkan Rasulullah s.a.w diatas.......

Doa Paling Afdal di Bulan Ramadhan
“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).


inilah  doa yang dianjurkan Rasulullah s.a.w kepada isteri baginda Saidatina Aishah r.ha bila bertemu malam Qadar dan kepada para sahabat baginda supaya selalu memohon keampunan dosa dari Allah swt.

 

semuga Allah memberi hidayah , keampunan dan pembebasan dari api neraka dalam segala amalan baik ku dalam menghidupkan Ramadhan Al-mubarak ini....Insyaallah...aaminnn


Sekian catatan buat kali ini sehingga jumpa lagi di lain catatan...Insyaallah

wabillahi taufik walhidayah






 

Ahad, 21 Ogos 2011

Umrah dan Ziarah Jun 2011 - Bah 14 (Akhir)







Kami tiba ke KAIA lebihkurang pukul 3.00 pagi setelah terlewat bergerak dari Kota Makkah AL-Mukarram atas sebab yang tak dapat dielakkan..... al-maklum jer lah masing-masing sedih nak meninggalkan Tanah Suci ini dan luggage masing-masing bertambah satu kali ganda dibandingkan dengan masa baru sampai dulu...

Namun bagitu kami masih lagi awal sampai ke KAIA kerana pesawat kami dijadualkan berlepas dari Jeddah pukul 7.15 pagi, namun pagi itu terdapat sedikit kelewatan kerana kami baru saja dimaklumkan oleh wakil Syarikat penerbangan BIMAN bahawa pesawat mereka tidak dapat berlepas dari Dakka mengikut jadual atas masalah cuaca - hujan lebat di Dakka yang menafikan jadual penerbangan BIMAN yang telah dijadualkan sampai pada 5.00 pagi waktu Jeddah.

Selepas menunaikan solat subuh yang masuk pada pukul 4.11 pagi di Jeddah, kami telah dimaklumkan oleh Syarikat BIMAN pesawat kami delay sehingga pukul 10 malam nanti dan Syarikat menyediakan Hotel di Jeddah untuk kami berehat sehingga menunggu ketibaan pesawat tersebut yang dijadualkan mendarat pada pukul 9.15 malam waktu Jeddah ...dan kami akan berada di Jeddah lebihkurang 20 jam.

bas yang akan membawa kami ke Hotel Al Riyard utk berehat sementara

lori - utk punggah brg-brg kami ke Hotel

 Kami dibawa ke Bandar Jeddah yg terletak agak jauh kerana kami menaiki selama 1 jam untuk sampai kesana, di dalam perjalanan ke Jeddah bas kami puncit tayarnya dan diganti dengan bas yg lain...Alhamdulillah ... barang-barang kami di angkut dengan lori kalau tak terpaksalah pulak memindahkan ke bas gantian.

Sesampai ke Hotel kami terus check-in dan memasuki bilik masing-masing.... saya mengambil kesempatan untuk mandi dan selepa itu melelapkan mata sekejap.... pukul 9.00 pagi kami disediakan sarapan pagi berupa nasi lemak ala arab dan buah-buahan seta minuman panas dan sejuk. 


Hotel AL-RIyard - Jeddah


Selepas solat Jamak Zuhor Asar kami dihidangkan makan tengahari yang dimakan bersama roti pita berinti sardin, sedap juga makanan yang disediakan, minuman panas dan sejuk serta air bikarbonat "Pepsi" disediakan... mungkin kerana kelaparan masing-masing makan dengan berselera.... Alhamdulillah masih ada rezeki untuk hari ini untuk di makan..


hidangan tengahari tanpa kuah - diaorg ni memang tak makan nasi dengan kuah.

sementara menunggu bas yang dijadualkan tiba pukul 4.00 petang kami semua berkumpul di lobi hotel memeriksa barang-barang masing-masing , dan membaiki mana-mana kotak yang rosak dan bilangan air zam-zam yang mencukupi.



