Isnin lepas kami sekeluarga ke Jasin, Melaka mengikut jalan Seremban Tampin.., sebelum itu singgah sebentar di rumah anak saudara di Sungai Layang , Rembau...memenuhi jemputan kenduri doa selamat dan melaksanakan ibadat kurban.
kebetulan sampai kemajlis tu sedang waktu makan tengahari , apa lagi macam biasa lah menjamu selera dengan lauk daging kerbau korban tersebut.
pukul 3.00 petang kami pun bergerak ke Melaka , melalui Simpang Ampat ke Alor Gajah dan Durian tunggal terus ke Jasin....samapi keJasin kami singgah solat asar di Masjid Jamek ... selesai solat asar terus kami balik ke Seremban semula melalui Alor Gajah - Lubok China - Pedas - Rantau - Sg Gadut.
lama juga tak singgah kat Alor Gajah ... teringin nak makan cucur udang special Alog Gajah...jadi kami pun singgah kat kawasan pakir Pekan Alor Gajah berdekatan Komplek Kenderaan Alor Gajah yg baru saja di rasmikan akhir bulan lepas.
Canggih juga Komplek Pengangkutan Alor Gajah ni yang di kenali sebagai AG Sentral....tak tau pasal guna nama "orang putih" agak masih lagi terasa di bawah kerajaan Hindia Timur Inggeris kot...
tempat menunggu basnya pun selesa berhawa dingin dan selamat bagi kaum wanita yg menunggu bas bersendirian serta kemudahan-kemudahan awam lain yang biasa terdapat di pusat pengangkutan.
saya sempat meninjau kawasan sekitar dan aras 2 komplek AG Sentral ini yang masih belum digunakan atau dibuka sepenuhnya...disini terdapat juga stesen bagi mendapatkan kereta sewa dan taxi bandar AG.
Diharapkan dengan adanya AG Sentral dapat memberi lebih manafaat kepada penduduk setempat khasnya dan penduduk Malaysia amnya.
Sekian perkongsian pengalaman perjalanan sehingga berjumpa lagi dilain catatan
dan disudahi dengan..
Wabillahitaufik walhiddayah
lebih efektif dan efisien
BalasPadamAlor Gajah? Dah berubah wajah mcm nie? Kat tapak mane nie? Yg kat tapak pasar ramadhan tu ke? Dah lama sgt sy tak ke sana...
BalasPadamsalam abah...,
BalasPadambagitulah harapannya....
Salam Fara..,
BalasPadambukan kat pasar ramadhan kat sebelah gerai makan yang ada jual cucur udang alor gajah yg terkenal tu...
Wah bandar kecil pun dah punya 'Sentral' nya sendiri. Kira hebat juga tu...
BalasPadamsalam mie..,
BalasPadam"Melaka negeri Maju" kalau nak dibandingkan dgn NS jauh sgt Melaka ni dah terkedepan...