Isnin, 28 Mac 2011

Bas Wanita dan Gerabak Khas Wanita.

Semalam semasa di Bas Stand Klang aku ternampak dalam deretan bas rapidKL yang sedang mengambil penumpang ada sebuah daripadanya memaparkan tanda sebagai " BAS WANITA"....bila di amati  pemandunya juga seorang wanita....kata dalam hati ku memang bas ini untuk wanita sahaja.


Nampaknya sudah ada dua kemudahan awam yang menyediakan kemudahan khusus untuk kaum wanita satu BAS WANITA dan KTMB juga telah melacarkan Gerabak Khas Wanita atau "Ladies Coach" dengan tanda ungu.... Syabas diucapkan kepada kedua-dua syarikat pengangkutan awam ini yang berani mengambil pendekatan membuat pengasingan bas mengikut gender.



Bagi aku banyak baiknya juga bagi kemudahan dan keselamatan para penumpang dan pengguna dari kaum hawa ini....sekurang-kurangnya mereka dapat merasa lebih selesa dan selamat terutamanya bagi mereka yang bekerja yang menggunakan kemudahan awam ini ditambah lagi dengan kebanjiran   orang asing yang bekerja di sini...bila-bila masa saja sesuatu perkara buruk boleh berlaku kepada mereka.



Bagitu juga dengan "ladies Coach" yang disediakan dalam perkhidmatan komuter yang diperkenalkan oleh KTMB cukup memberi menafaat kepada golongan wanita  ...cuma diharapkan pihak KTMB dapat menyediakan kakitangan khas dikalangan wanita untuk memantau penumpang lelaki supaya tidak menggunakan kemudahan ini dengan sewenang-wenangnya tanpa rasa bersalah.


Aku sendiri pernah tersalah menaiki "ladies Coach" ini, tapi aku segera berpindah ke "coach" awam samada gerabak belakang atau depan  apabila menyedari memasuki "coach" bewarna "pink" itu.

Diharapkan dimasa depan lebih banyak lagi kemudahan bagi semua pengguna kemudahan awam yang diperkenalkan dan dipertingkatkan oleh Syarikat penyedia kemudahan awam.

Sekian untuk catatan kali ini jumpa lagi di lain masa...
Layannnnnnnnnnnnn....

2 ulasan:

  1. Esok entah apa lagi kemudahan yang di sediakan untuk mereka, jangan nanti nak flight untuk wanita pulak.. kecoh la..

    BalasPadam
  2. Hehehehe....tp kalau bas dan komuter tu Ok laa kan....kesian juga tengok diaorg tu dgn persekitaran kita yg tak berapa bagus sekarang ni....
    Tapi kalau kapal terbang....aku kena pakai purdah laa nak join sekali....

    BalasPadam