Memaparkan catatan dengan label Penting. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penting. Papar semua catatan

Selasa, 3 Mei 2011

PANJANGKAN PESANAN KAK CIK BUAT ADIKNYA AZMIR ADZHA...

SEMOGA AZMIR ADZHA MEMBACA ENTRI INI.



Saya tersentuh membaca entri Kakcik di sini. Rintihan seorang kakak merayu agar adiknya yang telah terputus hubungan, supaya melawat ayah mereka yang sedang terlantar sakit di Hospital Pantai, Ampang.

Saya perturunkan entri beliau sepenuhnya, tanpa gambar. Mungkin kalau kita, sesama rakan blogger, memanjang-manjangkan entri dia ini, mana tahu adik beliau terbaca salah satu dari entri kita, terbuka hatinya untuk segera menjengok ayahnya.


Untuk perhatian adikku Azmir Adzha...

Mungkin ini berita yang kamu tunggu...

BAPA SEKARANG TERLANTAR DI ICU

gambar yang diambil secara 'curi-curi'

pulanglah sementara ada waktu, tidak mengapa kalau dengan 'kami' kamu tidak mahu bertemu, asalkan di dada bapa terlerai rindu. Gambar-gambar berikut mungkin boleh jadi panduan untuk kamu ke sana :

Sekian dimaklumkan. Hanya melalui blog ini kakakmu ini dapat menghantar khabar. Semoga perkhabaran ini sampai juga kepadamu.

Pesanan saya   kepada Azmir.

Ziarahlah ayahmu sementara hayatnya masih ada. Andainya ayah kamu telah tiada nanti, dan dikala itu kamu baru teringat untuk bertemu ayah mu, percayalah kamu akan menyesali dirimu sehingga akhir hayat kamu. Di kala itu jika kamu menangis dengan air mata darah sekalipun, ayah mu tidak akan kembali lagi. Dengarlah rayuan kakak mu itu !

AZMIR ADZHA segeralah ziarahi ayahanda mu sementara masih ada kesempatan....SIAPALAH KITA TANPA MEREKA........

 
Sabar dan tabahlah buat Kakcik semuga Allah perkenankan doamu....aaminnn.....