Selasa, 30 Oktober 2012

Aonang , Krabi Waktu malam....


Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad s.a.w

selepas mandi dan solat kami berkumpul semula di lobi hotel untuk berjalan-jalan di sekitar pekan Aonang, Krabi dan pada waktu yg sama mencari tempat untuk makan malam...
mula-mula "survey" dulu.. bila dah jumpa tempat yg sesuai dgn selera, halal dan mampu beli....hehehehe... byk juga terdapat kedai makan di sepanjang bandar tepi pantai Aonang ni...bila malam lebih menonjol lagi dan lebih ramai pengunjung jika dibandingkan pada waktu siang... yelah waktu siang kebanyakan pelancong ramai yang kelaut untuk melihat pulau-pulau di perairan Aonang ni dan ada antaranya ke Phi-Phi Island dan balik semula ke Aonang pada ptg nya...

setelah berjalan sambil "survey" dari pangkal ke hujung dan dari hujung ke pangkal akhirnya kami berpecah kepada 2 kumpulan...
1 kumpulan nak dinner berat....yg satu lagi nak dinner biasa jer...jadi  group yg pertama masuk makan disalah sebuah restoran makanan laut dan makanan ala western kat situ...aku yg join that another group browse lagi sampai ke hujung pekan Aonang tu dan akhirnya berjumpa dengan sebuah kedai makan Islam milik orang Patani dan kami hanya "take away" jer..


Selepas semuanya selesai "dinner" kami pun mengambil keputusan berjalan-jalan sambil "window shoping" kat sekitar pekan peranginan Aonang tu.
disini banyak terdapat keadai makan dan restoran juga pub dan pusat karaokae yang kelihat dipenuhi oleh kebanyakannya pelancong barat... juga terdapat kedai tektail dan kedai jahit serta kedai cendrahati...
Disini juga terdapat banyak resort dan motel yang mahal-mahal...kami hanya sekadar berjalan-jalan dan bergambar disekitar pekan Aonang ini.


lebihkurang pukul 12.30 malam kami balik ke hotel untuk berehat dan mengemas "bagpack" masing-masing kerana pukul 10 pagi esok van yang telah di tempah semalam akan datang mengambil kami di hotel untuk pulang semula ke Hatt Yai.

sekian catatan buat kali ini , sehingga berjumpa lagi di lain masa...

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w

Layannnnnnnnnnnnnn.......

Khamis, 18 Oktober 2012

Di lambung Gelombang Laut Andaman... episod 2

 
 
Setelah berbincang dengan "boat skipper" dan berjanji dengan pilot "tuk-tuk" untuk datang mengambil semula kami di jeti lebihkurang pukul 6.00 ptg waktu tempatan... kami pun menaiki bot dan bersiap sedia untuk meredah ombak sebentar saja lagi...
 
tapi itulah entah apa yang tak kenanya dengan kemudi bot tersebut ..... masih lagi sedang dibaiki oleh tekong bot tersebut....5 minit kemudian bot pun mula meredah kuala sungai mengarah ke laut... sedangkan bot lain kelihatan bergeral masuk ke kuala mengarah ke jeti...itu menunjukkan bot semuanya sedang balik dari pulau dan kami baru saja hendak keluar ke laut lepas... petang pun sudah agak lewat juga..tapi masih boleh untuk menjelajah pulau-pulau di perairan Aonang tersebut...
 
 
 
 
....apabila bot melepasi kuala dan masuk kelaut ... mula terasa pukul ombak semakin kuat dan bertali arus...mulanya agak perlahan dan sederhana tapi semakin ke tengah semakin kuat dan liukan bot semakin kuat...rasa macam nak pecah jer...
 
Alhamdulillah kerana tekong tu kira yang berpengalaman juga orangnya , beliau aku lihat bertungkus lumus mengawal pergerakan bot supaya tidak melawan arus ombak yang kuat....dan ada kala hingga air laut menyimbah masuk ke dalam boat .. cepat-cepat aku simpan kamera ke dalam beg untuk mengelakkannya basah....
 
dalam keadaan ombak yang bertali arus itu tiba-tiba enjin bot mati dan olengan bot menjadi amat kuat seperti hendak karam....kecut perut aku rasa macam nak suruh tekong tu batalkan dan patah balik ke jeti... rupanya tekong tu sedang membaiki kemudi bot tersebut dan sebentar kemudian enjin di hidupkan dan bot bergerak semula melayan ombak yang datang silih berganti...
 
pulau yang nampak dekat tak kunjung-kunjung sampai... rasanya dan hampir 30 minit di lambung gelombang laut...rasa tak sabar nak mendarat segera ke pantai pulau-pulau tersebut..
rasa hati bercampur baur dengan rasa cemas dan takut.... tapi diwaktu yang sama rasa seronok pun ada juga apabila air laut memercik masuk kedalam bot dan rasa bot turun naik melayan ombak yang mendatang.
 
