Rabu, 20 Oktober 2010

Seremban


Selalu asyik cerita jalan jalan kat tempat orang jer.....mmmm, kali ni cerita tempat sendiri laa pulak.


Cerita pasal Bandar Seremban laa pulak..... Seremban ni merupakan ibunegeri bagi Negeri Sembilan..., sama gak dengan bandar bandar lain ianya merupakan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri dan pentadbiran Daerah Seremban.

Bandarnya sederhana besar sajer ... tapi dalam negeri sembilan kira bandar yang terbesarlah tambahan pula kawasan perbandarannya marangkumi kawasan persekitaran sehingga ke Paroi, Pantai, Taman Tuanku Jaafar, Lavender Hight , Taman Tasik Jaya, Senawang, Seremban Jaya dan telah dibina pulak Bandar Seremban 2 maka bertambah-tambahlah luasnya kawansan Majlis Perbandarannya. 


Sejak adanya Bandar Seremban 2 , beberapa pusat pentadbiran negeri telah dipindahkan kesana seperti  Komplek Makamah, Pusat Pentadbiran Polis Trafik, Pejabat Tanah dan beberapa lagi pusat pentadbiran negeri . Keadaan persekitaran di Seremban 2 ini lebih teratur dan disediakan berbagai-bagai kemudahan prasarana bagi penduduk di Seremban 2 khasnya dan penduduk berdekatan amnya.


Gitu laa citer nya,nanti citer lagi pasal seremban ni, bukan apa camera aku buat pasal pulak tak berfungsi so citer lagi laa lain kali dengan gambar gambar sekitar seremban...

Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn......

Isnin, 11 Oktober 2010

Open House sana sini...

Sepanjang Syawal ni.... asal hari cuti jer...mesti ada jemputan open house aidil fitri...kadang kadang sampai tak leh nak pergi semua... kira dah macam tradisi kat Malaysia ni asal ada perayaan ada jer Open House nya.... tp kalau aidil fitri ni aku perhatikan sampai dah masuk 1 Zulkaedah pun masih ada lagi Open House aidil fitri last call......hehehehe.

Orang nak mengerjakan haji pun dah mula terbang ke tanah suci mekah .... kalau tak salah hari Sabtu tuari 9 Okt.2010 flight pertama dah mula kesana....hari ni pun mlm nanti dah penerbangan ke 10...

Tapi tak kisah laa kan...asalkan semuanya berjalan dengan lancar dan mencapai segala maksud serta harapan tuan rumah yg buat dan tetamu yg berkunjung....

yg penting ...
Layannnnnnnnnnnnnnnnnn.....