Seawal 4 pagi kami semua sudah pun bangun pagi, mandi dan bersiap-siap untuk aktiviti hari ini hari kedua berada di negeri di bawah bayu ini....sebelum itu kami pastikan semua telah menunaikan solat Suboh kerana disini waktu siang lebih awal 1 jam....
Pukul 7.00 pg kami mula bergerak dari Tune Hotel One Borneo menuju ke arah timur jalan menuju ke gunung kinabalu....lebih kurang 5 km perjalanan kami singgah di Sebuah Taman Kediaman (lupa pulak nama taman tu....) untuk bersarapan pagi.
setelah berpusing-pusing beberapa kali di sekitar Pekan yg terdapat di taman kediaman tersebut kami singgah disebuah restoran berhadapan aparment disitu dan membeli sedikit kuih muih dari kakak yg berniaga disitu.
Sejam kemudian kami bergerak semula ke distinasi kami kaki gunung kinabalu... pada mulanya melalui jalan yg landai ..... kemudiannya semakin meninggi dan melengkok lengkok serta selekoh yang banyak ditepi lereng yg curam dan sempit... tapi berkeadaan agak baik dan selamat dilalui...namun bagitu harus berhati-hati kerana terdapat banyak lori yg melalui jalan ini.
Pemandangan sepanjang perjalanan sungguh indah dan mengasyikan, jalan semakin lama semakin mendaki dan berbeluk-beluk , ada ketikanya sempit dan ada ketikanya luas dan terdapat ruangan memotong..... dari satu puncak ke lembah dan kepuncak semula.....saling berganti kawasan tinggi... lebih kurang 120 minit kemudian mula kelihatan Gunung Kinabalu berbalam-balam di hadapan kita....sekejap disebelah kiri kita... semakin lama semakin jelas kelihatan puncaknya....
40 minit kemudian kami pun sampai di jalan masuk ke Komplek Taman Kinabalu, di sini terdapat chalet dan backpack hostel untuk persinggahan bagi pendaki-pendaki Gunung Kinabalu...untuk memasuki kawasan ini dikenakan bayaran RM 5 seorang yang mana tiket tersebut juga boleh digunakan untuk memasuki kawasan jungle tracking dan kawasan air panas poring yg jaraknya 2 jam perjalanan dengan kenderaan dari sini.
Disini terdapat trek untuk berjoging, Infomation center, dan beberapa kemudahan lain... disini juga terdapat botanical garden dan pusat penyelidikan flora dan fauna dan pusat botani. ..terdapat juga kemudahan dewan untuk seminar atau aktiviti lain, hostel dan chalet serta quaters utk pekerja disini.
...sempat lah kami berposing disini....
Hari ini kami bernasib baik kerana cuaca sangat baik dan kami dapat melihat puncak gunung kinabalu dengan jelas.. kerana biasanya puncak gunung ini sentiasa di selubungi awan tebal..
Kami singgah disini lebih kurang satu jam, setalah puas melihat lihat flora dan fauna serta keunikan alam semula jadi pulau borneo ini, kami pun mula bergerak keluar dari Komplek Taman Kinabalu ini menuju ke Kundasang...
Jumpa lagi di lain catatan.... kita jumpa di Kundasang...
ayoh baa.....
Hai takkan lalu sebelah je, tak teringin ke nak daki puncak Kinabalu tu ... hehe
BalasPadamteringin jugak, cuma takut tak larat jer....hehehehe
BalasPadamMenarik bah...
BalasPadamTenaga Turbin Angin di Uruguay
Sslam Miecyber...
BalasPadamMemang menarik bah....
:)
Salam azmnor,
BalasPadamSeronok ya dapat melihat Gunung Kinabalu dari dekat. Kenapa tak panjat gunung tu?
Kalau tidur di kaki gunung tu lagi sejuk. Mcm di Swiss Alps
BalasPadamSalam YB...
BalasPadamMemang seronok, dah sampai ke kaki gunung tempat diaorg nak mula mendaki tu..... tapi tak join panjat pulak pasal tak masuk dlm rancangan lawatan....
Salam YB..
BalasPadammula memang ada cadangan nak bermalam disitu tapi masa dan kemampuan tak mengizinkan...
mesti best tu sejuk macam di Swiss Alps.....walaupun saya tak kesana lagi...huhuhu.
Tu la macam Mie cakap tu...teringin gak nak memanjat kinabalu tu..kalu berjaya mesti best..
BalasPadamSalam Fadzli...
BalasPadamMemang teringin jugak nak panjat..tp dah ujung-ujung usia ni takut tak larat....hehehe
Fadzli leh laa sekali sok join diaorg yg buat tours panjat Gunung ni...