 
Akhirnya bot mula merapati laut persisiran pulau dan ombak yang tadinya kuat , kini mulai tenang dan beralun-alun lemah kerana telah dihadangi pulau.... kami melepasi sebuah pulau yang besar dan terdapat disini beberapa buah bot sedang berlabuh di pantai ..tapi kami hanya melaluinya saja dan kami meminta tekong bot untuk berlabuh di pulau seterusnya yang bersebelahan dan kami pun mendarat dan menjejakan kaki di pantainya yang putih,bersih dan pasir yang halus.....dengan air lautnya yang jernih.... subhanallah...cantiknya...dan indahnya...
 
kami pun mula menjejelajah sekitar pulau tersebut dan ianya bersambung dengan sebuah lagi pulau disebelah dan disitu kami lihat pertembungan dua ombak...sayang sekali tak terfikir untuk merakamkannya...
 
Pulau yang kami mendarat itu bernama Pulau Tup... apa lagi mandi dilautnya yang bersih dan dingin dan berposing sana sini.... hehehehe.... hilang semua rasa bimbang dan ketakutan di lambung ombak laut lebih setengah jam yang lalu...
 

 
...sejam lama kami dipulau tersebut kami pun mengambil keputusan untuk pulang saja ke jeti dan membatalkan niat untuk mejelajah pulau-pulau yang lain kerana hari pun dah lewat dan sekejap lagi akan malam ... pastinya perjalanan pulang akan lebih mencabar lagi jika balik pada waktu malam..
 
diwaktu perjalan balik semula ke Jeti ombak lebik kuat dari waktu kami datang tadi kerana di kala itu waktu air laut pasang...dan "boat skipper " menggunakan seluruh kederat dan ilmu serta pengalaman untuk memastikan kami sampai ke jeti dengan selamat...
 
setelah selama hampir 45 minit berhempas pulas melayan lambungan ombak laut andaman akhirnya kami bersyukur kehadrat Ilahi kerana telah selamat sampai ke jeti dan menunggu "tuk-tuk" yg telah dijanjikan...
 
 namun bagitu tak juga kunjung sampai sehingga hampir setengah  jam kami di jeti bot  tersebut... kerana tiada pilihan lain kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki balik ke Hotel penginapan kami....
 
kerana atas rasa prihatin dan kasihan tekong bot yg kami naiki tadi memanggil "tuk-tuk" kawannya untuk membawa kami ke hotel tambahan pula hari dah pun malam dan suasana di tempat kami menunggu "tuk-tuk" tu pun sudah pun gelap... maka naiklah kami 6 orang dalam tuk-tuk tersebut..berhimpit-himpit bayangkan lah ianya hanya sesuai untuk dinaiki 3 ke 4 orang penumpang sahaja dah tu pula dipandu dengan sgt laju...risau juga kalau terjadi apa-apa.... kalau tereksiden mau patah riuk kurangnya, kalau tak pun kena tidor  kat hospital malam tu.....nauzubillahi...
 
 
Tuk-tuk roda tiga (ehsan google)
 
 
sampai saja di hotel terus kami mandi dan solat ...selepas itu kami bercadang untuk keluar makan dan berjalan-jalan disekitar Aonang waktu malam pula....
 
sekian catatan untuk kali ini, jumpa lagi dilain masa....
 
Selawat dan Salam buat Rasulullah s.a.w
 
Layannnnnnnnnnnn.... 

Rabu, 17 Oktober 2012

Di Lambung Gelombang Laut Andaman..Episod 1


Selawat dan Salam buat Rasulullah s.a.w penghulu sekelian nabi..

setelah selesai urusan menyewa bot untuk mejelajah pulau-pulau yang terdapat di lautan andaman berhampiran pantai aonang, kami berjalan-jalan di kawasan sekitar hadapan hotel yg mana terdapat banyak kedai cendrahati dan kedai jahit pakaian....sekadar " window shoping " saja sementara menunggu "tuk-tuk" untuk ke jeti bot yg terletak agak jauh juga dari hotel penginapan kami.



