Sabtu, 28 Mei 2011

Menyahut Lambaian Kaabah...

Masjidil Haram, Makkah tul Mukarramah
(gambar ehsan dari carian google)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Segala Puji-pujian buat Allah, tuhan pemilik sekelian alam,
Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh....

Alhamdulillah bersyukor saya dengan berbanyak-banyak syukor kerana di beri peluang dan mendapat jemputan menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci Makkah tul Mukaramah yang menjadi idaman dan azam serta cita-cita setiap muslimin dan muslimat.

Insyaallah jika dipanjangkan usia dan diberikan rezeki serta dengan keizinan Allah s.w.t , saya akan ke tanah suci Mekkah Tul Mukaramah dan Madinah Al-Munawarah dalam melaksanakan ibadat Umrah dan Ziarah  Rasulullah dan Baitullah pada 31 May 2011 ini sehingga 14 June 2011.



masjid Nabawi, Madinah Al Munawarah
(gambar ehsan dari carian google)

Diharapkan saya dapat melaksanakan segala amalan rukun dan wajib serta di permudahkan oleh Allah dalam melaksanakan ibadat tersebut juga dalam semua urusan saya disana kelak..InsyaAllah .... mudah-mudahan saya mendapat Umrah yang mabrur...InsyaAllah..aaminnn...

Disini saya mengambil kesempatan memohon keampunan atas segala dosa dan kesalahan saya yang nyata dan tersebunyi, yang disedari dan yang tak disedari dalam semua perbuatan dan tindak-tanduk selama saya ber blog  di alam maya ini.... Doakan supaya dipermudahkan dalam segala urusan dunia dan akhirat saya selama di sana nanti....aaminnn..

InsyaAllah jika ada rezeki dan kesempatan berjumpa lagi 20 hari dari hari ini....
Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w,
wabillahi taufik wal hidayah.
wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

8 ulasan:

  1. Man, Selamat pergi dan kembali, semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat umrah yang mabrur.. Aminnn

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..smoga slmt sampai n pulang :)

    BalasPadam
  3. Salam mie..,

    Terima kasih... Insyaallah....aaminnn

    BalasPadam
  4. Salam kemang..,

    Terima kasih kemang...Insyaallah..aaminnn

    BalasPadam
  5. Tahniah kerana menjadi tetamu Allah,kerana yang terpilih sahaja akan di panggil mengunjungi Baitullah...

    Kalau boleh saya nak pergi lagi.Keseronokannya tidak boleh di bayangkan dengan kata kata.
    Saya mengunjungi Baitullah pada bulan Mac yang lepas.

    Semuga selamat pergi dan kembali..

    Video Gol Champion League Final 2011 .Barcelona 3 - Manchester United 1

    BalasPadam
  6. Salam en_me..

    aaminnn...ya robbal alamin...


    tq me...

    BalasPadam
  7. salam miec..,

    TQ miec....

    Insyaallah...mudha-mudahan semuanya berjalan lancar....aaminnn

    BalasPadam