Isnin, 24 Oktober 2011

Tengok ni teringat itu....






Lama dah tak balik kg jenguk abah dan mak, teringat sgt kan abah dan mak...tapi aku dah tepon mereka berdua jumaat lepas , tengoklah kalau free rabu ni cuti umum balik lah sekejap jumpa mereka berdua.

bila tengok anggerik tu teringat sgt kat mereka berdua , foto tu aku "tembak" kat rumah abah raya dulu sedang mekar berkembang dengan baunya yg agak harum....

yg keduanya bila tengok anggerik tu teringat kisah tak kesampaian nak ke negara singa yang aku tak lepas nak pergi 2009 dulu masa menghadiri SKETMA  di UTM skudai, JB...

sekarang ni macam ada peluang pulak nak kesana kerana weeked ni nak kota tinggi utk memenuhi walimatulurus dari officer kat dept. aku, so rasanya peluang utk memenuhi semula ketidaksampaian ke negara singa tu...tengoklah kalau ada rezeki atau ada fulusnya....hehehehe.


Sekian catatan kali ini sehingga jumpa lagi di lain catatan
disudahi dgn...
wabillahitaufik walhidayah

Jumaat, 21 Oktober 2011

Profesor Dr. Wahbah al-Zuhaily - penulis Tafsir al-Munir yg masyur.


Profesor Dr. Wahbah al-Zuhaily

Seorang ulamak dari Syiria. Dilahirkan di satu daerah di Damsyiq pada tahun 1932. Pengajian menengahnya di Syria, kemudian ke peringkat Universiti di al-Azhar (Mesir). Memperolehi Ijazah ‘Aliyah (B.A) di al-Azhar pada tahun 1956 dalam bidang Syari’ah Islam. Kemudian menyambung pengajian ke peringkat M.A (tahun 1959) dan Phd (tahun 1963) di Universiti Kaherah (Cairo University). Sejak selesai Phd (tahun 1963) beliau menjadi pensyarah di Universiti Damsyiq dan pada tahun 1975 dianugerahkan gelaran Profesor. Beliau merupakan pakar dalam Ilmu Fiqh, Usul Fiqh dan Fiqh al-Muqaran (Fiqh Perbandingan). Telah menghasilkan banyak penulisan dalam pelbagai bidang ilmu Islam. Karya beliau yang termasyhur ialah al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu yang merangkumi semua bab Fiqh meliputi 9 jilid besar.Karya-karya beliau yang lain ialah

1. Tafsir al-Munir
2. al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami
3. al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh
4. Qissah Quraniyyah
5. at-Tafsir al-Wajiz




Biografi beliau.

Dr Zuhayli dilahirkan di bandar Syria Dair Atiah, utara Damsyik,   bapanya adalah seorang petani. Zuhayli menuntut ilmu syariah di Universiti Damsyik selama enam tahun, tamat pengajian pada tahun 1952 dimana mejadi pelajar terbaik dalam kelasnya. Zuhayli melanjutkan pendidikan Islam di Universiti al-Azhar yang berprestij dimana beliau sekali lagi mendapat ijazah sarjana kelas atas beliau pada tahun 1956. Selepas tamat pengajian pada tahun 1956, beliau juga menerima pengajaran ijazah  dalam bahasa Arab dari Al-Azhar.

Ketika sedang belajar di al-Azhar, Dr Zuhayli mempelajari undang-undang di Universiti Ain Shams di Kaherah, Mesir di mana beliau menerima ijazah Sarjana Muda magna cum laude pada tahun 1957. Pada 1959, beliau menerima ijazah sarjana dalam undang-undang dari Kolej Undang-Undang  Universiti Kaherah. Pada tahun 1963, beliau menerima ijazah kedoktoran beliau dalam undang-undang dengan Kepujian dengan utama dalam syariah Islam, tesis beliau ialah " Pengaruh Perang di Fekah Islam:. Satu Kajian Perbandingan Termasuk Lapan sekolah undang-undang Islam dan undang-undang antarabangsa sekular"

Semenjak tahun 1963 beliau telah mengajar di Universiti Damsyik di mana dia mendapat profesor sejak tahun 1975. Beliau memberi kuliah di kedua-dua kolej syariah dan undang-undang dan dia pakar dalam undang-undang Islam, falsafah undang-undang Islam, dan Perbandingan sistem undang-undang. Juga Beliau telah di lantik sebagai profesor pelawat di fakulti undang-undang di Universiti Benghazi di Libya (1972-1974), fakulti undang-undang syariah di Universiti Emiriah Arab Bersatu (1984-1989), Universiti Khartoum, Sudan , dan Universiti Islam Riyadh. Dr Zuhayli juga mengajar prinsip-prinsip Islam menulis undang-undang dan zikir untuk pelajar siswazah di Sudan, Pakistan, dan tempat lain. Dr Zuhayli adalah seorang pakar tentang undang-undang Islam menyebabkan beliau dipilih untuk mereka bentuk kurikulum Kolej Universiti Damsyik Syariah pada 1960-an.

