Selepas segala urusan di Kundasang selesai kami pun mula bergerak ke Ranau, bandar yang terdekat dari situ... kini perjalanan lebih banyak menurun semakin lama semakin merendah dan penggunaan brek yang berterusan dan gear rendah kerap digunakan..
Lebih kurang 5 KM sebelum sampai ke Ranau..., Unser yang kami gunakan mengalami masalah brek pada roda sebelah kanan bahagian hadapan .... ini dapat dikesan dengan bau seperti terbakar yg kuat beserta bunyi berek seperti besi bergesel.... saya memandunya dengan perlahan dan berhati-hati bagi mengelakkan perkara buruk dari berlaku.
Apabila kami menghampiri Bandar Ranau, kami lalu singgah di Stesyen Minyak Petronas Ranau untuk mendapatkan bantuan teknikal... pekerja stesyen tersebut mengesyorkan saya memeriksa kenderaan tersebut di sebuah workshop 4WD berdekatan.
Kami pun membawa kenderaan kami ke bengkel tersebut... setelah diperiksa didapati bahawa breknya menghadapi masalah dan brek sebelah kanan bahagian hadapan telah terbakar dan melekat ( jam ) ..... dan kerosakan tersebut perlu diperbaiki ....dan kami tidak mempunyai pilihan lain hanya perlu menunggu kerja-kerja baik pulih siap... hampir 2 jam juga kami terpaksa menunggu disitu.
Setelah kenderaan kami siap dibaiki dan bilnya di jelaskan, saya memandu ke dalam jalan utama menuju Bandar Ranau....kebetulan hari tu hari ahad, ada terdapat pasar tani yang menjual berbagai-bagai barangan pertanian dan kuih muih tempatan... kami membeli beberapa jenis kuih yg tak pernah kami lihat dan rasa...
Jam ketika itu menunjukkan pukul 3.45 ptg, dan kami terpaksa berbincang berkenaan rancangan hendak ke "Poring Hot spring" yg pastinya mengambil masa lebih kurang 1.30 jam dari Bandar Ranau.. jadi kami pun berbincang dan mengambil keputusan membatalkan perjalanan ke Poring tu...terkilan juga tapi apakan daya masa tak mengizinkan perjalanan kami diteruskan.
Setelah selesai makan di sebuah restoran di situ kami pun mula bergerak pulang semula ke KK....walaupun keciwa tapi demi memikirkan keselamatan, kerana utk melalui kawasan Gunung Kinabalu biasanya yg berkabus pada waktu senja dan malam ... di perjalanan lain nanti kami akan kesana...
Kami tiba Kota Kinabalu hari sudah mulai senja , tambahan disini waktu nya lebih awal 1 jam berbanding semenanjung walaupun jamnya sama... kami terus ke Pasar Filipina untuk window shoping
Pasar Filipina ini adalah komplek gerai menjual barang-barang kraftangan penduduk sabah dan juga dari negara jiran terutamanya dari Filipina...agaknya tu pasal nama pasar Filipina.
Biasanya pengunjung dari semenanjung kesini adalah untuk membeli perhiasan dari mutiara dan juga mutiara yg boleh dibuat gelang atau rantai...disini banyak juga gerai menjual manik...harganya lebih murah jika dibandingkan dengan harga di semenanjung.
terdapat juga pasar malam yang beroperasi ditengah-tengah bandar KK yang menjual barangan yang sama terdapat di pasar Filipina dan saya difahamkan harganya lebih murah lagi...
Setelah 2 jam berjalan-jalan dan membeli serba sedikit barangan kami pun mula beredar dari Pasr Filipina tersebut dan saya terus memandu keluar ke pinggir bandar KK berhampiran Pantai untuk mencari tempat bagi kami semua makan malam. Kami singgah di gerai makan berhampiran pantai Likas berhadapan dengan Masjid Likas....OK gak kat situ sedap...tp sikit mahal laa....hehehehe
Lepas makan kami pun meneruskan perjalanan ke Tune Hotel One Borneo...utk merehatkan badan dan esok kami bercadang nak ke Pulau pula....