 Bas sampai seperti dijanjikan dan kami bergerak ke KAIA lebih kurang 30 minit kemudian dan sampai ke sana 1 jam kemudian dan mula memunggah barang-barang secara bergotong royong kerana "charge" yang dikenakan oleh buruh utk mengangkat barang-barang kami sgt mahal.


Pukul 6.00 petang kami mula "check-in" dan menguruskan segala urusan luggage dan passport....dan kami menunggu di sebuah dewan menunggu yg disediakan, selepas bersolat jamak magrib isyak kami diberitahu bahawa akan kepesawat dalam masa terdekat dan di minta bersedia...

Pukul 9.30 malam kami diarah kan ke pesawat BIMAN yang telah bersedia untuk berlepas pada pukul 10.30 malam.... dan kami melihat puas-puas tanah ini kerana kami akan berlepas pulang sebentar lagi...doa kami hanya mahu kesini lain dilain kali bagi mendapatkan ke redhoan NYA dan menziarah Rasulullah saw.


10.30 malam pesawat yang kami naiki berlepas dari KAIA menuju ke Dakka hanya lambaian dari kami untuk tanah bertuah ini, tanah tempat kelahiran para anbia... semuga kau terima kami lagi ya Allah untuk menziarah kekasih MU dan rumah Mu baitulil haram.....

Selepas terbang selama 5 jam lebih , pesawat yang kami naiki akhirnya mendarat dengan selamat di Dakka, jika mengikut jadual asalnya pakej umrah ini kami perlu transit disini lebih kurang 3-4 jamsebelum terbang semula dengan pesawat lain ke KLIA..... setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, kita merancang...Allah pun merancang tapi perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita...... delay 20 jam di Jeddah telah Allah gantikan dengan .....
: pertama tanpa transit di Dakka ... kerana sebaik saja kami tiba di Dakka pukul 7.30 pagi kami telah diarahkan menaiki pesawat yang akan berlepas ke KLIA dalam masa terdekat.                                    
: keduanya kami dapat menaiki penerbangan siang ke KLIA yang mana penerbangan siang pastinya tambang yang berbeza jika dibandingkan dengan penerbangan tengahmalam.
...apa pun kami semua redho dengan perancangan dan ketetapan Allah itu... ampunkan lah kami ya Allah jika ada dalam hati kami rasa kesal dan kecewa atas segala ketetapan MU ya Allah.




Pesawat BIMAN yang kami naiki selamat mendarat di KLIA pukul 3.00 petang setelah mengharungi penerbangan sepanjang 4 jam dari Dakka....seperti masa berlepas dahulu kami ke terminal satelite dan  kemudian ke terminal utama untuk urusan luggages dan imigresen.



Selepas urusan luggages selesai aku ke surau KLIA untuk tunaikan solat jamak asar dan zuhor serta mengganti solat suboh yang tak sempat haendak ditunaikan semasa penerbangan dari Jeddah ke Dakka dan Dakka ke KLIA.

Pukul 5.00 adik ipar dan adik ku tibadari Putrajaya membawa kereta aku yang ditinggalkan dirumahnya sewaktu kami hendak menunaikan Umrah dan Ziarah pada 31 Mei 2011 yang lepas, terima kasih banyak-banyak atas bantuan mereka dan semua yang terlibat dalam urusan Umrah dan Ziarah kami ini. mudah-mudahan kami mendapat Umrah yang mabrur....InsyaAllah....aaminnn..

Kami tiba dirumah sebelum magrib dan sebelum itu aku singgah sebentar di surau berdekatan rumah kami utk menunaikan solat sunat selepas selesai bermusafir dan mendoakan kebaikan untuk semua disini....aaminnn.