Sempat juga berposing sakan kat pantai., biasalah bila dah sampai kat sini tambahan pula pantainya yang memang cantik dengan "background" nya pulau-pulau yang akan kami jelajahi sekejap saja lagi, kelihatan ombak memutih kejar mengejar hingga ke gigi pantai... hehehehe..... layannnnnnnnn...

 
dalam menunggu-nuggu ketibaan "transport" yg termasuk dalam " packages" boat ke pulau-pulau tersebut....15 minit kemudian "tuk-tuk" yg dijanjikan pun tiba.... kami 7 orang sumbat sekali dalam satu "tuk-tuk" saja ... Ok lah walau pun agak berhimpit-himpit..

cantik permandangan sepanjang perjalanan ke jeti boat yg terletak di pinggir pekan Aonang tu.., rasanya dalam 5 km juga...


...tiba-tiba "tuk-tuk" yg kami naiki berhenti dan enjinnya mati hanya baru melepasi setengah perjalanan ke jeti bot... rasa tak sedap hati pun mula terasa macam tanda tak berapa best..pemandu "tuk-tuk" tu pun tiba-tiba saja meninggalkan kami disitu terpinga-pinga....alamak kemana pulak pergi nya mamat siam ni....5 minit kemudian dia dtg semula ke "tuk-tuk" membawa 3 botol brandy....hehehe....ingatkan brandy rupanya kehabisan minyak jadi dia pergi membeli 3 botol minyak untuk menyambung semula perjalanan ke jeti bot..


selepas mengisi 3 botol "brandy" tu ... kami pun menyambung semula perjalanan ke jeti bot...kami perlu bersegera kerana jam dikala itu sudah pun menunjukkan pukul 4 ptg...sekejap lagi hari pun dah nak malam dan pasti tiada lagi bot yang akan ke pulau-pulau tersebut....maka akan gagal lah tugasan kami ptg ni....mmmmm
 
lebih kurang 10 minit kemudian kami pun sampai ke jeti dan melihat kebanyakan pelancong baru saja balik dari pelayaran ke pulau-pulau tersebut dan kami sebaliknya... rasa macam gagal jer tugasan hari ini..
kebetulan ada sebuah bot panjang macam bot pancung jer yang baru tiba telah bersetuju untuk membawa kami ke pulau-pulau tersebut....bila aku tenguk bot aku macam tak sedap hati jer dengan keadaan bot yang agak daif dan kemudi enjin nya yang sedang dibaiki....berkata-kata hati macam nak "cancel" jer tugasan ni...
 


kecut juga hati bila melihat keadaan tersebut dan kami mengharap kan bot lain yang lebih baik...tapi kerana hari sudah lewat petang tiada lagi bot yg sanggup untuk kelaut semula .... kerana dah tiada pilihan dan bayaran telah dibuat di kaunter hotel tadi jadi kami teruskan juga hasrat untuk kelaut walaupun aku berat nak turut serta....tapi kalau tak ikut serta rugi lah pula... so layannnn jer laaa... aduhhhh... berat juga nak membuat pilihan yang tepat....

sekian catatan buat kali ini jangan lupa jumpa lagi di catatan berikutnya....

Selawat dan Salam buat Rasulullah s.a.w

layannnnnnnnnnnnnnn......

Selasa, 16 Oktober 2012

HATT YAI to AONANG,KRABI .. episod 2

 
 
Selawat dan Salam buat Rasulullah s.a.w nabi junjungan...
 
bertemu lagi di catatan perjalanan ini....
 
setelah selesai keperluan di tandas kami masuk sebentar ke Mini market , melihat-lihat keperluan dan makanan untuk bekalan sepanjang perjalanan berikutnya dari sini Trang ke Aonang, Krabi setengah lagi perjalanan yang perlu dilengkapkan.
mini maket ini boleh kata menjual banyak produk IKS Thailand dan kebanyakannya makanan Halal dan kami membeli beberapa paket makanan ringan dan Kek buah-buahan...sempat juga memesan minuman panas untuk diminum disudut yang disediakan.... dapat juga melegakan keregangan sepanjang perjalanan tadi.
 
