Khamis, 29 September 2011

Selamat Menunaikan Fardu Haji , Selamat Pergi dan Selamat Kembali.






Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima bagi tahun ini ialah pada 29 September ini, kata Pengurus Besar Kanan Lembaga Tabung Haji Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Syed Saleh berkata 450 jemaah haji itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, melalui penerbangan sewa khas haji iaitu pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan Saudi Airlines pada hari berkenaan iaitu pada waktu pagi dan tengah hari.
Mereka adalah sebahagian daripada 28,000 jemaah haji Malaysia yang dibenarkan mengikut kuota yang ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi pada musim haji tahun ini.
Bercakap kepada pemberita di Putrajaya malam tadi selepas menghadiri pelancaran Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim, beliau berkata jemaah haji Malaysia ketika ini sedang mengikuti peringkat akhir kursus haji iaitu kursus perdana di peringkat negeri selepas menghadiri kursus asas dan kursus intensif.
“Persiapan sudah lengkap. Sekarang cuma tunggu nak berangkat dan surat untuk memaklumkan jadual penerbangan telah dikeluarkan secara berperingkat sejak awal September,” kata beliau.
Syed Saleh berkata seramai 800 petugas Tabung Haji akan bertugas kali ini untuk menjaga kebajikan para jemaah dan mereka akan berangkat ke sana secara berperingkat bermula Rabu depan.
Penerbangan jemaah haji balik ke Malaysia dijadual bermula 12 November dan dijangka berakhir 11 Disember, kata Syed Saleh.
Sementara itu, Mashitah dalam ucapannya menasihatkan jemaah haji Malaysia supaya menjaga kesihatan masing-masing, menjaga percakapan, tingkah laku dan disiplin masing-masing demi nama baik negara.
Sehingga hari ini, Mashitah berkata Tabung Haji dikenali sebagai antara agensi yang berjaya melahirkan jemaah haji yang terbaik di peringkat antarabangsa dan berharap pengiktirafan itu dapat dikekalkan melalui kerjasama semua jemaah haji Malaysia.

berita dipetik dari sumber BERNAMA.





Seronok bila baca berita ni tambahan pulak ramai kawan dan kenalan yang akan berlepas hari ini dan hari-hari berikutnya. Alhamdulillah syukor kerana mereka terpilih sebagai Tetamu Allah semuga mendapat Haji Mabrur....mudah-mudahan sihat selama berada disana dan dipermudahkan dalam segala urusan harian dan urusan ibadah..Insyaallah...aaminnn.

Dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf atas segala silap dan salah serta dosa jika ada kepada semua terutama mereka yang akan ke Tanah Suci.


sampai disini saja perkongsian kita sehingga bertemu lagi di catatan lain, dan disudahi dengan
wabillahitaufik walhidayah

Rabu, 28 September 2011

Sambutan Aidil Fitri terakhir Syawal 1432H bersama MB.




Malam tadi kiranya rumah terbuka  yang terakhir bagi syawal tahun ni dan merupakan juga malam terakhir bagi bulan syawal 1432 H... malam ni MB   mengadakan majlis sambutan aidil fitri dan sambutan merdeka ke 54 juga malam ramah mesra pemimpin bersama rakyat... di kawasan pekan kawasan rumah saya diami

yang pastinya aku rasa PRU dah dekat kerana dalam ucapan beliau banyak menyentuh perkara-perkara berkaitannya ..kira-kira macam kempen juga lah... tak kisahlah apa motifnya yang pentingnya beliau punya masa untuk bersama rakyat utk menyampaikan apa-apa yang hendak dikatakan dan diadukan.


Berbalik semula kepada majlis sambutan aidil fitri dan kemerdekaan ke 54 tu, berbagai juadah disediakan dan ramai sungguh penduduk setempat dan kawasan sekitarnya yang datang menghadiri majlis tersebut dan ada antaranya datang seawal waktu magrib bagi mereka yang tak solat/uzur untuk mendapatkan meja dan tempat duduk yang disediakan, sedangkan majlis akan bermula selepas waktu isyak seperti yang di jadualkan.
masa aku melalui kawasan tapak tu semasa waktu magrib tu RELAWAN dan Polis dah pun berkampung disitu....aku terus jer balik kerumah pasal tak mandi dan tak solat magrib lagi...


