Khamis, 21 Mei 2015

Bromo National Park - JATIM 3


Kini Jeep yang dinaiki menuju kesebelah bertentangan dengan lautan pasir dan gunung Bromo bahagian timur BNP itu pada perkiraan saya...
kelihatan kawasan gunung dan dataran menghijau dan sungguh indah serta nyaman...sejuk mata memandang pemandangan ini tercipta dari kekuasaan yang MAHA ESA... Blok Savana...sungguh unik sekali....
Pengunjung pun dikala itu tidak berapa ramai dan supir kami mencari tempat yang lapang dan selesa untuk kami merakamkan keindahan kawasan tersebut tanpa gangguan..


kawasan Blok savana yang menghijau
suatu kawasan yang luas terdapat 3 suasana yang sangat berlainan dan sangat bertentangan bagai berada disuatu tempat yang amat asing dan unik, sebelum ini tanah tinggi dengan tumbuhan dan bunga besar dan kayu kayan iaitu di Penanjakan, kemudian lautan pasir dan Gunung Bromo dengan hampar pasir dari pasir volcano yang menghitam dan kini kami di kawasan Savana yang luas dengan pokok renek dan bunga dgn banyak bagai padang rumput penuh bunga-bungaan kecil.

Savana dari perbatasan Velcano Bromo National Park.
Savana...sungguh Indah
 
 
Teman sekembara sempat berposing di Blok Savana ini.
 
Lagi Blok Savana
setelah hampir setengah jam di Blok Savana ini kami pun menaiki semula Jeep dan bergerak ke satu kawasan lagi yang menarik disini....Tempat itu adalah Pasir Berbisik.
10 minit dari Blok Savana terbentang luas kawasan pasir halus dan luas...khabarnya pasir ini bisa berbisik....tapi sewaktu kami disana tidak kedengaran apa-apa...benarkah ianya berbisik dan bagaimana ia berbisik tidak lah diketahui....hanya mereka yang pernah mendengarnya sahaja yang memahami....


Pasir Berbisik

Pasir Berbisik

 
Pasir Berbisik
Setelah berada disitu lebih kurang sejam kami pun bergerak pulang ke Lava View Lodge...selamat tinggal Penanjakan-Bromo dan Pasir Berbisik ....tinggal dengan kenangan masih disana.
sampai saja di penginapan kami Lava View Lodge...kami terus ke Dewan makannya untuk menikmati sarapan pagi kami.. selesai sarapan kami terus ke bilik ... mandi dan bersiap untuk check-out kira-kira pukul 12.00 pm.

Dihadapan Lava View Lodge Bromo bersama supir sebelum sarapan pagi.

Sampai disini dulu catatan kembara kami sehingga berjumpa lagi dicatatan lain dalam kembara kami Surabaya-Bromo.

Layannnnnnnn...
 

Selasa, 19 Mei 2015

Bromo National Park - JATIM 2



Perlu segera turun ke Lautan Pasir untuk ke aktiviti kembara berikutnya...mendaki Bromo melihat kawahnya yang masih hidup kerna masih memuntahkan asap yg berkepul kepul putih dan tebal...
Perjalanan turun dari Penanjakan lebih seronok dari mendaki tadi kerana hari telah pun cerah dan dapat melihat pemandangan yang sungguh menawan...subhanaullah indahnya ciptaan NYA...

Pacuan 4 roda kami di Bromo National Park

Jalannya yg sempit dan bengkang bengkok dengan tebing curam menguji kecekapan supir kami dan keberanian wisata yg berkunjung kesini....laju yang sederhana dgn pemandangan yang menawan dan cuaca yang nyaman dan segar.....20 darjah Celcius.



Setelah mengharungi perjalanan selama 35 minit menuruni tebing curam yg berliku akhirnya kami tiba ke lokasi yg ditujui... deretan jip yg sampai awal ke kawasan kaki gunung bato'....kawan kuda dan pemiliknya telah bersedia disitu untuk sambung kembara menawan gunung Bromo...sgt teruja walaupun pertama kali menunggang kuda....

