Isnin, 28 Februari 2011

Mancing kat Lagend Water Chalets


Sabtu lepas ke Port Dikson lagi, kali ni pergi santai kat THE LAGEND WATER CHALETS... class tempatnya dan prasarananya. Lokasi TLWC ni berhampiran dengan pekan Lukut sebelum sampai ke Pekan Port Dikson  dalam 3 KM kalau tak salah. Ianya bersebelahan dengan The Legend International Water Homes dan berjiran dengan Glory Beach Resort. TLWC memang cantik dan pakir pun disediakan didalam tower yang boleh memuatkan lebihkurang 160 buah kederaan ringan dalam satu-satu masa....


Saya sampai ke TLWC lebih kurang pukul 4.15 ptg, dlm kami berempat saya yang terakhir sampai ... yer laa biasa laa tu saya yang paling terdekat dengan PD tu jika dibandingkan dgn kawan yang lain. Sampai jer disana terus naik ke Pakir dalam tower TLWC tu .... penuh dari level 1A pakir hingga level 4A nasib baik ada petak yang kosong pada level 4B, level pakir tertinggi dari 8 level pakir disitu. Alhamdulillah dapat gak kalau tak susah gak nak letak kat mana....hehehe..



Setelah memastikan kereta dah dikunci dan semua keperluan perlu dibawa ke chalet, saya terus turun ke tingkat bawah untuk ke chalet yang telah disewa oleh kawan yang telah lebih awal sampai....dr info yg dibeikan saya rterus menuju ke chalet yang diberitau.....  disini chalet nya diberi nama sempena lautan dunia... memang cantik prasarana chalet ini.... chalet yg kawan sewa tu terletak paling hujung dan balkoni nya menghadap laut luas....




Berjalan dalam lebih kurang 5 minit dari tower tadi akhirnya sampai laa saya ke bilik   tu, ahhh...sampai juga akhirnya kesini..memang binaan dalamannya nampak eksklusif, ruang kamar tidur yg agak luas dengan 1 katil saiz raja dan 1 katil saiz anak raja....hahahaha.... balkoninya pun menghadap laut luas....boleh memancing dari situ saja.








Chalet ini dibina di atas laut dan terdapat dalam beberapa jenis dan kelas... kalau mengikut laman sesawang chalet ini senibina dalaman nya mengikut "stail" chalet di Bali....tak tau laa betul ker tidak pasal saya pun tak pernah lagi sampai kesana...





Selesai jer solat Asar saya pun mula lah pasang pancing dan sedia umpan untuk mula memancing dari balkoni chalet walaupun ketika itu air sdg surut ..... mengikut info kedai pancing yg saya singgah sebelum datang kesini " kalau air surut ikan turun kelaut ikut air yang surut tu,jadi ikan kurang atau takder... dan laut paling surut pukul 7.08 mlm.... tak kisah laa apa pun saya ikutkan rasa hati memancing juga......





Dalam waktu yang sama perangkap ketam yang telah diletak umpan dipasang juga.... cuaca agak panas....setelah hampir 1 jam setengah memancing tiada seekor ikan pun yang dapat walau pun umpan yang dipasang habis dimakan .... bagitu juga dengan perangkap ketam tiada seekor ketam pun yang masuk.... kami terus menunggu dengan sabar sehingga lah masuk waktu Magrib... kami pun berhenti memancing untuk tunaikan solat dan bercadang untuk keluar makan malam di Pekan Port Dikson yg terletak tidak berapa jauh dari situ....
Sebelum keluar makan sempat menjenguk perangkap ketam...sungguh gembiranya hati hasil pertama mula muncul seekor ketam biru sederhana besar terperangkap didalam salah satu perangkap yg dipasang....


terubat juga hati walaupun gagal untuk mendapatkan ikan ..tp telah berjaya memerangkap seekor ketam... selepas memasang semula perangkap tersebut kami pun keluar makan malam disebuah gerai di pekan Port Dikson...



Selesai makan kami balik semula ke chalet..... tak sabar nak tengok perangkap ketam.....sampai jer kat chalet air laut mulai pasang ....ada peluang nak sambung memancing harap-harap dapat ikan lah kali ni...
sebelum mula memancing periksa dulu perangkap ketam....  kali ini memang setiap perangkap ada ketam ...masing-masing nampak ceria dengan tangkapan ketam tu.... 