Sekian catatan perjalanan "Umrah danZiarah Jun 2011" sehingga berjumpa lagi di catatan lain..Insyaallah.
wabillahitaufik walhidayah


Sabtu, 20 Ogos 2011

Umrah dan Ziarah Jun 2011 - Bah 13

ladang unta dalam perjalanan ke Masjid Hudaibiah

Hari ini hari terakhir ziarah dan lawatan ke luar Kota Makkah Al-Mukarramah, hari ini kami akan menziarahi Masjid Hudaibiah yang mana pernah suatu masa dulu menjadi tempat persetujuan perjanjian Hudaibiah dimetrai oleh Rasulullah s.a.w bersama kaum musyrikin Makkah.

susu unta

 

Sebelum itu sempat kami singgah di ladang unta yang terdapat diantara perjalanan dari Makkah ke Hudaibiah..., melihat unta lebih dekat yang tinggal di habitatnya yang sebenar dan peluang menikmati susu unta yang ada dijual disitu dengan harga SR 5 sebotol....aku beli 4 botol untuk di bawa balik ke Malaysia nanti.

Miqat yang paling jauh dari Makkah Al-Mukarramah  -  Hudaibiah

30 minit di ladang unta kami terus meneruskan perjalanan ke Masjid Hudaibiah yang merupakan miqat yang ke 4 kami kunjungi, kami bersolat dan berniat umrah di Masjid Hudaibiah yang di bina semula ...sempat seketika menjengok tapak Masjid Hudaibiah lama yang hanya tinggal bekas temboknya masih tegak disitu sebahagian dari nya telah runtuh....


sesampai nya ke Masjid Haram terus saja aku dan isteri ber tawaf , ber saie serta bertahalul tanda sempurna lah ibadah umrah kami yang kelima sepanjang di sini.... dan bertekad akan melaksanakan 2 kali lagi ibadah umrah malam ini dan pagi esok sebelum pulang ke tanahair pada tengah malam esok... Insyaallah.
Selepas solat asar aku dan isteri berjalan-jalan disekitar kota Makkah yang berdekatan Hotel penginapan kami untuk mencari sedikit lagi buah tangan yang masih tidak sempat dibeli semalam, sempat singgah menikmati makanan di restoran makanan arab dan minuman yg dibuat dari buah-buahan segar ...sungguh lazat...

 
Jus Mangga dari buah sebenar

 

Malam   lepas Isyak tak jadi nak ke Tanaim, ingat nak buat umrah ke 6 tapi terpaksa dibatalkan kerana perlu mengemas barang-barang dan beg yang akan di bawa pulang ketanah air tengahmalam esok.... tapi walau bagaimana pun pagi esok lepas sarapan kami  ke Tanaim lagi untuk niat umrah yg terakhir dan melaksanakan umrah yang terakhir pada hari terakhir di sini.

Pagi esoknya seperti yang dirancang kami ke Tanaim lagi untuk berniat umrah dan menunaikan ibadat umrah yang terakhir kerana pada malam nanti pukul 10 malam kami akan melaksanakan tawaf Wida` dan akan meninggalkan Makkah Al- Mukarramah tepat pukul 11.50 malam ke Jeddah.

Alhamdulillah pukul 10 pagi kami telah selesai menunaikan ibadah umrah yang terakir tersebut dan segera pulang ke hotel untuk membuat persiapan bagi meninggalkan Kota Makkah Al-Mukarramah pada tengahmalam nanti.

jemaah bergambar ramai sebelum ke miqat Tanaim

 

Selesai Tawaf Wida` kami terus menaiki bas yang sedia menunggu untuk berlepas ke Jeddah bila-bila masa saja, semua beg dan barang-barang telah dimuatkan kedalam perut bas seawal 9 malam lagi.
Sedih dan sayu sekali lagi meninggalkan baitul il haram seperti meninggalkan Madinah dulu tapi kali ini lebih sayu lagi tapi aku senantiasa berharap , berdoa agar dapat datang lagi kesini untuk menunaikan ibadat yang lebih penting lagi iaitu ibadat haji..... Insyaallah ada rezeki dan peluang yang dikurniakan Allah aku pasti kesini lagi suatu hari nanti... semuga kau permudahkan dan segerakan harapan ku itu ya Allah......aaminnn.ya rabbal alaminnn..
Sekian catatan buat kali ini sehingga berjumpa lagi di lain catatan...
Wabillahitaufik walhidayah...,