Hujung minggu lepas kami sekeluarga ke Tangkak lagi kebetulan cuti sekolah baru saja bermula hari sabtu lepas, kami bergerak dari Seremban seawal 8.00 pagi, kami memilih untuk menggunakan jalan lama - Jalan Seremban Tampin.
Kami singgah sebentar di Kendong, Rembau untuk bersarapan pagi , kami bersarapan di Kendong lebih kurang 45 minit dan meneruskan perjalanan ke Melaka melalui Lebuhraya AMJ bermula dari Simpang Ampat dan melalui Pengkalan ke Durian Tunggal untuk ke Jasin.
Saya memang suka menggunakan jalan lama ke Jasin ini kerana jalannya yang baik dan tidak sibuk serta teduh dan suasana kg yang menyegarkan serta nyaman. Kami sampai ke Jasin lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi... berhenti sekejap untuk mengambil seorang anak saya yang belajar disana...
Lebihkurang setengah jam kemudian kami bergerak semula menuju ke Tangkak melalui Cin Cin dan tiba kesana lebih kurang 15 minit kemudian dimana jarak Jasin ke Tangkak lebih kurang 11 KM.
Sesampainya ke Tangkak, saya terus mencari tempat pakir di sekitar Bandar Tangkak , agak susah juga untuk mendapatkannya.
Setelah berpusing-pusing beberapa kali disekeliling Bandar akhirnya dapt juga pakir yang berhadapan dengan sebuah gedung tekstil yang mengambil bahagian dalam "Kanival Tekstil Tangkak 2011"
Kali ini lebih banyak pilihan dan harga yang lebih murah berbanding dengan bulan Fabuari lalu. Berbagai jenis tekstil dari kualiti yang sederhana hinggalah ke kualiti yg terbaik dijual dengan harga yang lebih murah dari biasa.
Kami berada disana lebih kurang 3 jam, sementara isteri dan kak ipar membeli belah, saya bersama anak-anak berjalan disekitar Bandar Tangkak untuk melihat prasarananya. Kami menunaikan solat di Masjid Jamek Bandar Tangkak.
Sebelum berangkat ke Melaka Bandaraya Berejarah kami singgah dahulu di Gerai Makan Asam Laksa dan Mee Bandung Muar berhadapan Terminal Bas dan Teksi Tangkak. Pukul 3.30 petang kami bergerak meninggalkan Bandar Tangkak menuju ke Bandar Hilir Melaka.
Sekian catatan perjalanan kali ini , jumpa lagi di catatan berikutnya...
Layannnnnnnnnnnnn........
Dah lama tak melintasi bandar Tangkak. Nampaknya semakin membangun semenjak menjadi pusat pentadbiran daerah Ledang, satu daerah baru yang diujudkan.
BalasPadammemang nampak happening kat sini...tp majoriti penduduk bandarnya org tionghua... tp masa festival tu memang kain langsir murah sgt kalau nak bandingkan dgn seremban.. makan pun sodap kat sini, aku dah cuba mee bandung muar,mee kantonis...meamng mengancam...mmmm
BalasPadamSatu hari nanti nak cuba bermalam di Sagil pula...