Menjelang tengah malam kami pun mula memancing di luar bilik chalet....kami berpindah memancing di luar chalet berdekatan wakaf yang disediakan ..... sehingga pukul 3 pagi kami memancing...tetapi masih gagal menaikan walau seekor ikan pun..... atas rasa mengantuk yang amat sangat saya terus saja mengalah dan masuk ke chalet untuk tidor...
pada keesokannya selepas solat subuh.... kami menyambung semula aktiviti memerangkap ketam dan memancing ikan....namun masih gagal untuk mendapatkan ikan tetapi masih boleh lagi memerangkap ketam ....
memang terdapat banyak ikan disini tetapi mungkin kami tidak mengetahui apakah umpan yang benar-benar dpt menarik ikan untuk memagut umpan pancing kami...



Walau apa pun kami masih berpuas hati kerana masih lagi dapat memerangkap ketam...dan berharap akan datang lagi kesini dengan umpan yang lain yang memungkinkan kami mendapatkan ikan.....




Jumpa lagi dilain catatan.....layannnnnnnnnnnnnnnnn.....

17 ulasan:

  1. Lain kali nak mencuba yang ada individual swimming pool tu.. kalau tak dapat ikan dapat berendam pun jadilah.. hehe

    BalasPadam
  2. Tu kena plan betul-betul....dah semestinya mahal tu...rasanya tak gi mancing laa ...kita yg jadi ikan dalam swimming pool tu...hehehe...

    BalasPadam
  3. ohhhh pemancing rupanya....sabo aje le....tak lakulah ikan kat pasar...he3x

    BalasPadam
  4. salam Sonata anak kancil...Hehehe..bukan pemancing sangat...saja mencuba untuk berehat sambil memancing...org cakap kalau nak menguji kesabaran cuba laa memancing.... boleh tahan jugak..... lagi laku ikan kat ada laa.....he3X

    BalasPadam
  5. Salam Bro...Sama la minat memancing ....betul..memancing bukan nak dapat ikan sangat....masa baling pancing tu pun dah rasa best, dapat ikan tu satu bonus.....Kitaorang 1 family suka pancing...nak tau jengok kat sini
    http://anakhajiamir.blogspot.com/2011/02/pertandingan-memancing.html

    BalasPadam
  6. Salam Fadzli... hehehe...saya ni baru berjinak-jinak.... tp memang seronok....kalau dapt ikan lagi laa seronok...
    by the TQ jengok kesini..

    BalasPadam
  7. saya belum pernah sampai lagi kat sini .. mancing dekat jeti nelayan kuala lukut pernahlah .. tak tahu umpan apa awak guna .. perumpun ke udang ?

    BalasPadam
  8. Salam Tn Hj...
    ingat next mission nak gi jeti lukut laa pula...
    saya guna umpan udang dan sotong...
    mungkin nak kena guna perumpun agaknya...
    Terima kasih kerna singgah disini dan komen...

    BalasPadam
  9. salam.. tadi terbaca blog encik drpd blof zack. nampak pulak gambar ikan yang encik post tu.. hehe.. ikan tu kalau kena gaya/time dia makan, best juga buat layan..

    http://img64.imageshack.us/i/ddddic.jpg/

    ni gambar saya mancing last sekali, tempat yang sama..

    cheers

    BalasPadam
  10. memang pun...tapi kami langsung dia tak layan....
    tention................aduhhhh...

    BalasPadam
  11. kalau datang laie, dan khas untuk ikan spesis ni, posan den satu jo.. jangan lupo bawak..

    GARDENIA~

    mano tau ado joki..

    -azmil

    BalasPadam
  12. TQ Azmil, next time den cubo guno gardenia....tp tuari ado bawak tp den laa yg makan...hehehehhe

    BalasPadam
  13. salam, saya nak tnya mcm mana dengan percutian di sisni..,nie private punya kan bukan under hotel nie kan...swimming pool sumer tu leh pakai ke?

    BalasPadam
  14. Salam yg berkenaan..

    Haah ni private nyer..., OK lah...bagi yg suka tangkap ketamm atau pancing bestlah asspecially waktu air pasang.... tp biasa nyer
    ikut rezeki jugak....
    semua fasaliti boleh guna no hal nya.. kalau nak cuba contact website yg saya dah link kan tu..

    TQ

    BalasPadam