Memaparkan catatan dengan label Pengangkutan. umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengangkutan. umum. Papar semua catatan

Khamis, 10 November 2011

AG Sentral - Pusat AG...


Isnin lepas kami sekeluarga ke Jasin, Melaka mengikut jalan Seremban Tampin.., sebelum itu singgah sebentar di rumah anak saudara di Sungai Layang , Rembau...memenuhi jemputan kenduri doa selamat dan melaksanakan ibadat kurban.

kebetulan sampai kemajlis tu sedang waktu makan tengahari , apa lagi macam biasa lah menjamu selera dengan lauk daging kerbau korban tersebut. 

pukul 3.00 petang kami pun bergerak ke Melaka , melalui Simpang Ampat ke Alor Gajah dan Durian tunggal terus ke Jasin....samapi keJasin kami singgah solat asar di Masjid Jamek ... selesai solat asar terus kami balik ke Seremban semula melalui Alor Gajah - Lubok China - Pedas - Rantau - Sg Gadut.

lama juga tak singgah kat Alor Gajah ... teringin nak makan cucur udang special Alog Gajah...jadi kami pun singgah kat kawasan pakir Pekan Alor Gajah berdekatan Komplek Kenderaan Alor Gajah yg baru saja di rasmikan akhir bulan lepas.


Canggih juga Komplek Pengangkutan Alor Gajah ni yang di kenali sebagai AG Sentral....tak tau pasal guna nama "orang putih" agak masih lagi terasa di bawah kerajaan Hindia Timur Inggeris kot...

tempat menunggu basnya pun selesa berhawa dingin dan selamat bagi kaum wanita yg menunggu bas bersendirian serta kemudahan-kemudahan awam lain yang biasa terdapat di pusat pengangkutan.



saya sempat meninjau kawasan sekitar dan aras 2 komplek AG Sentral ini yang masih belum digunakan atau dibuka sepenuhnya...disini terdapat juga stesen bagi mendapatkan kereta sewa dan taxi bandar AG.



Diharapkan dengan adanya AG Sentral dapat memberi lebih manafaat kepada penduduk setempat khasnya dan penduduk Malaysia amnya.

Sekian perkongsian pengalaman perjalanan sehingga berjumpa lagi dilain catatan
dan disudahi dengan..

Wabillahitaufik walhiddayah

Isnin, 28 Mac 2011

Bas Wanita dan Gerabak Khas Wanita.

Semalam semasa di Bas Stand Klang aku ternampak dalam deretan bas rapidKL yang sedang mengambil penumpang ada sebuah daripadanya memaparkan tanda sebagai " BAS WANITA"....bila di amati  pemandunya juga seorang wanita....kata dalam hati ku memang bas ini untuk wanita sahaja.


Nampaknya sudah ada dua kemudahan awam yang menyediakan kemudahan khusus untuk kaum wanita satu BAS WANITA dan KTMB juga telah melacarkan Gerabak Khas Wanita atau "Ladies Coach" dengan tanda ungu.... Syabas diucapkan kepada kedua-dua syarikat pengangkutan awam ini yang berani mengambil pendekatan membuat pengasingan bas mengikut gender.



Bagi aku banyak baiknya juga bagi kemudahan dan keselamatan para penumpang dan pengguna dari kaum hawa ini....sekurang-kurangnya mereka dapat merasa lebih selesa dan selamat terutamanya bagi mereka yang bekerja yang menggunakan kemudahan awam ini ditambah lagi dengan kebanjiran   orang asing yang bekerja di sini...bila-bila masa saja sesuatu perkara buruk boleh berlaku kepada mereka.



Bagitu juga dengan "ladies Coach" yang disediakan dalam perkhidmatan komuter yang diperkenalkan oleh KTMB cukup memberi menafaat kepada golongan wanita  ...cuma diharapkan pihak KTMB dapat menyediakan kakitangan khas dikalangan wanita untuk memantau penumpang lelaki supaya tidak menggunakan kemudahan ini dengan sewenang-wenangnya tanpa rasa bersalah.


Aku sendiri pernah tersalah menaiki "ladies Coach" ini, tapi aku segera berpindah ke "coach" awam samada gerabak belakang atau depan  apabila menyedari memasuki "coach" bewarna "pink" itu.

Diharapkan dimasa depan lebih banyak lagi kemudahan bagi semua pengguna kemudahan awam yang diperkenalkan dan dipertingkatkan oleh Syarikat penyedia kemudahan awam.

Sekian untuk catatan kali ini jumpa lagi di lain masa...
Layannnnnnnnnnnnn....

Rabu, 23 Mac 2011

rapidKL - Tiket Kertas tukar Kad Tambah Nilai.prt 2


Hari ni dah mula gunakan kad tambah nilai untuk mendapatkan perkhidmatan bas rapidKL T632 untuk aku ketempat kerja. Kad tu kad rabbitt namanya, buat pertama kalinya aku beli dengan nilai  RM 5 jer..... RM 3 Nilai debit dan RM 2 cagaran kad tu.


Kad ni sama jer fungsinya dengan kad sentuh dan lalu cuma kad rabitt ni tak leh digunakan untuk bayaran Tol lebuhraya. Tambah nilai boleh dibuat dalam bas atau di mana -mana kiosk kad sentuh dan lalu.

aku dah gunakan pagi tadi OK laa jika dibandingkan dengan tiket sebelum ni... pagi tadi aku cuma di kenakan bayaran 80 sen jika dibandingkan selalu RM 1 menggunakan tiket kertas.

Semuga perkhidmatan bertambah baik dan memudahkan pengguna serta kekerapan bas yang sesuai bagi keselesaan pengguna.

sekian untuk catatan kali ini..

Layannnnnnn.........