Pagi ini kami bangun awal kerana supir kami semalam terpaksa pulang ke Bali kerana mendapat berita kematian neneknya dan pagi ini supir lain akan mengantikan beliau.
Selepas solat subuh dan bersiap , kami ke cafe hotel untuk bersarapan...memang class laa buffet breakfast nya macam nak makan tengahari banyak nya...selesai breakfast 7:30 pagi waktu JATIM kami check out dan menunggu supir di lobi hotel.
Seperti di janjikan tepat pukul 8:00 pagi supir pun sampai dan supir kami kali ini bernama Alex, memang orang asal Surabaya dan muslim.
Lawatan kami pada pagi itu ialah di sekitar bandar Surabaya bermula dengan melawat Museum Sampoerna~ muzium rokok.
kami hanya sekadar melihat dari luar sahaja kerana museum mula beroperasi pukul 9:00 pagi jadi kami hanya sekadar menembak gambar sahaja disini.
Dalam perjalanan ke Museum Rokok ni yg lebih dikenali sebagai House of Sampoerna...kami melalui bangunan lama penjara yang dibina sejak zaman penjajahan Belanda suatu ketika dulu.
kerana tidak mau membuang masa untuk menunggu di House of Sampoerna kami pun bergerak ke Monumen Kapal Selam yang lebih dikenali disini sebagai MONKASEL terletak di tepi tebing Sungai Kalimas...bersebelahan Jalan Pemuda dan berhadapan Gubeng Pojok.
Kapal selam ini adalah kapal selam sebenar yang pernah digunakan oleh Armada RI Kawasan Timur suatu waktu dulu...Kapal Selam buatan Rusia ini pernah bertempur dengan angkatan laut Belanda dalam peperangan membebaskan Irian Barat dari Penjajah Belanda.
Disini pengunjung berpeluang melihat keadaan dalam kapal selam ini dan teknologi peralatan dan persenjataannya yang canggih pada zamannya. Kerana Negara Indonesia ini dikelilingi oleh laut maka tidak hairanlah negara ini mempunyai Armada Laut yang besar dan mempunyai kapal selam seawal tahun 40an lagi.
kami berada di MONKASEL tersebut lebih kurang sejam dan selepas itu kami pun mula bergerak semula menyambung ekspidisi kami ke Lokasi berikutnya.
Sampai disini dulu untuk kali ini, jumpa lagi di lain entry...
Layannnnnnnn...