Isnin, 9 Januari 2012

Pengkalan Balak..... 1



Alhamdulillah bertemu semula setelah sekian lama tak ada en3 terbaru sejak 7 Dec.... kesibukan ditempat kerja dan ketatnya jadual sabtu dan hujung minggu....rasanya sabtu dan hujung minggu lebih lah lagi kesibukannya....hingga ada rancangan dan jemputan terpaksa dibatalkan dan dipilih mengikut keutamaan..... hehehehe.

minggu lepas menghadiri kenduri kawin rumah anak saudara isteri di Tanjung Bidara Melaka , kerana dah sampai kesana jadi terus saja cari chalet kat Pengkalan Balak, pusing-pusing kat kawasan tu dapat 2 bilik kosong terus tawar menawar harga dan sewa untuk semalam.


agak kehujung sedikit dari jalan masuk utama ke Pengkalan Balak tu . OK juga lah selesa dan boleh muat untuk kami semua yg datang dengan 2 kereta.

waktu lebihkurang pukul 5.00 ptg selepas solat aku pun keluar nak cari tempat makan ikan bakar yg best malam nanti.... menyusuri jalan sepanjang pantai Pengkalan Balak yang lebih dikenali sebagai
cantik juga pantai kat sini dan airnya jernih dan bersih cuma pantainya agak dalam dan curam...kena hati-hati ckit walaupun ombaknya tak sebesar di Pantai Timur....


 

pasir pantainya agak kasar sedikit , tak seperti di PD halus dan padat... persekitaran pantainya juga bersih dan terjaga. di sini terdapat banyak chalet untuk disewa....tapi menurut penduduk setempat perlu juga membuat tempahan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum berkunjung kesini tambahan diwaktu musin cuti sekolah dan cuti umum.






Malam nanti nak gi makan ikan bakar kat kedai Ikan Bakar dan Tom yam di tengah-tengah pekan Pengkalan Balak yg bersebelahan Telekom Malaysia tu....tapi hari nampak macam nak hujan lebat sekejap lagi..tak per biar hujan sekarang kalau lepas magrib nanti susahlah sikit nak ke Ikan bakar tu.

6.45 ptg tu hujan turun lebat hinggalah ke waktu magrib....lepas solat kami pun terus bergerak ke tujuan kami....ramai laa pulak pelanggan ketika tu...tak per lah tunggu sekejap sementara hujan berhenti......mmmmm lama gak kami menunggu nak dptkan tempat ...... setengah jam kemudian baru dapat tempat...kalau tak dek sebab hujan kami dah cari "port" lain....huhuhu.

Makanan yg kami pesan malam tu boleh tahan dan harganya pun berpatutan...tak dapat ambik gambar pasal hujan lebat sangat tadi kamera dah tinggalkan dlm kereta...kul 11.00 mlm baru kami bersurai dan balik semula ke chalet....solat dan lepas tu terus tidur pasal sok nak mandi laut pula....

Sekian catatan pengalaman buat kali ini sehingga berjumpa lagi dilain catatan dan saya sudahi dengan tasbih kifarah

Wabillahi taufik walhidayah...,

15 ulasan:

  1. mmg nampak agak dlm..sbb lelaki baju belang tu baru masuk sikit dah smpai pinggang.

    BalasPadam
  2. Pernah sampai ke sini suatu ketika dulu, tapi tak mandi sbb masa tu pantainya mcm tak terjaga.

    Pastu kebanyakan chaletnya agak uzur. Sekarang dah ada perubahan kot...

    BalasPadam
  3. Salam Azmnor,

    Saya yg selalu ke Matrik Londang pun belum pernah tidur di chalet kat Pengkalan Balak tu. Nampaknya awak lebih advance dari saya .... hehehe

    Kalau cuti memang tempat ikan bakar di Melaka ni penuh dgn pelanggan. Malam tahun baru tu kami ke Umbai tak dapat masuk sebab penuh parking. Last2 ke Duyung tapi kena tunggu sehingga sejam ... huhuhu

    BalasPadam
  4. Sdr azmnor,

    Assalamualaikom.

    Tuan, Pengkalan Balak tu tak berapa jauh dari kampung orang rumah Ese di Masjid Tanah. Bagaimanpun, seingat Ese cuma sekali sahaja berkelah di Pantai Pengkalan Balak (Tg.Bidara?)masa anak-anak kecil lagi.

    Tak cuba kah cendul Masjid Tanah yg terkenal tu?Kawan Ese orang Pilah kata Cendul Beghahim di Bandar K.Pilah lai sodap.Ese belum try lai yg di Pilah tu.

    BalasPadam
  5. SALAM UJIE..,

    MEMANG DALAM PUN SAYA PUN TAK BERANI NAK MANDI JAUH KE DALAM

    BalasPadam
  6. ALAIKUM SALAM FARA..,

    HA`AH.., MEMANG BAHAYA KENA HATI-HATI...HARI TU PUN ADA BUDAK HAMPIR LEMAS...

    BalasPadam
  7. SALAM MIE..,

    BOLEH TAHAN JUGA CHALET KAT SITU DAN BANYAK LAGI YG DAH DI UPDATE..

    BalasPadam
  8. ALAIKUMSALAM YB..,

    SELALU GAK KE SANA TAPI TAK PERNAH BERMALAM JADI CUBA LAH SEMALAM ..OK JUGAK..

    UMBAI TU MEMANG RAMAI ORG TAHUN LEPAS SAYA SEKELUARGA KE SANA MASA PUBLIC HOLIDAY ... FULL HOUSE KENA TUNGGU DEKAT SEJAM JUGAK NAK DAPATKAN TEMPAT DUDUK..

    TAPI IKAN NYA MEMANG CLASS...

    BalasPadam
  9. ALAIKUMSALAM SAUDARA UJANG,

    OOO ... YO KO...DEN TAK JUMPO PULAK CENDOL TU.., MUNGKIN DEN DAH LEWAT SAMPAI JADI DAH TUTP AGAK EH...

    CENDOL PILAH TU DAH LAMO BONA DEN TAK RASO...TU PUN DEN MAKAN MASO BELAJAR KEK PILAH 1984-85 DULU..

    BalasPadam
  10. kalau pegi melaka, mesti pegi A Famosa je , tak pernah sampai pangkalan balak tu :( ...

    BalasPadam
  11. SALAM WA..,

    CUBA LAH PERGI SEKALI...OK GAK...KESERONOKAN NYA BERLAINAN DENGAN KESERONOKAN KAT AL FOMOSA TU...

    BalasPadam
  12. bez jer.. kalau p ngn family lagi besh.. hoo..dah lama xbecuti ngn family..

    jom renung2 sebentar..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/kenapa-ilmu-itu-penting.html

    BalasPadam
  13. Tuan,

    Salam. Apo koba oghang kampung?

    BalasPadam