Kuda-kuda sudah tersedia disini dikaki gunung Bato` untuk berkuda ke kaki gunung Bromo
sebaik saja tiba di kawasan lautan pasir berhampiran Gunung Bato` pemilik-pemilik kuda sudah bersedia untuk membawa para pelancung yg berminat untuk menunggang kuda ke kaki Gunung Bromo...jarak nya hampir 3000 meter dari tempat pakir Jeep dengan kaki gunung Bromo.
First time in my life menunggang kuda sungguh excited pada mulanya tapi apabila sudah dipelana dan kuda mula bergerak terasa seperti mau jatuh dan terbalik....10 minit juga diambil masa untuk mengibangi badan dengan rentak kuda bergerak lama kelamaan semakin biasa dan perasan gementar terus hilang sedikit demi sedikit.... namun hari ini memang aku teruji lagi kerana kuda yang ku tunggang dalam kondisi terangsang....acapkali mau meloncat apabila berselisih dengan kuda yang lain... aduhhhh yang sakitnya disini....


Menunggang kuda ke Bromo































Alhamdulillah selamat juga ke kaki Gunung Bromo, selepas turun dari kuda terasa amat lega sekali takut terjatuh dari kuda.... Kuda hanya dibenarkan hanya hingga keperbatasan ini saja dan menunggu disitu sehingga setiap wisata yag menyewa kuda turun dari gunung Bromo.


Akhirnya sampai juga di kaki gunung Bromo


Pendakian pun bermula dengan memanjat anak tangga ke puncak gunung Bromo yang disitu terdapatnya kawah yang masih aktif pada pandangan saya kerana masih lagi menguarkan asap putih yang tebal dan bau sulfur yg menyemarak disekitaranya...agak mencabar juga...
 

Tangga untuk ke puncak Bromo
 Mula mendaki di anak tangga teratur naik hingga ke tepi kawah gunung Bromo yang terdapat di puncaknya...agak curam, bagi saya yang bermasaalah sakit lulut amat mencabar...tp cabaran itu dapat dikurangkan kerana setiap lebihkurang 25 anak mata tangga ada kawasan rehatnya...bolehlah berehat disitu..
 
 
R&R yang kedua dari bwh..


R&R ketiga...

setelah berhenti disetiap tempat rehat akhirnya sampai juga kami ke puncaknya...Alhamdulillah bermandi peluh jugak lah utk sampai kesana ditambah lagi dengan cuaca yang mulai panas kerana matahari telah naik tinggi

Di puncak Bromo akhirnya...

Kawahnya tidak berapa kelihatan keran dipenuhi asap yang tebal dan putih namun bau sulfur tidak terlalu kuat keran dikala itu kami berada pada laluan tiupan angin...sgt indah permandangan dari puncak Bromo ini, kelihatan semua dibawah gunung Bato`,kawan kuda yang turun naik juga baris Jeep di kawasan pakir di bawah yg jarak nya hampir 3000 meter lebih dari sini...

ditepi kawah gunung Bromo- at the peak of Bromo


Kawah yg penug asap

Kawah dipuncak Bromo

Kawah Bromo
Selepas 30 minit diatas kawasan puncak Bromo, kami pun mulai turun semula...waktu turun agak senang tapi perlu hati hati takut tergelincir kerna kelalaian dan kesilapan pasti megundang padah pada ketinggi bagitu...
Menunggang kuda kebawah semula melalui laluan yang sama semasa mendaki tadi, melintasi anak sungai dan berjalan terus ke pakir Jeep....agak selesa juga kerana cara kawwalan dan pengendalian sudah mula serasi...namun kuda masih lagi seperti naik tadi sibuk nak meloncat bila bertemu dan berselisih dgn kuda yang datang dari arah bertentangan...

Menuju ketempat pakir kuda untuk turun kebawah

barisan Jeep di kawasan pakir menunggu pendaki pulang
Akhirnya sampai semula ke kawasan Jeep di pakir dan kami bersiap pula untuk ke kembara berikutnya kawasan Savana di Bromo National Park ini..

Savana Bromo dan pasir berbisik.

 Sekian catatan kali ini sehingga berjumpa lagi di lain catatan kembara kami ke  Taman Savana dan Pasir Berbisik...
 
Layannnnnnn....
 
 


Jumaat, 15 Mei 2015

Bromo National Park - JATIM


Lama dah tergantung catatan pengembaraan ke JATIM ni....kerna byk sgt kekangan kerja di kantor bertali arus terus terusan....


....selesai makan malam dan membeli sedikit makanan ringan untuk kudapan ,kami bergerak semula menyambung kembara kami , kali ini distinasi kami ke Bromo National Park.

