Hari sabtu lepas jadi gak memenuhi jemputan ke majlis kenduri kawin kawan sekerja isteri saya di Istana Raja, Rembau.....cuma bertukar sedikit agendanya dengan yang di rancang sebelumnya.... kami ke majlis kenduri kahwin tu dulu lepas tu baru balik ke rumah mentua untuk membuat apa yang telah dirancang sebelumnya.
susah juga nak jumpa lorong ni , walau pun peta panduan disediakan dalam kad jemputan tu... dan nama lorong ni tidak terdapat dalam peta lokasi dan tak dpt ditemui oleh GPS yang saya gunakan..... akhirnya jumpa juga lokasi yang di cari berpandukan banyak kenderaan yang pakir ditepi jalan dan tanda bunga manggar kecil di selekoh ke lorong tersebut.....Alhamdulillah ada rezeki lah nama nya tu...mmmm
Kami sampai pun memang waktu makan tengahari, alhamdulillah jemputan pun belum bagitu ramai dan pengantin pun tak sampai lagi...lepas berjumpa tuan rumah terus ke khemah untuk menikmati juadah yang disediakan...
Alhamdulillah sedap-sedap juadah yang disediakan , walaupun hanya juadah biasa dalam kenduri kendara .... mungkin masakannya yang kena dengan selera saya selera nogori... dessertnya pula bubur kacang hijau bercampur durian....memang mengancam...
Sementara menunggu ketibaan mempelai saya sempat mengambil beberapa gambar pelamin dan persiapan menyambut ketibaan mempelai di majlis tersebut.
Tepat kul 2.00 ptg kedengaran bunyi mercun dengan meriahnya menandakan rombongan pengantin dan keluarga pun tiba dari Perlis dengan 8 buah kereta. Mereka diiringi dengan kumpulan rebana, kumpulan rembana ni memang kira dah hampir pupus kerana kebanyakan sekarang org memnggunakan kumpulan kompang dalam perarakan mengiringi pengantin ke Pelamin dan semasa pengantin bersanding.
Semasa Pengantin bersanding "terinai" atau tarian piring di persembahkan kepada pasangan raja sahari untuk tuntunan mereka dan salah satu adat kebudayan yang masih dapat di lihat di sini. Selepas itu upacara menepung tawar pula dijalankan oleh kedua-dua pihak mempelai.
Selepas semuanya selesai pasangan raja sahari pun ke meja santapan untuk makan beradat bersama-sama keluarga kedua mempelai.
Lebih kurang pukul 2.20 ptg kami pun berangkat pulang dari majlis tersebut dan akan terus menuju ke rumah mentua yg jarak nya lebih kurang 15 km dari rumah kenduri tersebut.
Jumpa lagi dilain catatan.....
Layannnnnnnnnnn......
