Isnin, 9 Januari 2012

Pengkalan Balak..... 1



Alhamdulillah bertemu semula setelah sekian lama tak ada en3 terbaru sejak 7 Dec.... kesibukan ditempat kerja dan ketatnya jadual sabtu dan hujung minggu....rasanya sabtu dan hujung minggu lebih lah lagi kesibukannya....hingga ada rancangan dan jemputan terpaksa dibatalkan dan dipilih mengikut keutamaan..... hehehehe.

minggu lepas menghadiri kenduri kawin rumah anak saudara isteri di Tanjung Bidara Melaka , kerana dah sampai kesana jadi terus saja cari chalet kat Pengkalan Balak, pusing-pusing kat kawasan tu dapat 2 bilik kosong terus tawar menawar harga dan sewa untuk semalam.


agak kehujung sedikit dari jalan masuk utama ke Pengkalan Balak tu . OK juga lah selesa dan boleh muat untuk kami semua yg datang dengan 2 kereta.

waktu lebihkurang pukul 5.00 ptg selepas solat aku pun keluar nak cari tempat makan ikan bakar yg best malam nanti.... menyusuri jalan sepanjang pantai Pengkalan Balak yang lebih dikenali sebagai
cantik juga pantai kat sini dan airnya jernih dan bersih cuma pantainya agak dalam dan curam...kena hati-hati ckit walaupun ombaknya tak sebesar di Pantai Timur....


 

pasir pantainya agak kasar sedikit , tak seperti di PD halus dan padat... persekitaran pantainya juga bersih dan terjaga. di sini terdapat banyak chalet untuk disewa....tapi menurut penduduk setempat perlu juga membuat tempahan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum berkunjung kesini tambahan diwaktu musin cuti sekolah dan cuti umum.






Malam nanti nak gi makan ikan bakar kat kedai Ikan Bakar dan Tom yam di tengah-tengah pekan Pengkalan Balak yg bersebelahan Telekom Malaysia tu....tapi hari nampak macam nak hujan lebat sekejap lagi..tak per biar hujan sekarang kalau lepas magrib nanti susahlah sikit nak ke Ikan bakar tu.

6.45 ptg tu hujan turun lebat hinggalah ke waktu magrib....lepas solat kami pun terus bergerak ke tujuan kami....ramai laa pulak pelanggan ketika tu...tak per lah tunggu sekejap sementara hujan berhenti......mmmmm lama gak kami menunggu nak dptkan tempat ...... setengah jam kemudian baru dapat tempat...kalau tak dek sebab hujan kami dah cari "port" lain....huhuhu.

Makanan yg kami pesan malam tu boleh tahan dan harganya pun berpatutan...tak dapat ambik gambar pasal hujan lebat sangat tadi kamera dah tinggalkan dlm kereta...kul 11.00 mlm baru kami bersurai dan balik semula ke chalet....solat dan lepas tu terus tidur pasal sok nak mandi laut pula....

Sekian catatan pengalaman buat kali ini sehingga berjumpa lagi dilain catatan dan saya sudahi dengan tasbih kifarah

Wabillahi taufik walhidayah...,