 
 
...cukup masa setengah jam yang diperuntukan, kami pun berkumpul semula dan menaiki van yang akan membawa kami menyambung perjalanan ini yang di jangkakan mengambil masa kurang lebih 2 jam lagi untuk sampai ke Krabi seterusnya ke Pantai Aonang di mana kami bercadang bermalam disitu...
 
Perjalanan melalui lebuhraya 4 , selepas meninggalkan R&R Trang kami melencong masuk ke Jalan 403 iaitu jalan pintas terus ke Wang Wiset tanpa perlu melalui persimpangan Huai Yot jalan untuk ke Utara kerana kami hendak ke pantai barat Thailand.
 
Syukor Alhamdulillah keseluruhan perjalanan cuaca amat baik dan sedikit hujan sebelum menghampiri Wang Wiset...seterusnya kami melintasi Khlong Thom... sepanjang jalan melalui kampung dan ladang getah... kawasan ini dilanda banjir pada bulan sebelum kami ke sana...


Akhirnya setelah hampir 2 jam perjalanan yang agak memenatkan akhirnya kami tiba di persimpangan menuju ke Bandar Krabi sebelum itu kami melintasi Lapangan Terbang Krabi...setibanya di Bandar Krabi kami singgah di deretan kedai yang terdapat disitu pejabat agen perlancongan yang mana kami perlu membuat tempahan van untuk kembali semula ke Hatt Yai pada petang kesokan harinya.
setelah urusan tersebut selesai kami meneruskan perjalanan ke Pantai Aonang yang mengambil masa lebihkurang 20 minit.... setelah menyusuri jalan yang agak sempit dan berliku kami pun tiba di pekan Aonang dimana di kiri dan kanan jalan nya terdapat Hotel , Resort dan Chalet yang mahal dan sederhana...
Akhirnya sampai juga ke Pekan Aonang dan van yg kami naiki berhenti betul-betul dihadapan penginapan yang kami tempah " Guitar Residance".... dan urusan "check-in" pun dibuat selepas masing-masing memunggah "backpack" dan memasuki bilik masing-masing....
 
 
bilik aku jauh terasing dari bilik mereka yang lain yang terletak sederet dan balkoninya menghadap jalan besar dan laut.... bilik aku menghadap hutan kerana ianya terletak di bahagian belakang...tapi tak kisah lah ..asalkan selamat dan selesa untuk tidur semalam disitu....
Selepas selesai tunaikan solat jamak qasar kami pun bersiap untuk mendapatkan boat untuk menjelajah 5 pulau besar yang terdapat di perairan laut andaman yang menghadap pantai Aonang...
 
sekian catatan buat kali ini hingga jumpa lagi dilain catatan...
menjelajah pulau disekitar laut andaman Aonang.....
 
Selawat dan Salam buat Rasulullah s.a.w...
 
Layannnnnnn......

Isnin, 15 Oktober 2012

HATT YAI to AONANG KRABI... Episod 1



Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan Muhammad s.a.w..

Jumpa lagi dalam catatan perjalanan ke Krabi pula...,
Awal pagi kami dah bangun tidor , mandi bersiap-siap dan berkemas tapi solat suboh jgn sampai terlewat pula.... kat sini masuk waktu subuh awal 1 jam jika dibandingkan dengan waktu kita yg telah diselaraskan...
 
setelah semua siap maka kami pun keluar mencari sarapan pagi, sasaran kami restoran halal berdekatan milik penduduk Islam disini ..... Restoran Maliam namanya...aku memesan roti canai 2 keping dan teh panas, kawan yang lain makan nasi campur terus... kerana "abg Long" kami memberitahu bahawa perjalanan ke Krabi yang jauh nanti akan kelaparan menunggu untuk sampai ke Krabi dan makan disana.
 