Beliau merupakan ahli Persatuan Diraja bagi Kajian Tamadun Islam di AAL al-Bayt Yayasan di Amman, Jordan serta lain-lain negara di seluruh dunia Islam serta badan undang-undang  Majis Syria al-IFTA, Islam Fiqh Academy di Jeddah, Arab Saudi dan Akademi Fiqh Islam di Amerika Syarikat, India, dan Sudan. Beliau juga adalah Pengerusi Institut Penyelidikan bagi Institusi Kewangan Islam.

Banyak buku-buku dan Tulisan kebimbangan beliau tentang sistem undang-undang sekular,  seperti undang-undang antarabangsa atau undang-undang Emiriyah Arab Bersatu.

Beliau juga berkhidmat sebagai perunding undang-undang Islam kepada Institusi Kewangan Islam dan Syarikat Termasuk Bank Islam Antarabangsa. Beliau Juga Pengkhutbah terkenal agama di dunia Islam, kerap muncul di kaca televisyen dan program radio, Juga kerap muncul dalam akhbar Arab. Dia adalah seorang imam dan bekas khatib di Masjid Othman pada musim panas dan sekarang ini sebagai khatib di Masjid Badar, Dair Atiah di Damsyik. 

Sekiana perkongsian maklumat sehingga bertemu lagi dilain catatan,

Wabilahitaufik walhidayah

Khamis, 20 Oktober 2011

Tesco Extra Seremban Jaya mula urusniaga hari ni.( 19.10.2011 )



Hari ni Rabu 19.10.2011 , Pasaraya Besar Tesco Extra cawangan Seremban Jaya memulakan perniagaannya, terletak betul-betul bersebelahan dengan pekan Seremban Jaya fasa 1 dan berhadapan Simpang tiga jalan utama masuk ke Taman Seremban Jaya tersebut.

Ianya beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 pagi.... kiranya buka hari khamis tutup awal pagi jumaat dan bagitu lah seterusnya...tak tau lah camana sibuknya nanti disitu...patut pun malam tadi aku balik jalan kat situ sesak banget.... luar biasa dari selalunya.

Dengar citernya lagi besar dari Tesco Extra yang terdapat di Seremban 2.... tapi aku tak heranlah sebab Seremban Jaya tu jer dah berbelas fasa rumah kediaman..... penduduknya pun tak kurang dari 20 000 orang...belum masuk lagi Bandar Seremban Selatan ada 4 fasa.... Pinggiran Senawang ada 4 fasa juga kalau tak salah aku...Taman Tuanku Jaafar ada 6 fasa kalau tak salah aku dan Taman Tunku Najihah

Bagusnya ada dan tak bagus nya pun ada, yang bagusnya pengguna-pengguna di sekitar kawasan ini ada banyak pilihan tempat untuk mendapat keperluan harian dengan harga yg berpatutan dan mutu yg munasabah dan tak perlu lagi berjalan jauh utk mendapatkannya.....yang tak bagusnya ramai  peruncit berhampiran akan merosot perniagaannya dan mungkin ada yang terpaksa gulung tikar cari tapak perniagaan yang lain pula...

satu lagi keburukannya .. nanti tempat ni jadi tempat melepak bebudak sekolah yg memoteng dan aktiviti yang tak bermoral....aiii pening juga tu nak ditangani... yg dah sedia ada pun masih tak dpt dikawal tambah lah pulak lagi yg ini.

tapi harapan aku dengan adanya Tesco ni ainya lebih memberi manafaat kepada penduduk setempat  walau pun ujud serba sedikit kesulitan kepada penduduk disini

Sekian saja perkongsian infomasi pada catatan ini sehingga berjumpa lagi di lain caatatan
saya sudahi dengan

Wabillahitaufik walhidayah




Jumaat, 14 Oktober 2011

Hari ni Layan Maher Zain.... Insyaallah.