Jumpa lagi di lain catatan....
Sayangnya tak ke Poring dan Sungai Moroli.. kena pergi sekali lagi ni sbb tak khatam...
BalasPadamtu laa pasal problem plak kat transpot....kalau tak memang nak gi sana...baru happening...
BalasPadamlain taun laa mie...
Bestnyer...banyak pengalamn baru yang dapat...
BalasPadamFakta Menarik Tahun 2011
Salam Mie...
BalasPadamgitu laa...miecyber pun leh gi jugak... jauh berjalan luas pandangan
Miecyber...
BalasPadambyk pengalaman juga.....
salam kenal...
BalasPadamsyoknya dapat jalan2...saya belum berkesempatan lagi kesanala...
Salam azmnor,
BalasPadamMemandu di kawasan pergunungan di Sabah ni memerlukan skill. Kalau kita tengok lori di sana ada saluran air ke brek. Setiap kali mereka brek, air akan dipancut supaya brek tak panas sangat.
Nasib baik ada workshop hari Ahad tu
Org perempuan mesti happy bila ke pasar filipina tu sbb banyak barang yg boleh dibeli dgn harga yg berpatutan. Kena pula pandai menawar.
BalasPadamSayang kalian tak dapat ke Poring Hotspring.
BalasPadamKena pergi sekali lagi ni ke Sabah. Saya nasihatkan tidur satu malam di Poring.
Salam sham..,
BalasPadamTerima kasih dtg kesini, komem dan follow blog saya..
Tak per sham ada rezeki nanti dpt lah melancong kesana..
Salam YB..
BalasPadammemang pun..dah tak der rezeki rosak pulak brek unser tu...dulu first time sewa kia pergio OK jer tapi tak der power masa mendaki..
Haah...nasib baik ada pulak buka workshop tu..kalau tak kena tido kat ranau laa..
YB lagi..
BalasPadamMemang pun seronok sakan...lepas tu diaorg belanja sakan..huhuhu..
YB lagi ...
BalasPadamMemang pun...kenalah plan trip kesana pula next time..
Memang menyeramkan bila baca tang brek rosak tu..sebab memang tau keadaan jalan kat sana macamana...alhamdulillah takde pape...
BalasPadamSalam Fadzli..,
BalasPadammemang risau sgt masa tu..saya yg pegang stereng...alhamdulillah semuanya selamat..
sy tak pernah memandu tempat yg mencabar sebegini..mesti ia satu thrill yg tak dpt dilupakan sdra kan....seronok baca pengalaman ini
BalasPadamSalam Shah...,
BalasPadamHaah...seronok...tapi gerun juga ..apa-apa pun jgn panic..nanti ada masa gi laa drive kat sana...best tak macam drive kat semenanjung...
saya sangat suka ke sini... dah sampai Poring cuma tak naik gunung KK je...suka natural landscape nya...bimbang kalau brek rosak...sib baik ada mekanik hari minggu (agaknya dah standby kot...kalau ada kete rosak )
BalasPadamSalam Sonata...,
BalasPadamsaya pun suka...saya dah pernah sampai poring sebelum ni...kesian diaorg yg ikut saya trip ni laa yg tak dapat pergi.... rezeki saya kot kebetulan hari tu diaorg overtime repair lori yg tak siap hari sebelumnya dan urgent nak gunakan keesokkan hari nya..alhamdulillah...kalau tak kena bermalam kat ranau pula...
betul .. ada pasar malam yang jual barang yang lebih murah dari pasar filipina dan juga semenanjung .. misalnya saya beli pemegang henfon dalam kereta .. harganya cuma RM8 sahaja. di semenanjung lebih RM10. tapi saya gunakan untuk pemegang smart tag saya.
BalasPadamsalam Tn Hj...,
BalasPadammemang pun kalau rajin berjalan-jalan ketempat lain selain pasar filipina tu...
memang Tn Hj pandai memperbagaikan kegunaan sesuatu peralatan...