 
... roti canainya boleh tahan sedap tapi masyaallah MAHAL.... satu keping RM 4 kalau duit kita, kawan yang makan nasi campur lagi murah dari aku.... apa nak kata sendiri yang nak makan roti canai.... ego pulak tu ...tak kisah konon jgn kebulur sepanjang perjalanan 5 jam nanti sudah ngeee...
 
selesai sarapan kami balik semula ke bilik untuk ambil backpack masing-masing dan check-out hotel...
 

lebih kurang pukul 8.30 pagi, kenderaan yang ditempah untuk ke Krabi pun tiba, kami yg memang telah siap sedia menunggu setelah selesai urusan "check-out" dari Tune Hotel Hatyai terus besegera menaiki Van Toyota Commuter dan meletakan backpack yg agak besar ketempat belakang van.
Tepat pukul 8.45 pg kami pun mula meninggalkan Bandar Hatt Yai dan satu perjalanan yang berjarak lebih kurang 500 KM bermula.


Kami bergerak dari Hatt Yai menyusuri Jalan 4 ke Airport selepas itu kami memasuki  lebuhraya 43 dan bergerak terus ke utara hingga ke persimpangan Khuan Ru, seterusnya kami memasuki lebuhraya 4 melalui Rattaphum, Pa Bon, Tamot, Khao Chaison dan hingga tiba di persimpangan Phatthalung kami memasuki lebuhraya 4 ke Trang.

 

Lebuh raya agak baik juga dan lebar jika dibandingkan dengan lebuhraya di negara kita, satu yang menarik perhatian saya sepanjang perjalanan dari Hatt Yai hingga ke Trang ialah sikap pemandu mereka , walaupun kelajuan kenderaan dalam pemanduan dikira melebihi limit di Lebuhraya kita tapi meraka masih boleh bertolak ansur dalam memberi laluan kepada kenderaan yang lebih laju dan mempunyai keperluan untuk mengejar masa dan kenderaan berat pulak bersedia memberi laluan kepada kenderaan ringan atau yang lebih kecil memotong di jalan sahala atau jalan dua hala dan kenderaan yang dipandu perlahan tidak berada di laluan kenderaan dipandu laju....sepanjang perjalan tersebut yang jaraknya lebihkurang 270 km dari Hatt Yai hingga ke Trang kami tidak berjumpa dengan satu kemalangan jalanraya pun.

 
Kira-kira dua setengah jam perjalanan kami pun tiba di R&R Trang untuk urusan dan keperluan peribadi masing-masing, disini terdapat kemudahan surau , tandas yg bersih dan kedai makanan halal dan mini market.
kami berhenti disini lebihkurang 30 minit dan akan bergerak semula menyambung perjalanan ke Aonang Krabi...

sekian buat kali ini sehingga jumpa lagi di lain catatan...

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w

Layannnnnnn....
 

Khamis, 11 Oktober 2012

Hatt Yai Waktu Malam...

 
 
Selawat dan Salam buat Rasulullah s.a.w....
 
Jumpa lagi ..... sambungan pengalaman perjalanan ke Hatt Yai, Thailand...
 
Selepas selesai segala urusan dan keperluan masing-masing dan tanggungjawab kepada YG ESA, maka kami pun berkumpul di Lobi lebihkurang pukul 8.30 mlm waktu tempatan...
malam ni kami bercadang nak berjalan disekitar pasar malam Hatt Yai yang terkenal ini dan menjual berbagai-bagai barangan dan tekstil juga terdapat banyak stall makan halal yang peniaganya adalah orang-orang Islam tempatan yang sangat fasih berbahasa melayu.
 

 
 
setelah semua sudah bersedia kami pun mula bergerak ke pasar malam yang terletak di Jalan Sanehanusorn lebih kurang 600 meter dari Hotel Tune yg terletak di Jalan Niphat Uthit 2 , dalam perjalanan ke Pasar malam tersebut kami lihat ada 2 restoran halal dan antara yang terkenal  ialah Restoran Maliam yang terletak di Jalan Thamanoonvithi , tapi sewaktu kami melalui  kedua-dua restoran tersebut sudah pun ditutup dan akan beroperasi semula pada pukul 7.00 pagi keesokan harinya.
 
 

Sesampainya di pasar malam tersebut masing-masing pun sibuk mencari barangan yang berkenan di hati, aku hanya servey jer dulu tengok harga dan qualiti kerana tak bercadang untuk  "shoping" hari dan sekadar "window Shoping " jer...
memikirkan esok akan ke Krabi malas nak menambah lagi bebanan "backpack" aku yg telah sedia beban penuh.....
disini juga terdapat banyak stall yang menjual makanan halal tetapi semuanya goreng ayam/udang/ketam yg di makan dengan nasi pulut, ada juga mereka yang menjual "pulut mangga" .. OK gak rasanya ..tapi mangganya terlalu manis... aku suka mangga yang masam manis.... 
 
