TAHNIAH dan Syukur kehadrat Ilahi atas kejayaan pasukan Harimau Muda A Malaysia mempertahankan Emas bolasepak dalam kejohanan Sukan SEA ke 26 yang telah berlangsung di Jakarta / Palembang , Indonesia.
Tiada yang lebih dibanggakan adalah kejayaan merangkul pingat emas Sukan SEA kali ke 26 ini di bawah tekanan fizikal dan mental dalam menghadapi sikap penonton tuan rumah yang seolah-olah melihat kita saudara serumpun ini adalah musuh yang dilayan dengan layanan paling buruk sejak kejayaan Malaysia menjuarai AFF Suzuki Cup 2010,
.....sepatutnya sukan ini menjadi alat mengeratkan lagi silatulrahim antara kita di rantau Melayu Nusantara ini bukannya buruk memburukkan antara satu sama lain sebaliknya hormat menghormati sesama kita dan tolong menolong dalam memperkukuhkan rantau ini dan kesatuan orang melayu supaya musuh berfikir banyak kali untuk memperkotak katikan kita di tanah kita sendiri.
Namun bagitu Syabas buat Indonesia juga kerana berjaya ke Final walaupun tidak berjaya memenangi perlawan tetapi dengan baik dan tetap GAH sebagai antara pasukan yang dihormati dan digeruni dirantau ini, Insyaallah di kejohanan akan datang Indonesia akan menjuarainya pula.
Sekian catatan buat kali ini sehingga berjumpa lagi dilain catatan..,
saya sudahi dengan...
wabillahitaufik walhidayah
Mana boleh bagi muka kat Indon. Biarlah dia kalah sampai bila-bila.
BalasPadamHangin tengok layanan diaorang kpd team dan negara kita.
Apa-apa pun setinggi2 tahniah kepada pasukan Harimau Muda kita.
Salam mie..,
BalasPadamkalau ikutkan hati memang gitu mie...macam tak bertemadunlah pulak dia org ni.... sampai bila pun takan maju-maju...
apa pun kita dah menang Bravo Harimau Muda yg mengharumkan nama Negara...syabas
janganlah dirisaukan sangat perangai segelintir penonton yang kurang adab itu. kat negara kita pun ada yang sanggup bakar bas N9.
BalasPadamkomen awak dalam entri saya semalam adalah yang saya cari. entri saya hari ini ada disebut nama awak.
Assalamualaikum Tuan Hj..,
BalasPadamBukan risaukan "JIRAN SETAMAN" saja tuan "ANAK SENDIRI" pun lebih merisaukan hati bila keadaan jadi bagini.... Allahua`lam
masyaallah dan terima kasih Tuan...mungkin kerana zaman kita hampir sama menyebabkan rasa kerisauan yg sama kita rasakan.
Tuan,
BalasPadamSaya menyusuri blog tuan setelah membaca ulasan balas tuan punya blog al-lavendari.
Salam perkenalan.
Salam ujang kutik,
BalasPadamsalam perkenalan dan salitulrahim,
Terima kasih sudi singgah dan membaca catatan saja yg tak seberapanya ini...dan saya akan menyusul ke blog tuan...