Salam Jumaat untuk semua, yang afdalnya layan Al-Quran.... tapi itulah kan  hari ni nak layan Maher Zain pula rasanya...mmmm hari jumaat layan lagu macam tak kena lah pulak .. Istifar..

sekejaplah layan Maher zain ni , lepas ni layan Al-Quran dan ceramah Ustaz Kazim ....

Insyaallah 

Andainya,
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela

segalanya suram
bagai malam yang gelap
Tiada bantuan
tiada tujuan

Jangan berputus asa
kerana Allah bersamamu
InsyaAllah....InsyaAllah
InsyaAllah...Ada jalannya

InsyaAllah...
InsyaAllah...
InsyaAllah...
Ada jalannya...

Andainya...
Kesalmu berulang lagi...
Bagai tiada ruang
untuk kembali..

Tika keliru
atas kesilapan lalu
Membelengu
hati dan fikiranmu..

Jangan berputus asa
kerana Allah bersamamu
InsyaAllah....InsyaAllah
InsyaAllah...Ada jalannya

Kembalilah...
kepada yang Esa
Yakin padanya
panjatkanlah doa

Ohh ya Allah
pimpinlah daku dari
tersasar
Tunjukkan daku
kejalan yang benar

Jalan yg benar
Jalan yg benar
Jalan yg benar

InsyaAllah...
InsyaAllah...
InsyaAllah...
Ada jalannya.


Oklah.., macam tak der benda yang nak dikongsikan hari ni, apa pun ada lagu yg boleh kita layan yg diharuskan dalam Islam, jika ianya memenuhi syarat disegi syariat Islam maka dibolehkan dan diharuskan antaranya ialah:
 i.  liriknya yang tak bertentangan dengan Islam.
ii.  peribadi orang menyanyikan
iii. irama lagu dan alatan muziknya yg dibenarkan oleh syariat 
iv. tiada pergaulan antara lelaki dan perempuan yg diharamkan
    
    Allahualam

Sekian perkongsian infomasi buat kali ini sehingga bertemu lagi dilain catatan dan disudahi dengan
Wabillahitaufik walhidayah

Khamis, 13 Oktober 2011

Sheikh Izzuddin Abdul Aziz bin Abdul Salam - Tokoh Ilmuan Islam, bah. 2

antara kitab beliau yang telah diterjemahkan kedalam bahasa melayu


sambungan dari bah 1...

2 . Ketegasan berdepan dengan pemerintah Mesir untuk melawan kemungkaran sehingga mendapat gelaran "Penjual raja-raja".

Kedatangan ke Mesir pada tahun 639 Hijriah telah disambut oleh Sultan Najmuddin Ayyub dengan penuh penghormatan. Namun di Mesir al-Izz berhadapan dengan kemungkaran-kemungkaran yang mesti ditentang dan dihapuskan. Al-Izz dilantik menjadi ketua hakim (Qadhi al-Qudhah) dan khatib Mesir.

Ketika melaksanakan tugasnya, al-Izz mendapati wujud beberapa kepincangan dalam pemerintahan, antaranya beberapa orang Umara`(pemimpin) masih lagi daripada golongan hamba yang menjadi milik Baitulmal Muslimin.

Mengikut hukum syara` perlantikan mereka ke jawatan-jawatan tersebut tidak sah dan tindakan mereka terbatal, antara mereka ialah Naib Sultan sendiri. Al-Izz lalu memaklumkan kepada mereka tentang kedudkan mereka di sisi syara` dan mengambil tindakan memebekukan segala tindakan mereka. Keputusan tersebut telah menimbulkan kemarahan dan tidak puas hati dikalangan umara` yang masih merupakan golongan hamba, tetapi al-Izz mengambil sikap tegas dalam keputusannya bahawa nereka hendaklah dijual secara lelongan terbuka, kemudian dibebaskan mengikut hukum syara`.

Keputusan tersebut bukan sahaja ditolak dan ditentang bahkan al-Izz diberri layanan kasar oleh Sultan Mesir sendiri. Oleh kerana itu al-Izz membuat keputusan meninggalkan negeri yang enggan melaksanakan Syariah Allah itu. Keputusan tersebut dilaksanakan serta merta. Setelah berita al-Izz keluar dariKaherah diketahui umum, orang ramai dari segenap lapisan masyarakat mengambil keputusan untuk keluar bersama-sama al-Izz dari negeri tersebut, sebagai penentangan terhadap pemerintah yang enggan melaksanakan syariat Allah.