Berbagai jenis hidangan juga disediakan tapi tak dapat nak tembak semua gambar sebab terlalu ramai orang yang hadir macam ulat taik jadi cuma dapat tembak gambar lemang tu jer...
MB sampai tepat kul 9.00 malam ,nak sampai kat stage yg disediakan utk VVIP ambil masa hampir 30 minit.... kira jenuh juga nak tunggu , lepas tu nak berucap lagi kurang-kurang 45 minit lepas tu baru lah sampai acara makannya....
yang bawak anak-anak kecil dah mula keluar cari tempat makan kat kawasan sekitar pasal anak-anak dah merengek lapar...

aku pun lepas jer dengar ucapan MB terus balik pasal dah tau dah susah nak dpt makan kat jamuan tu ...almaklumlah orang yg dtg "unexpected"....lagi baik dinner kat ghumah yo...


Sekian catatan buat kali ini hingga jumpa lagi dilain masa..di sudahi dengan
wabillahitaufik walhidayah

Khamis, 22 September 2011

Jamuan dan Sambutan Aidil FItri lagi...





Semalam Department aku pula buat majlis sambutan Aidil Fitri , semua Department members adalah di jemput bagi memeriahkan lagi jamuan dan sambutan tersebut.

Turut di jemput     Deputy EO Organisasi kami dan semua Head of Department yang bernaung di bawah Organisasi kami....

Memang bestlah makan free siapa tak suka makan free....dah tu memang makan time kan apa lagi makan jer lah apa yang dihidangkan dah tu memang dah bagi spare byk nak melatak nanti...aku cam biasa lah kena control sikit kalau tak ada lah yang sakitnya..hehehe...tau tak per sendiri mau ingat

  Boss sokmo

makanan yang di hidangkan alhamdulillah....walau tak banyak jenis tapi sedap-sedap belaka... menu utamanya satay macam tak cukup jer dan nasi impit, menu iringannya nasi baryani ala nasi arab gulainya kari kambing dan rencah-rencahnya... lemang dan rendang ayam juga di sajikan...  kuah lode pun ada .... memang OK sangat lah...
minuman pula sirap limau sejuk , air mineral dan minuman panas nya teh tarik... teh nya memang kawww sungguh...

suasana sekitar majlis

Majlis berlangsung dari pukul 12.30 tengahari di lobi dan foyer Jabatan kami, Alhamdulillah juga majlis tersebut di buat disitu kalau tak susah juga kerana kebetulan pada pukul 1.00 tghari tu hujan mulai turun ( biasalah sekarang ni musim nya..) , majlis tersebut bersurai pada pukul 2.00 petang.
Rasa saya semua orang berpuas hati dengan sambutan pada kali ini kerana makanan yang di hidangkan memang sedap-sedap belaka.

 antara jemputan khas majlis

Sekian saja catatan saya buat kali ini
sehingga berjumpa lagi dilain catatan dan di sudahi dgn
wabillahitaufik walhidayah





Rabu, 21 September 2011

PENGHORMATAN UNTUK SETIAP WARGA MALAYSIA

imej dari carian google



Hari minggu tuari aku ada terbaca satu sajak atau puisi sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia dalam akhbar arus  perdana milik Syarikat kereta nasional kedua PERODUA, tertarik pulak aku dengan isinya dan gaya bahasanya yg kreatif dan sempoi jer... di sini aku salin semula sajak/puisi tu untuk kita kongsi bersama........


PENGHORMATAN BUAT SETIAP WARGA MALAYSIA.

BUAT MEREKA YANG SUKA ROTI CANAI CICAH SUSU PEKAT
YANG BILA RAYA DI LUAR NEGERI TERINGATKAN KETUPAT
JUGA MEREKA YANG SELESA TIDUR BERKAIN PELEKAT

BUAT MEREKA YANG BOLEH  MENGUASAI LEBIH DUA BAHASA
YANG BERKUNJUNG KE  BAZAR RAMADHAN DI BULAN PUASA
JUGA MEREKA YANG MAIN CONGKAK BERSAMA

BUAT MEREKA YANG TAK KENYANG KALAU TAK MAKAN NASI
YANG KALAU DI KAMPUNG SUKA SEKALI MANDI AIR PERIGI
JUGA MEREKA YANG KERAP BERULANG-ALIK MENAIKI FERI

BUAT MEREKA YANG SERING BERTANYA AWAK DAH MAKAN?
YANG BILA BERTEMU MEMBERI SALAM MENGHULUR TANGAN
JUGA MEREKA YANG PERAMAH WALAU BARU BERKENALAN