Hujan turun agak lebat juga malam itu , jam ditangan menunjukan pukul 8:15 malam kami...20 minit perjalanan kami menghampiri simpang ke Bromo National Park, supir perlahankan mobil...bila semuanya jelas dan selamat terus belok ke kanan memasuki jalan perkampungan ...... agak gelap dan agak sempit dari pandangan aku...bagi supir kami "bisa diurus gampang " menyusuri kegelapan malam dalam jarak penglihatan yang agak terbatas melintasi beberapa kediaman yang masih menyala lampu di dalam....jalan masih mendapat sedikit berbeluk beluk....namun masih boleh buat aku tidak melelapkan mata...
hujan masih lagi turun...agak lebat bertembung dgn penduduk disekitar kediaman tersebut beberapa kali hanya menonggang motosikal sambil meredah hujan..tak hiraukan basah..
setengah jam kemudian jalan yg disusuri rasanya makin sempit berbeluk beluk lebih kuat umpama ular dipalu dan semakin tegak mendaki...namun bagi supir kami ..."gampang saja pak" sesekali berselisih dgn mobil yang bergerak turun dari arah bertentangan....cuaca mulai sejuk....aku sudah mula mengantuk...
Setelah mengharung perjalanan yang agak panjang dan tak dapat melihat apa yang ada disepanjang perjalanan,.... kurang lebih 90 minit kami mulai menyusuri kawasan petempatan wisata di puncak Bromo National Park...

Lava View Lodge pukul 11.00 mlm.
Kami sampai ke penginapan kami mlm ini ialah Lava View Lodge Bromo Indonesia...selepas urusan dikaunter telah selesai kami terus ke Bilik kami utk 3 orang, masuk dan letak beg masing-masing di bilik...terus mandi dan solat jamak qasar ... cuaca sgt sejuk rasanya tika itu 15 Celcius...nasib baik water heater disediakan...sungguh klasik water heater nya menggunakan gas....aku lupa nak ambik gambar..siapa nak tau kena pergi sana lah..
setelah selesai solat kami makan sedikit makanan ringan yg dibeli di Kota Batu siang tadi..selesai "berkudap" terus tidur dikatil masing-masing...kerna esok perlu awal pagi ke Penanjakan untuk menikmati keindahan matahari terbit ....walaupun aku merasakan sesuatu yang agak aneh dan menyeramkan dlm bilik tidur ku...tapi kerana keletihan dan mengantuk serta cuaca yg sejuk akhir nya aku tidur degan nyedarnya....hahahaha...sedar-sedar waktu utk ke Penanjakan pun tiba...
...terus bangun dan bersiap untuk ke Penanjakan..

Kalau nak kesini perlu bawa baju panas,penutup hidung,penutup kepala dan sarung tangan dan memakai kasut yang sesuai..kalau tak semuanya kena beli disini mau juga dekat 170000 IRp atau kena sewa pun lebih kurang bagitu jugak kosnya...

Sampai dipuncak Penanjakan kami singgah minum kopi panas utk memanaskan badan suhu persekitaran tika itu 10 darjah Celcius..."dingin banget", sekitar pukul 4.25 pagi matahari mula kelihatan, sungguh indah pemandangan kala itu....

Sang Suria terbit view dari puncak Penanjakan

di puncak penanjakan

pukul 5.10 pagi matahari telah terbit sepenuhnya cuaca sekeliling kelihat lebih indah lagi tak terucap oleh kata-kata...

Matahari telah terbit sepenuhnya - Bromo Natinoal Park dr Penanjakan.

Pelancung luar negara dan local di atas puncak penanjakan

sungguh cantik pemandangan dari punjak ini.....antara shot yg dpt dibuat....


Bromo , Batu',Semeru



Bromo,Batu',Semeru

sebelum turun sempatlah posing kat atas puncak penanjakan tu....

sempat berposing di Penanjakan

sempat berposing di Penanjakan


Pukul 5:45 pagi kami mulai turun ke bawah untuk menjelajah Lautan Pasir dan menawan gunung Batu' dan Bromo...

Gerbang Penanjakan


selamat tinggal Penanjakan lain kali kami kesini lagi...perlu segera turun kerana lebih banyak lagi aktiviti yg perlu dilakukan di Lautan Pasir...

sekian buat kali ini, jumpa lagi di lain catatan...

Layannnnnnnnn...