Selasa, 30 Oktober 2012
Aonang , Krabi Waktu malam....
Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad s.a.w
selepas mandi dan solat kami berkumpul semula di lobi hotel untuk berjalan-jalan di sekitar pekan Aonang, Krabi dan pada waktu yg sama mencari tempat untuk makan malam...
mula-mula "survey" dulu.. bila dah jumpa tempat yg sesuai dgn selera, halal dan mampu beli....hehehehe... byk juga terdapat kedai makan di sepanjang bandar tepi pantai Aonang ni...bila malam lebih menonjol lagi dan lebih ramai pengunjung jika dibandingkan pada waktu siang... yelah waktu siang kebanyakan pelancong ramai yang kelaut untuk melihat pulau-pulau di perairan Aonang ni dan ada antaranya ke Phi-Phi Island dan balik semula ke Aonang pada ptg nya...
setelah berjalan sambil "survey" dari pangkal ke hujung dan dari hujung ke pangkal akhirnya kami berpecah kepada 2 kumpulan...
1 kumpulan nak dinner berat....yg satu lagi nak dinner biasa jer...jadi group yg pertama masuk makan disalah sebuah restoran makanan laut dan makanan ala western kat situ...aku yg join that another group browse lagi sampai ke hujung pekan Aonang tu dan akhirnya berjumpa dengan sebuah kedai makan Islam milik orang Patani dan kami hanya "take away" jer..
Selepas semuanya selesai "dinner" kami pun mengambil keputusan berjalan-jalan sambil "window shoping" kat sekitar pekan peranginan Aonang tu.
disini banyak terdapat keadai makan dan restoran juga pub dan pusat karaokae yang kelihat dipenuhi oleh kebanyakannya pelancong barat... juga terdapat kedai tektail dan kedai jahit serta kedai cendrahati...
Disini juga terdapat banyak resort dan motel yang mahal-mahal...kami hanya sekadar berjalan-jalan dan bergambar disekitar pekan Aonang ini.
lebihkurang pukul 12.30 malam kami balik ke hotel untuk berehat dan mengemas "bagpack" masing-masing kerana pukul 10 pagi esok van yang telah di tempah semalam akan datang mengambil kami di hotel untuk pulang semula ke Hatt Yai.
sekian catatan buat kali ini , sehingga berjumpa lagi di lain masa...
Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w
Layannnnnnnnnnnnnn.......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Barangan cenderahati agak mahal di sini berbanding di Hatyai... tapi kena beli jugak...
BalasPadamkalau tak beli tak da kenangan lah pulak ..... beli juga walau pun satu....
Padam