BUAT MEREKA YANG SETIA MENYOKONG PAASUKAN NEGARA
YANG SUKAKAN BUAH DURIAN, LANGSAT DAN BIDARA
JUGA MEREKA YANG MENGHARGAI KEINDAHAN ALAMNYA

BUAT MEREKA YANG BERKORBAN UNTUK MERDEKA
YANG MERINTIS KEBEBASAN KETIKA SEAWAL MALAYA
JUGA MEREKA YANG BANGSA BERGELAR WARGA MALAYSIA

BUAT MEREKA YANG CINTAKAN BUMI BERTUAH INI
YANG DI SEMENANJUNG, SABAH DAN SERAWAK SEKALI
JUGA SEMUA WARGA MALAYSIA
KERANA ANDA KEUTAMAAN KAMI


~ PERODUA~  building Cars Peolple First.



Antara kita, ada wira tak didendang yang berjuang demi kemerdekaan, antara kita ada mereka yang menggerakkan negara mencapai kemajuan.....kerana kita semua warga Malysia.
Ingatlah asal-usul kita ini dan pastikan jalur gemilang terus berkibar megah.
"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"

dari carian google.


Sekian perkongsian kita untuk kali ini sehingga berjumpa lagi di lain masa dan catatan.
wabilalhitaufik walhidayah,



Selasa, 20 September 2011

Sambutan Hari Raya .... tak habis-habis selagi ada syawal.





Semalam tempat kerja aku mengadakan jamuan sempena sambutan Aidil Fitri, acara bermula seawal pukul 11.00 pagi yang di adakan di hadapan foyer bangunan pentadbiran baru organisasi kami... tapi aku dan teman-teman lewat sedikit kesana kerana cuaca hujan sejak awal pagi lagi dan berhenti pada tengahari nya.

kami kesana pukul 11.30 pagi dan ketika itu majlis telah pun bermula , tapi tak kisahlah asalkan datang memeriahkan dan memenuhi jemputan ke majlis tersebut itu pun dah banyak-banyak syukur.




Banyak juga juadah yang disajikan untuk jemputan dan banyak juga khemah di dirikan bagi menjayakan majlis tersebut. .... antara menu hidangannya ialah nasi putih dan nasik baryani, lauknya pula rendang ayam dan daging masak kurma, juga disediakan lemang , nasi impit dan kuah kacang. ... berbagai-bagai jenis kueh-mueh dan buah-buahan turut dihidangkan. air minumannya pula ialah sirap limau sejuk.... OK lah  tak payah nak makan tengahari kat cafe mana-mana.....mmmmm

  

Majlis di meriahkan lagi dengan kehadiran penyanyi yang terkenal suatu ketika dulu iaitu Roy  yang mengalunkan lagu-lagu raya serta diiringin oleh kumpulan kombo organisasi kami sepanjang majlis tersebut yang berlangsung dari pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang.


Sejam sebelum majlis bersurai CEO kami sempat beramah mesra dan bermaaf-maafan dengan tetamu dan kakitangan yang hadir dalam memeriahkan majlis sambutan aidil fitri peringkat organisai kami, Insyaalah mudah-mudahan diberi kesempatan   untuk bersama-sama lagi di majlis yang sama tahun depan.

Sekian catatan buat kali ini sehingga bertemu lagi di lain catatan..
Wabilahitaufik walhidayah

Jumaat, 16 September 2011

Selamat Hari Malaysia 48 dan Selamat Hari Kemerdekaan 54






Hari ini merupakan hari sambutan Hari Malaysia mengambil sempena peristiwa pembentukan Negara Malaysia dengan persetujuan Sarawak dan Sabah bergabung dan seterusnya mendapat kemerdekaan dari Kerajaan  Inggeris yang telah menjajah Borneo lebih 300 tahun.

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Tarikh terbentuknya Malaysia perlu lebih dihayati, dikenang dan dihargai bukan sahaja oleh rakyat Sabah dan Sarawak tetapi juga seluruh rakyat Malaysia yang akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Merdeka pada 31 Ogos bagi mengingatkan rakyat akan perjuangan mencapai kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan dan persefahaman antara kaum.

Jika tahun 1981 pemisahan itu dirapatkan melalui penyeragaman waktu dan kini dimantapkan dengan sambutan Hari Malaysia. Pengertian Hari Malaysia perlu disebar luaskan kepada rakyat supaya pemahaman mengenainya lebih mendalam. Kita perlu fahami, emosi menyambut Hari Malaysia adalah berlainan dengan perasaan menyambut Hari Kemerdekaan.