Sultan telah diberi nasihat oleh seorang yang jujur denagan kata-katanaya: "Selamatkanlah kerajaanmu! jika tidak ia akan binasa dengan pemergian al-Syeikh".

Mendengar nasihat itu bergegaslah Sultan menunggang kuda mendapatkan al-Izz untuk memujuknya supaya kembali semula ke Kaherah.

Beliau setuju dengan pemintaan Sultan itu, dengan syarat semua pegawai kanan kerajaan dikalangan hamba itu hendaklah dijual secara lelong terbuka. Kembalilah al-Izz bersama-sama pengikutnya. Benarlah, sesungguhnya kebenaran dan keadilan mengalahkan kebatilan dan kezaliman.

Dari peristiwa inilah as-Syeikh al-Izz rahimullah dikenali sebagai "Penjual Raja-Raja". Masyurlah kisah ini keseluruh dunia. Pendirian unggul yang belum pernah disaksikan oleh alam ini, telah menjadi satu catatan sejarah. Suara kebenaran kembali berkumandang, ulama` di martabatkan, syariah Allah dilaksanakan dan kebatilan dikalahkan.
Al-Izz telah mengamalkan kehendak hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"JIHAD YANG PALING AFDHAL IALAH MEMPERKATAKAN KEBENARAN DI HADAPAN PEMERINTAH YANG ZALIM" ( Ibnu Majah ).

Semoga Allah mencucuri rahmat NYA keatas  Sultan Ulama al-Izz rahimahullah...aaminnn.

Sekian perkongsian info berkenaan ilmuan Islam yang telah berjuang menegakkan syariat Islam. sehingga berjumpa lagi di lain catatan..
disudahi dengan..,
Wabillahitaufik walhidayah

Rabu, 12 Oktober 2011

wordless wednesday - makanan penuh khasiat.

Sheikh Izzuddin Abdul Aziz bin Abdul Salam - Tokoh Ilmuan Islam, bah. 1


  
 



Dilahirkan di Damsyik, Syria pada tahun 577 Hijriah dan dinamakan Abdul Aziz bin Abdul Salam  al-Sulaimi al-Dimasyqi al-Misri al-Syafie. Beliau dikenali dengan panggilan al-Izz atau Izzuddin bin Abdul Salam. Meninggal dunia di Mesir pada tahun 66o Hijriah.

Seorang tokoh ilmuan yang hebat dalam sejarah Islam. Ulama` mazhab Syafie yang masyur dengan ilmu "Maqasid Al-Syariah"  / objektif syarak. Karya-karya beliau berjumlah lebih daripada 30 buah, antara yang termasyhurnya ialah "Qawa'id al-Ahkam fi Masolih al-Anam".

Beliau terkenal dengan gelaran Sultan Ulama` dan Penjual Raja-Raja. Beliau mendapat gelaran tersebut kerana beberapa sebab, antaranya ialah ;

1. Keberaniannya berdepan dengan pemerintah Syam yang ingin bersekongkol dengan Rom untuk menjatuhkan kerajaan Islam di Mesir sehingga digelar Sultan Ulama`.

Pada tahun 638 Hijriah, berlaku peristiwa perbalahan di antara pemerintahan Damsyik, al-Saleh Ismail dan pemerintahan Mesir, Najmuddin Ayyub. Apabila al-Saleh berasa gentar dengan acaman Ayyub, beliau telah membuat satu pakatan dengan tentera kafir Salibiyyah untuk membantunya menentang saudaranya Ayyub dengan menjanjikan beberapa negeri dan kawasan kepada Salibiyyah. Malah beliau juga membeli senjata bagi  memerangi Muslimin.

Setelah berita ini sampai kepada al-Izz yang merupakan khatib dan Mufti Damsyik pada waktu itu, beliau terus mengeluarkan fatwa haram menjual senjata kepada mereka. Beliau kemudian menaiki mimbar Masjid al-Umawi mengutuk dan mengecam tindakan al-Saleh tersebut, yang merupakan suatu penghianatan besar terhadap umat Islam. Beliau tidak lagi berdoa untuk Sultan di dalam khutbahnya, sebaliknya berdoa dengan doa yang menunjukkan bahawa beliau telah menarik kembali bai`ahnya (taat-setianya). Pada masa itu al-Saleh berada di luar Damsyik. Apabila berita ini sampai kepadanya, baginda terus mengeluarkan arahan memecat al-Izz dari jawatan khatib dan Mufti Damsyik serta mengarahkan supaya al-Izz ditangkap.