 
Di sini terdapat juga perniagaan yang biasa dikaitkan dgn Hatt Yai ini.... tapi ianya hanya akan dijumpai oleh siapa yang berminat dan berkunjung kesini atas tujuan tersebut.... terpulanglah kepada individu tersebut memilih untuk mencari yang baik atau sebaliknya.... semasa kami balik dari pasar terapung ptg tadi pun pemandu " tuk-tuk " ada mempelawa kami untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut....tapi kami semua tidak berminat dan kesana bukan atas tujuan itu...
 
Semasa kami menyusur pasar malam hingga kehujung jalan , tersegam bangunan pasar raya dan Hotel Grand Plaza  yang pernah di bom sebulan sebelum kami ke Hatt Yai....kelihatan kontraktor sedang giat membaiki kerosakan tersebut dan kerja baikpulih seperti di lakukan 24 jam tanpa henti...
 

Disebelah sisi Hotel ini terdapat banyak stall makanan Halal walaupun ada beberapa stall non-halal... malam ni kami makan di stall Sea Food Goreng dan memesan minuman dari Sarang Burung - Lai Chi Kang penjualnya orang muslim tempatan.... kami memesan mengikut keinginan masing-masing... boleh tahan juga dan harganya agak murah juga... kira berbaloi...


Kira-kira pukul 1.00 pagi selepas selesai makan malam disitu kami pun berangkat kembali semula ke Hotel untuk berehat dan esok perlu bangun awal untuk meneruskan perjalanan kami ke Krabi yang dijadualkan bertolak dari Hatt Yai pukul 8.00 pagi yang akan mengambil masa kurang lebih 5 jam dengan kelajuan purata 130 km/j.

sekian buat kali ini, jumpa lagi di catatan lain....

Selawat dan Salam buat Rasulullah s.a.w

Layannnnn.....

Rabu, 10 Oktober 2012

WW - Siapa lah Dia Ni....

 
 
 

Selawat dan Salam buat Rasulullah s.a.w,

Papan tanda jalan ni jumpa masa pergi ke Hatt yai bulan Jun lepas ....
Tak taulah siapa dia ni dan apa tersirat dibalik yg tersurat...

sekian... jumpa lagi dilain en3

Layannnnn....

Selasa, 9 Oktober 2012

Pasar Terapung Klonghae, Hatt Yai.

 
 

 
Selawat dan Salam Buat Nabi Junjungan S.A.W..,
 
Sambungan dari en3 sebelum ini.....
 
Sebaik tiba diperkarangan pintu gerbang ke Pasar Terapung Klonghae, Hatt Yai ini kami lihat banyak stall jualan di daratan yang banyak menjual makanan dan permainan... tetapi makanan yang dijual rata-rata tidak halal dan makanan exotic seperti berbagai-bagai jenis spesis serangga dan ulat (lava) yang telah digoreng bersama rencahnya.... kami sekadar lalu dan melihat sahaja .... tak termakan rasanya makanan seperti berikut...


 
 kami terus segera ke tepi sungai untuk melihat suasana sebenar Pasar Terapung di sini, sebaik sampai ditebing sungai kami melihat deretan sampan yang menjual berbagai-bagai jenis makanan dan minuman dan ada diantaranya yg dimasak di dalam sampan tersebut....


 
Yang dimaksudkan dengan pasar terapung ini rupanya mereka yang berniaga menggunakan sampan yg berlabuh ditebing sungai dan pembeli membeli dari tebing sungai.... urusan jual beli dilakukan dengan menggunakan bakul yg di ikat pada hujung galah dan dihulurkan ke tebing dan pembeli akan meletakan bayaran kedalam bakul tersebut setelah mengambil barang yang dipesan...
kebanyakan makanan yang dijual Insyaallah halal kerana kebanyakan peniaga pasar terapung ini adalah org islam dari Yala dan Narathiwat...
 
 



Kami sempat mencuba ais kacang ala Hatt Yai dan Bee Hon Sup , boleh tahan juga rasanya dan harganya pun murah... tapi perlu juga berhati-hati kerana ada juga dikalangan peniaga tidak beragama Islam...
 