Namun begitu sambutan hari tersebut perlu ada pengisian yang bermakna dan berkesan. Tanggal 16 September diraikan sebagai memperingati hari bersejarah bagi rakyat Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak kerana pelbagai kaum dan etnik bersatu untuk mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia.

Pada hari tersebut seharusnya rakyat di seluruh negara dapat merapatkan lagi hubungan antara kaum dalam suasana muhibah. Gagasan 1Malaysia akan bertambah mudah jika semua kaum dapat bersatu menjadi sebuah masyarakat yang kukuh jati dirinya.  .

Oleh kerana sambutan Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada 30 dan 31 Ogos pada tahun ini, maka sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 telah di rayakan serentak bersama Hari Malaysia ke 48 bagi menghormati sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada 31 Ogos tersebut. Maka pada tahun ini Hari Malaysia disambut serentak dengan Hari Kemerdekaan.



SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA DAN HARI KEMERDEKAAN...
Semuga negara kita terus maju makmur dan hidup dalam harmoni serta selamat kepada semua rakyatnya...
Insyaallah....aaminnn.

Sekian catatan kali ini sehingga berjumpa lagi di catatan yang lain.
Selawat dan Salam buat Rasulullah s.a.w
Wabillahitaufik walhidayah



Khamis, 15 September 2011

Ladang Anggur Sendayan Valley


 

Hari sabtu lepas ada kenduri doa selamat dan tahlil kat rumah anak jiran saya di Nursari Bayu Sendayan Valley, sebelum sampai ke taman tersebut kami melalui kawasan ladang anggur Sendayan Valley di lereng bukit berhadapan kawasan perumahan tersebut.
luas juga kawasan penanaman anggur tersebut sempatlah aku tembak 2, 3 keping gambar ladang tersebut nampak pokoknya sedang berbuah tapi belum masak lagi.

Ini adalah kenyataan berkenaan ladang anggur tersebut yg aku "petik" dari ladang web nya....hehehehe

"Ladang Anggur Sendayan adalah satu-satunya ladang anggur di Negeri Sembilan. Ia menjadi satu daya penarik kepada para pelancong dan peminat buah-buahan untuk menikmati buah yang kebiasaannya hanya di tanam di luar negara yang beriklim sejuk. Diusahakan oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Syarikat A-WINN Global Market Services Sdn Bhd yang mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan.

Ladang Anggur
gambar di "petik" dari website MPN

Terdapat 6,000 pokok anggur yang telah ditanam di atas tanah seluas 10 hektar iaitu anggur dari jenis Black Opal, White Malaga, Shiraz dan Black Pearl. Kesemua anggur yang dikeluarkan oleh ladang ini dijenamakan sebagai “Sendayan Valley” dan akan dipasarkan dipasaran tempatan. Selain daripada tanaman anggur sebagai tanaman utama, ladang tersebut juga menanam tanaman lain seperti buah nona, jambu, mata kucing, laici, sukun, ciku, belimbing besi, rambutan dan mangga. Selain daripada buah-buahan ladang ini juga menjual pokok anggur bonsai yang dijual antara RM 300 hingga RM 500 sepokok


Lokasi


Ladang anggur Sendayan Valley terletak lebih kurang 6 km dari Jalan Seremban-Port Dickson, 90 km dari Kuala Lumpur, 15 km dari Bandar Seremban dan hanya 20 km dari KLIA. Ini menjadikan Sendayan Valley sebagai ladang anggur paling dekat dengan bandar.



Waktu Perniagaan & Kadar Bayaran


Ladang dibuka setiap hari 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 4.00 petang hingga 7.00 petang dengan bayaran RM 5.00 dewasa dan RM 3.00 bagi kanak-kanak.

Maklumat Lanjut :-
Ladang anggur “Sendayan Valley”
03-7877 8151 "

aku pun tak cuba masuk lagi tapi memang teringin sangat nak masuk, kalau boleh nak petik sendiri buah anggur disitu jika diberi peluang dan kesempatan.



nantilah ..aku jumpa kawan yang kerja kat MPN tu nak tanya dia bila agaknya musim boleh masuk melawat kat ladang tu dan kalau boleh nak beli dengan memetik sendiri.....mmmmm..tak sabar pulak rasanya nak gi tanya....OK lah...

sekian catatan buat kali ini sehingga berjumpa lagi di catatan yang lain...
wabillahitaufik walhidayah