Khamis, 11 Oktober 2012

Hatt Yai Waktu Malam...

 
 
Selawat dan Salam buat Rasulullah s.a.w....
 
Jumpa lagi ..... sambungan pengalaman perjalanan ke Hatt Yai, Thailand...
 
Selepas selesai segala urusan dan keperluan masing-masing dan tanggungjawab kepada YG ESA, maka kami pun berkumpul di Lobi lebihkurang pukul 8.30 mlm waktu tempatan...
malam ni kami bercadang nak berjalan disekitar pasar malam Hatt Yai yang terkenal ini dan menjual berbagai-bagai barangan dan tekstil juga terdapat banyak stall makan halal yang peniaganya adalah orang-orang Islam tempatan yang sangat fasih berbahasa melayu.
 

 
 
setelah semua sudah bersedia kami pun mula bergerak ke pasar malam yang terletak di Jalan Sanehanusorn lebih kurang 600 meter dari Hotel Tune yg terletak di Jalan Niphat Uthit 2 , dalam perjalanan ke Pasar malam tersebut kami lihat ada 2 restoran halal dan antara yang terkenal  ialah Restoran Maliam yang terletak di Jalan Thamanoonvithi , tapi sewaktu kami melalui  kedua-dua restoran tersebut sudah pun ditutup dan akan beroperasi semula pada pukul 7.00 pagi keesokan harinya.
 
 

Sesampainya di pasar malam tersebut masing-masing pun sibuk mencari barangan yang berkenan di hati, aku hanya servey jer dulu tengok harga dan qualiti kerana tak bercadang untuk  "shoping" hari dan sekadar "window Shoping " jer...
memikirkan esok akan ke Krabi malas nak menambah lagi bebanan "backpack" aku yg telah sedia beban penuh.....
disini juga terdapat banyak stall yang menjual makanan halal tetapi semuanya goreng ayam/udang/ketam yg di makan dengan nasi pulut, ada juga mereka yang menjual "pulut mangga" .. OK gak rasanya ..tapi mangganya terlalu manis... aku suka mangga yang masam manis.... 
 
 
Di sini terdapat juga perniagaan yang biasa dikaitkan dgn Hatt Yai ini.... tapi ianya hanya akan dijumpai oleh siapa yang berminat dan berkunjung kesini atas tujuan tersebut.... terpulanglah kepada individu tersebut memilih untuk mencari yang baik atau sebaliknya.... semasa kami balik dari pasar terapung ptg tadi pun pemandu " tuk-tuk " ada mempelawa kami untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut....tapi kami semua tidak berminat dan kesana bukan atas tujuan itu...
 
Semasa kami menyusur pasar malam hingga kehujung jalan , tersegam bangunan pasar raya dan Hotel Grand Plaza  yang pernah di bom sebulan sebelum kami ke Hatt Yai....kelihatan kontraktor sedang giat membaiki kerosakan tersebut dan kerja baikpulih seperti di lakukan 24 jam tanpa henti...
 

Disebelah sisi Hotel ini terdapat banyak stall makanan Halal walaupun ada beberapa stall non-halal... malam ni kami makan di stall Sea Food Goreng dan memesan minuman dari Sarang Burung - Lai Chi Kang penjualnya orang muslim tempatan.... kami memesan mengikut keinginan masing-masing... boleh tahan juga dan harganya agak murah juga... kira berbaloi...


Kira-kira pukul 1.00 pagi selepas selesai makan malam disitu kami pun berangkat kembali semula ke Hotel untuk berehat dan esok perlu bangun awal untuk meneruskan perjalanan kami ke Krabi yang dijadualkan bertolak dari Hatt Yai pukul 8.00 pagi yang akan mengambil masa kurang lebih 5 jam dengan kelajuan purata 130 km/j.

sekian buat kali ini, jumpa lagi di catatan lain....

Selawat dan Salam buat Rasulullah s.a.w

Layannnnn.....

6 ulasan:

  1. Sodap udang tu agaknya. Masa kat sana tak teringin pulak, lagipun nak menjaga 'kaki'.... hehe

    BalasPadam
  2. entah laa mie..... tp biaso eh kalau bosa sgt udang tu, tak berapo sodap....apa-apa pun aku pun sewaktu dgn ko....hehehehe

    BalasPadam
  3. santai rasanya baca entri ni.. sy rasa macam pulak sy yg berada kat sana.. (",) selamat bercuti.. (",)

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ sdr. Fuad... itulah yg cuba saya terapkan mengikut tema blog ini... terima kasih dan sdr. ada kesempatan ok juga bercuti ke sana..

      Padam
  4. Salam
    Ada juga rancangan nak jalan-jalan ke sana. Tapi travel overland ... naik keretapi & bas dari KL. Tapi bila ... tak pasti sbb hujung tahun ni banyak kekangan dan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alaikumsalam Myza..,
      TQ sudi dtg menjenguk kesini...
      haah.. OK gak kalau nak overland...ramai rakyat malaysia yg kami kebetulan terjumpa disana guna train / bas dr Padang Besar dan ada juga teksi/van dr PB tu...tuk-tuk pun ada tp letih laa dekat 1 jam lebih gak dr PB ke HY....

      Padam