Beliau menerima  perlucutan jawatannya itu dengan tenang dan sedia bekorban demi menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.

Setelah dibebaskan dari penjara, al-Izz mengambil keputusan keluar dari Damsyik dan menuju ke al-Quds, baginda menghantar seorang wakil untuk bertemu al-Izz serta memujuknya agar datang mengadap Sultan dan mencium tangannya. Sekiranya beliau berbuat demikian, akan dikembalikan kepada beliau jawatan asalnya. Al-Izz dengan tegas menjawab: " wahai si miskin! aku sekali-kali tidak meredhai beliau mencium tanganku, bagaimana pula aku sanggup mencium tangannya."

Utusan itu menjawab: " jika tuan tidak menerima cadangan ini tuan akan ditangkap kembali."
Al-Izz menjawab: "buatlah apa yang kamu suka."

Lalu al-Izz pun ditangkap kembali dan dikurang di dalam sebuah khemah yang berhampiran dengan khemah yang didiami oleh Sultan dan ketua tentera Salibiyyah. Pada waktu malam terdengarlah suara al-Izz mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan zikir-zikir. Ketika itu al-Saleh Ismail memberitahu ketua Salibiyyah bahawa inilah ulama' yang ditangkap kerana enggan bekerjasama dengan baginda. "Beliau ditangkap demi kepentingan kamu", ceritanya dengan bangga. Ketua tentera Salibiyyah itu sebaliknya menjawbnya ; "Kalaulah ulama' ini di dalam agama kami, kami akan basuh kakinya dan meminum air basuhan tersebut".

Selepas itu datanglah tentera Ayyub dari Mesir lalu mengalahkan tentera al-Saleh Ismail dan sekutunya Salibiyyah. Akhirnya al-Izz dibebaskan dan dibawa ke Mesir.

Sekian perkongsian informasi sehingga berjumpa lagi di catatan bahagian ke 2.

saya sudahi dengan,
Wabillahitaufik walhidayah,

Selasa, 11 Oktober 2011

Dinner kat Medan Tani, Warisan Pertanian Putrajaya.






Sabtu lepas kami sekeluarga ke Balakong rumah teman sekerja yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekkah untuk menunaikan fardu haji pada tahun hijriah 1432 ni..... kesana memenuhi jemputan kenduri doa selamat beliau dan yg teramat pentingnya aku nak bertemu sebelum beliau berangkat pada 14 hari ni bersamaan 16 Zulkaedah... semuga beliau dipermudahkan serta mendapat haji yg mabrur ...... Insyaallah......aaminnn.

lebih kurang pukul 6.55 ptg aku pun minta diri dan bergerak ke Putra Jaya kerumah adik aku kat persint 6 , nak ziarah dia sekeluarga dan waktu yg sama dapat tumpang solat magrib kat rumah beliau..
.... selesai solat magrib kami sekeluarga pun minta diri untuk berangkat balik ke Seremban.

..tapi adik aku ajak "eating out" sebelum kami balik , walau pun masih kenyang kami setuju juga dengan cadangannya sebab nak jaga hati beliau sekeluarga....



ehsan dari google imej

mulanya kami nak makan kat satu kedai seafood kat kawasan berhampiran pinggiran putra jaya, tak der rezeki hari tu sebab kedai berikut tutup jadi kena cari port lain... aku ikut jer tak nampak aku jalan yang diorg lalu aku follow jer...hehehe.

akhirnya dia orang masuk ke kawasan Warisan Pertanian Putra Jaya, persint 16.... penuh parking malam tu..ramai sungguh pengunjungnya...yer laa malam minggu...aku parking ditepi jalan jer... tak pernah datang kesini lagi...happening sungguh kat sini.





