Sampai kat ujung bandar tu.....aku buat pusingan U lepas tu tinjau mana mana ada kedai makan yang masih buka....tak banyak yg bukanya.....ada satu tu terus kami singgah...makan kat situ sambil dengar lagu Otai... hehehehe...nostalgik gak lagu-lagu nya...
Habis makan terus jer kita orang balik ke Pontian ...... waktu pun rasa macam dah malam sgt.....
Sampai jer kat Pontian sebelum gi masuk bilik singgah jap kat Giant sebelaah hotel tu.... dah dpt apa yg diperlukan terus masuk bilik masing-masing , mandi ..... solat .....dok jap on laptop...
Boring pulang dok dlm bilik....ajak member saja jer jalan -jalan sekitar Bandar Pontian tengok apa kegiatan diaorg kat sana waktu mlm.... mmmmmm, pusing pusing lepas tu lepak sat kat tepi pantai ..... boring gak baik balik tido.... hehehe... dah tau ngantuk mana nak tahan lagi , sampai jer hotel terus tido... sbb pepagi sok dah nak balik ke S`ban....member nak balik KL....
Pagi esoknya tepat kul 7.00 selepas dah siap-siap kita orang turun lobo hotel untuk sarapan pagi kat situ , Ok laa sarapannya ...standard macam hotel lain... lepas sarapan kitaorg terus check-out dan bertolak ke Batu Pahat.
....sebelum tu..ronda-ronda dulu keliling bandar Pontian yang terdiri dari 2 bahagian..... bandar baru dan bandar lama....aku pun tak berapa faham...OK laa tu ...... dalam 10 minit gitu terus bergerak kearah utara menuju ke Batu Pahat....
sepanjang perjalanan ke Batu Pahat di kiri kanan jalanraya dihiasi pokok buah-buahan kebanyakannya pokok rambutan dan durian... kelihatan juga ladang-ladang nenas.... kalau berdasarkan replika nanas yg besar kat Bandar Pontian ini sudah pastinya ianya pusat pengeluaran hasil nanas bagi negeri Johor... dan sudah tentu dari yang bermutu tinggi.... tapi aku tak beli sebiji nenas pun kat Pontian ni... jalanrayanya pun selesa memandu walaupun ada beberapa kawasan yang agak beralun dan kenderaan dalam sederhana kesibukannya...tapi berhati-hati bila memotong kerana keadaan jalannya yang beralun..... aku easy driving jer...bukan nak pecut laju-laju pun.... dalam perjalanan ke Batu Pahat kami sempat singgah sekejap kat Pantai ...... aku pun lupa....kawasan nelayan kat sana tu...lama gak laa singgah kat situ....lautnya nampak cantik tapi ada banyak ampai-ampai ....besar besar... lebihkurang 1 jam kita orang keluar semula ke jalan besar terus menuju ke Bandar Patut Pahat..... dalam perjalanan tu singgah jap kat stall tepi jalan jual durian...diaorg makan kat situ jer...fresh U....aku tak berani nak makan cuma cuba seulas jer..memang sedap...aku beli 3 biji untuk bawak balik teringat yang kat rumah tu....
Dalam pukul 10 gitu sampai kat Batu Pahat, pusing-pusing tengok sekitar bandar...besar gak bandarnya..memang patut laa dia di nobat sebagai bandar ke dua terbesar kat Negeri Johor....
Lepas pusing-pusing Bandar Batu Pahat , kita org gi makan nasi bairani gam kat gerai makan tepi sungai jalan arah ke Muar. . . . ok gak , pelanggan pack giler..
dah kenyang kami pun meneruskan perjalanan pulang dan bercadang menggunakan lebuh raya PLUS....
k.... sampai sini dulu.. jumpa lagi dilain catatan....
layannnnnnnnnnn.....