Khamis, 17 Mac 2011

Pemaisuri de` Lisbon....


Petang pukul 6.00 ptg baru kami sampai ke Pemaisuri de' Lisbon Hotel Melaka, itu pun setelah beberapa kali berpusing-pusing di sekitar Bandar Hilir Melaka. Walaupun pun aku cuba untuk mencari menggunakan GPS..... mungkin GPS aku tu yg tak canggih atau aku yang tak pandai menggunakan peralatan canggih... kerana tidak dapat menjejaknya, aku terus menghubungi PDLH tersebut....dan telah diberitau kedudukannya..


Rupa-rupanya ia terletak dihujung perkampungan Portugis, bila dah sampai baru perasan trademark nya Sekolah Portugis dihadapannya..


Sebaik jer sampai terus ke kaunter untuk membuat pembayaran dan proses check-in yang sepatut nya dibuat pada pukul 3.00 ptg..tak kisah lah....semuanya berjalan lancar.. setelah segala urusan selesai terus saja ke lobi dan naik lif ke bilik yg kami telah tempah...

 Hotel ni 2 tingkat jer... patut laa tadi puas mencari cari kalau kalau nampak dari tepi jalan.... rupa-rupanya kat tepi laut. Cantik pemandangan disitu dan persekitarannya. cuma hotel ni takder "swimming pool "..... bosan juga anak-anak aku ...sebab diaorg bercadang nak berendam sakan....


Kami telah menempah 2 bilik bersebelahan yang mempunyai pintu diantara bilik dengan kos RM 260 sehari dan bilik-bilik kami tu mengadap laut..... memang cantik pemandangan dari balkoninya.

   
 



Selepas solat kami pun keluar ke Medan Ikan bakar berhampiran hotel...setelah tinjauan dibuat.. kami sebulat suara mengambil keputusan untuk makan malam di Umbai.....
pukul 8.00 mlm kami bergerak ke Umbai yang mana agak terkenal sebagai tempat makanan laut yang segar dan murah...




Jumpa lagi di catatan lain....

Layannnnnnnnnnnnnnnnn..........      


4 ulasan:

  1. Jauhnya jalan sampai Lisbon... hehe. Nampak mcm menarik lokasinya, kena pergi sesekali ni..

    BalasPadam
  2. Hehehe..... sesekali kena gak jalan jauh.... OK laa.... cuma beberapa kemudahan dlm pembinaan...

    BalasPadam
  3. memang banyak tempat makan ikan bakar di melaka .. saya suka yang kat sungai udang (?) dah tak berapa ingat nama tempatnya .. kawan yang belanja lama dulu!

    BalasPadam
  4. Salam Tn Hj..

    Memang banyak tuan tempat makan ikan bakar di Melaka..... saya tuari pergi Umbai.... yg tuan pergi tu rasanya kat Sg Punggur- Alai.. Sg Udang.

    BalasPadam