 

lama juga nak dapatkan meja dan tempat duduk untuk makan.., kat sini konsepnya "self service" dan cari meja makan yg disediakan di kawasan makan tersebut...luas juga kawasannya tingkat 1 bangunan tersebut yang diperuntukkan kawasan berniaga dan kawasan makan.

anak aku yg dua orang tu order nasi ayam hainan dan kue teow goreng ala penang, adik ipar aku order nasi goreng kerabu, aku, wife dan adik aku serta anak-anaknya kami order Sate Warisan Hj Samuri... lama juga kami kat situ.

kul 11.00 malam kami berangkat pulang dan aku terus balik ke Seremban ikut lebuhraya PLUS...
sampai disini saja catatan kali ini sehingga berjumpa lagi dilain catatan...

aku sudahi dengan
Wabilahitaufik walhidayah

Selasa, 4 Oktober 2011

Walimatul urus dan Kenduri Doa Selamat ke Mekkah....




Sabtu dan ahad minggu lepas aktiviti aku di penuhi dengan  jemputan walimatul urus dan kenduri doa selamat dan bacaan Yassin untuk orang nak berangkat ketanah suci Mekah untuk menunaikan fardu Haji....

terkejar-kejar juga di buatnya , sebab waktu majlis dijalankan dan dilangsungkan adalah dalam julat masa yg lebihkurang sama jer... walau bagaimana pun semua jemputan perlu dihadiri untuk menunaikan tanggungjawab sosial....tambahan pula untuk bagi teman dan sahabat serta rakan taulan yang akan berangkat ke tanah suci bagi menunaikan fardu haji... mengambil keberkatan dan mendoakan kesejahteraan dan kesempurnaan ibadah di sana nanti juga mendapat keberkatan doa mereka yang akan kesana nanti... 


Sabtu tu aku ke Sendayan dulu hadiri majlis walimatul urus , perkahwinan anak sulong kawan isteri saya yang mana majlis berlangsung di rumah datuknya disitu...besar-besaran juga majlis tu ..yerlah anak pertama ...turut dijemput MB dalam majlis tersebut.

selepas selesai di majlis tersebut aku bergegas pula  ke Dewan orang ramai TTJ untuk meraikan "Tetamu Allah" yang berangkat ke Tanah suci pada hari-hari mendatang...moga-moga segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan .


Keesokannya aku ke dusun nyior untuk menghadiri majlis walimatulurus anak lelaki kawan isteri dan kawan aku jugalah....meriah sungguh warna tema kuning diraja tu....yerlah menantu pun suku sakat raja gak...OK laa tu... mudah-mudah berbahagia dan jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat...Insyaallah...aaminnn.


petang tu pula bergegas ke Kg. Senamo, Rombau, untuk menghadiri majlis doa selamat dan bacaan yassin untuk teman lama yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekkah pada jumaat ni 7 hb Oktober 2011...mudah-mudah beliau sihat dan dpt melaksanakan ibadat haji dan mendapat Haji yang mabrur...Insyaallah..aaminnn.

Sampai disini saja catatan buat kali ini sehingga berjumpa lagi di lain catatan..
dan disudahi dengan..,
wabillahitaufik walhidayah..,
 

Sabtu, 1 Oktober 2011

Cepat masa memintas kita...




Hari ni dah masuk suku terakhir tahun masihi dan bulan-bulan terakhir dalam kalendar hijriah... terasa pantas nya masa berlari memintas dan meninggalkan kita dan entah banyak mana lagi berbakinya usia ini.., risau dan rusing juga memikirkan kerana masih banyak yang masih belum terlaksana sepenuhnya segala tanggungjawab dan janji pada NYA yang telah termetri sejak azali...

Sebak dan sayu bila terkenangkan dosa-dosa silam dan salah silap masa lalu yang entah terampun entah tidak..... dalam bertungkus lumus untuk membayar dan mengganti semula segala kekurangan dan kelompongan dalam usaha mengumpul bekalan untuk ke alam kekal abadi



yang pastinya tak dapat berpatah semula kemasa silam, tiada "time machine" utk semua itu yang pentingnya pergunakan setiap saat waktu yang masih berbaki lagi ini...

takut ianya tak kesampaian kerana tiba waktunya masa aku disini terhenti dan tranfomasi ke masa baru dan alam kekal abadi bermula....
Ya Allah berilah aku kasih sayang MUdan ehsan MU untuk ku menebus segalanya walau pun ku tau semua itu bisa ku gapai dengan izin MU dan belas MU..... ya Allah..
berikan lah aku kesempatan itu sesungguhnya aku senantiasa menzalimi diri ku ini....





Sekian coretan dan perkongsian ini dan sehingga berjumpa lagi di lain masa .... Insyaallah.
di sudahi dengan..
wabillahitaufik walhidayah...