 
 
 

 
Di kawasan berdekatan terdapat juga gerai-gerai didaratan yang menjual barangan kulit dan baju T serta mainan untuk kanak-kanak serta kedai cendrahati tapi harganya agak mahal juga berbanding dengan harga di Bandar Hatt Yai...
walaubagaimanapun terpengaruh juga dengan persekitaran dan bujukan dari peniaga disitu .... beli juga lah sepasang dua baju T dan kasut kulit "hand made" tempatan tanpa jenama... dgn harga yg agak baik....selepas perang tawar menawar....hehehehe...
 

 

Menghampiri pukul 6.00 ptg setelah lebihkurang 2 jam masa yang dijanjikan, kami bergerak semula ke Pintu Gerbang masuk ke Pasar Terapung Hatt Yai untuk mendapatkan semula "Tuk-tuk" untuk kembali ke Hotel Tune Hatt Yai...


 
 
Tepat pukul 6.00 ptg seperti yang dijanjikan "Tuk-tuk" yang kami tempah telah pun menunggu di depan pakir pintu gerbang dan membawa kami kembali semula ke hotel untuk kami membersihkan diri dan menyelesaikan keperluan yg lain untuk menjelajah Bandar Hatt Yai waktu malam... Insyaallah selepas solat jamak magrib dan Isyak , kami akan jelajah pula bandar Hatt Yai ini waktu malam.... sekian...
 
Jumpa lagi dicatatan yang lain pd en3 berikutnya....
 
Selawat dan salam atas Nabi Junjungan Muhammad S.A.W
 
Layannnnnnn......

Isnin, 8 Oktober 2012

Hatt Yai Aku disini...



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan s.a.w

Bertemu lagi sambungan catatan Perjalanan yg telah lama tertinggal .....
 
Restoran Halal yang kami jumpa dan bercadang menjamu selera dan lebih-lebih lagi memenuhi rasa kelaparan...



 
Restoran tersebut bernama   Nest Home Restoran... memang makanan kat sini sedap-sedap belaka walaupun agak mahal tapi berbaloi...




setelah lebihkurang sejam disitu dan dah pun selesai makan, nak kata tak sedap tak taulah atau masing-masing kelaparan hanya foto ini dapat menceritakannya....





Siap sekali dengan disertnya sekali, memang class tapi tak leh selalu gitu...hehehe... takut tergelincir budget trip ni....hehehehe





Setelah segalanya tertunai sudah... kami pun bergerak semula untuk kembali ke hotel kerana  utk check-in tepat pukul 2.00 ptg waktu tempatan. 

 
... dalam perjalanan ke hotel kami singgah di sebuah kedai yang merupakan agen pelancongan yang menyediakan pakej perjalanan ke Krabi.... kerana esok kami bercadang akan ke Krabi dengan menggunakan jalan darat..... di kedai tersebut turut menyediakan khidmat penggurup wang dan keperluan "hand-phone" dan internet. setelah urusan tempahan selesai kami terus ke hotel untuk urusan check-in...


 
selepas saja check-in dan mendapatkan bilik masing-masing, kami mengambil masa untuk mandi dan bersolat serta berehat sebentar sementara menanti waktu untuk keluar menjelajah bandar Hatyai.
 
 
Lebihkurang pukul 3.15 ptg waktu Hatyai dan setelah segala urusan peribadi selesai, kami pun berkumpul di Lobi Hotel dan terus keluar untuk mendapatkan perkhidmatan " Tuk-tuk" untuk memulakan penjelajahan kami di Bandar Hatyai ini... mula-mula pergi tempat yang jauh dulu...
Kami merancang untuk ke Pasar Terapung Hatyai yang terletak di pinggir Bandar Hatyai ini... setengah jam juga lah nak sampai..... beluk sana, beluk sini ,pusing sana, pusing sini akhirnya sampai juga... sebelum kami menjelajah Pasar Terapung Hatyai ni kami pastikan bahawa "tuk-tuk" yg membawa kami dari hotel tadi akan mengambil kami semula 2 jam dari kami sampai ke PTH tu..
 
 
 
 
 
Maka bermula lah penjelajahan kami ke Pasar Terapung Hatyai ni... mungkin byk yang akan kami jumpa dan alami selama masa 2 jam yang akan kami harungi ini...
 
Jumpa lagi disambungan nya di en3 berikutnya.....
 
layannnnn....