Malam Tahun Baru Cina tuari teringin pulak nak gi santai kat PD...sambil tu ambil kesempatan makan ikan bakar "fresh" kat Medan Ikan Bakar Port Dickson .... Ianya terletak di pinggir Bandar Port Dikson selepas pekan Lukut.
Kami sekeluarga dan kakak ipar bertolak dari Seremban Selatan lebih kurang pukul 6.00 petang, melalui lebuhraya PLUS dan keluar ke susur PD dan menggunakan Lebuhraya ke PD. Petang tu agak sesak juga bagi menggelakkan lebih banyak masa, saya telah memilih untuk keluar ke susur Lukut.
Lebih kurang pukul 6.30 petang kami telah melepasi susur Lukut dan aliran trafik agak lancar dan kami melepasi pekan Lukut dalam masa 30 minit dan menggambil susur kanan ke arah Bandar Port Dickson melalui jalan pantai iaitu simpang selepas Glory Beach Resort.
Selepas melalui Pusat Penapis Minyak dan Gas Shell maka kami pun sampai di Medan Ikan Bakar tu...pengunjung pun belum lagi ramai.
Hari pun dikala itu sudah mulai senja dan pemandangan di ketika itu sungguh Indah sekali sambil melihat matahari terbenam... selepas meletakkan kereta di kawasan pakir di hadapan Medan Ikan Bakar tersebut... kami terus mengambil tempat duduk di dalam Medan Ikan Bakar tersebut.
Disini terdapat dua ketegori medan makan .... yang menghadap laut "sea view" adalah lebih eksklusif pastinya kos lebih tinggi...yg tidak menghadap laut harganya agak lebih fleksibel dan mampu beli...
Kami telah memilih untuk mencuba di Medan yang harganya lebih fleksibel.
Setelah menggambil meja , kami pun memilih ikan yang hendak dimakan dan cara ianya dimasak...setelah memilih ikan dan tawar menawar dengan pelayan medan tersebut kami membuat pesanan sampingan..... kami telah memilih seekor kerapu beratnya 550 gram yang dimasak tiga rasa, seekor siakap yang beratnya 550 gram yang dimasak stim serta dua ekor ikan cencaru yang dibakar. Ikannya memang segar dan baru ditangkap nelayan disitu.
Ikan Kerapu dan Siakap dikira RM 4.50/100gram, manakala Ikan Cencaru dikira RM 2.00/100gram.
Kami juga memesan mee lakna, nasi putih, kangkung belacan, tomyam campur dan sup sayur.
Memang sedap makanan disini .... dan malam itu kami berbelanja RM 80++ untuk makanan tersebut...memang puas dan harganya yang berpatutan.
Malam tu memang ramai pengunjung ke Medan tersebut kerana semasa kami hendak keluar dari kawasan pakir terdapat barisan kenderaan menunggu untuk pakir disitu..
Disini juga disediakan kemudahan tandas awam, cuma tiada kemudahan surau ..... sebelum balik sempat kami ber"posing" kat sekitar Medan tersebut.
Jumpa lagi dilain coretan.....
Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.......
Sodap nampaknya, bolehlah kita gi pad 26 Feb nanti... hehe
BalasPadamtengo laa sok kalau hasil tangkapan tak lumayan kono laa buat tangkapan kek situ...
BalasPadamhehehehe....
sodapnyerr bang tewww.. salamm ziarahh jerr
BalasPadamAlhamdulillah ..... buleh dtg cubo tu ..... TQ ziarah....n sorry lambat respond....
BalasPadamAssalammualaikom wtb tuan, Khaifahaluka. Allhamdullah berselera ana melihat juadah yang tersedia. Mesti lazat dan sedap, sebab ia masih segar lagi.
BalasPadamTempat makan yang cantik dan bersih, cuma ada kekurangan sedikit.
JazakaAllah
Waalaikumsalam wtb tuan, alhamdulillah bi hair...,
BalasPadamAlhamdulillah rezeki dr Allah, anta boleh juga mencuba ke sana.. Insyaallah akan ada penambahbaikan di masa akan dtg...aaminnn.
Jazakallah uhairan kasthiro...
InsyaAllah..ada masa ana bisa sampai kesana nanti. Semoga ada yang lebih hebat buat masa akan datang nanti.
BalasPadamWa'alaikumsalam
InsyaAllah... mudah mudahan....aaminnn...
BalasPadam