Jumaat, 2 Disember 2011

JB lagi.... part 1


Ahad lepas ke JB lagi kali ni pergi jalan-jalan dengan family, anak bujang sibuk nak jalan -jalan ke JB, tak tau apa yang nak di carinya.

Bergerak dari BSS seawal pukul 7.30 pagi , singgah sekejap di Chembong perkena teh tarik ngan nasi lemak.....sambung perjalanan mengikut jalan Tampin sampai ke Kendung masuk simpang ke Simpang Ampat.....naik ke PLUS ke selatan menuju JB

Sampai di kawasan rehat Tangkak kalau tak silap berhenti sekejap sebab semuanya ada hajat nak disempurnakan...hehehe....sambung semula perjalanan dan sampai ke JB pukul 11.00 pagi...

Terus ke Larkin nak pastikan ada ker bilik yg boleh disewa di Hotel Seri Malaysia berdekatan Terminal Bas dan Teksi Larkin tu... dan masih ada kekosongan dan terus menempah 2 bilik yg bersambung - 1 Family room dan 1 standard room....check-in pukul 2.00 ptg jadi kami pergi jalan-jalan dulu sekitar JB.


mula-mula ke Dataran Bandaraya JB....pusing-pusing sekitar Dataran tu sambil bergambar berlatarbelakang bangunan yg menjadi mercu tanda Dataran Bandaraya JB tu.... hari kelepasan am takder sapa kat situ kita orang bertujuh beranak jer yg mundar mandir di sekitar Dataran tersebut

lebih kurang 20 minit disitu kami bergerak ke Masjid Sultan Abu Bakar JB...persekitaran Masjid sedang dalam  proses penambahbaikan dan pengubahsuaian... kami masuk ke dalam Masjid berwuduk dan menunaikan solat sunat tahayatul masjid .... masih kukuh , cantik dan penuh dengan unsur antik di dalamnya...dulu masa SEKTMA aku tak sempat solat dalam masjid ni dan tak masuk pun kedalam masjid..... kali ni aku ambil peluang explore semua sudut...hehehehe.....tapi sayang gambar byk dlm handphone tak leh nak export keluar....hmmmmm.


kami berada di kawasan masjid ini lebih kurang 45 minit juga .... kemudian kami bergerak keluar melalui jalan disebelah Zoo JB, ramai sungguh pengunjung kawasan sekitar masjid dan Zoo JB ni... kami bergerak keluar kearah jalan utama yg meliputi kawasan sepanjang Pantai Lido yang juga sekarang ini dalam proses pembinaan utk mengindahkan kawasan disepanjang pantai tersebut. 

distinasi kami berikutnya ke Danga Bay yg terletak agak arah ke barat JB, selepas meletakan kereta di kawasan pakir, kami terus bersiar-siar dikawasan tersebut, ramai juga pengujung ketika itu , kebetulan pelawat dari Jepun dan Indonesia,.... kami berjalan-jalan , kira bersiar-siar makan angin ler kat situ dan bergambar dikawasan tersebut  sehingga pukul 1.00 tghari.



tapi tak der expo atau exibitions kat Danga Bay hari tu, jadi just tengok bot pesiaran yang banyak berlabuh disitu jer lah, mula tu teringin juga nak naik boat tu pusing-pusing selat teberau tapi tak jadi pula wife tak nak naik takut, pasal tak pandai berenang...aku pun apa kurangnya sama sekapal juga tak tau berenang....mmmmm




Jam pun dah dekat pukul 1.00 tengahari, perut pun dah mula keroncong pasal pagi tadi   light breakfast jer....sekarang ni minta di isi lah ni ..... terus ke parkir kereta terus masuk ke jalan Tun Razak mengarah ke Larkin Terminal Bas dan Teksi, sampai kesana baru masuk waktu zuhor kedengaran azan dari surau berdekatan terminal.

Naik ke tingkat 3 komplek atas bangunan , ada banyak kedai makan keatas tu rupanya, tak sangka pula sebab sebelum ni tak pernah naik kat aras tu, susah lah pula nak pilih yang mana satu...at last kita orang makan kat Sri Intan  pesan makan tengahari, aku dan isteri makan nasi putih dengan asam pedas ikan tenggiri, sayur campur dan telur dadar. Anak-anak memesan nasik goreng pataya dan mee tomyam.., minuman kami memesan air kelapa pandan dan ABC..... memang sedap-sedap minuman dan makanannya...next time kalau kesini boleh makan disini lagi.




Lepas selesai makan tengahari jam pun sudah menunjukkan pukul 2.15 petang, kami terus ke Hote Seri Malaysia yg terletak tidak jauh dari terminal tersebut untuk daftar masuk, kami menyewa satu bilik keluarga dan satu bilik biasa yang bersambung (link room) dengan bayaran yang berpatutan..... kami dapat discount sepuluh peratus lagi.... ok lah bagi kami yg pergi jalan tanpa persiapan yg rapi..kira-kira macam bidan terjun jer...hehehehe....

bilik ditingkat satu dan mendapat kupon sarapan utk 5 orang keesokan pagi nya..biliknya luas dan selesa sesuailah untuk kami bertujuh ...OK lah tu ...kawasan parkirnya pun luas...

Selepas solat kami keluar semula ke terminal bas dan teksi larkin, isteri dan kak ipar nak window shoping kat aras satu terminal tersebut dimana terdapat banyak kios dan kedai menjual keperluan dan pakaian utk kaum hawa.... biasalah diaorg kalau dah dpt ke tempat macam tu....letih juga menunggunya selesai.

kira-kira pukul 6.30 petang selepas mem selesai window shoping. kami mula bergerak ke Kempas untuk mencari restoran makanan laut dan ikan bakar berdekatan dengan lebuhraya JB - Senai , berdekatan Hospital pakar.... tempatnya tak lah jauh sgt tapi aku berharap sepenuhnya paduan dari GPS aku yg tak berapa canggih tu , berpusing-pusing jugalah utk nak sampai ke restoran tersebut.

Sampai pun dah nak senja, sekejap tu dah masuk waktu magrib bila azan berkemundang kat TV dalam restoran tu, nama restoran dah terlupa pulak....

kami memesan sekor ikan kerapu masak masam manis, telur dadar utk 4 orang makan, tomyam campur untuk 5 orang makan, sotong goreng tepung utk 4 orang makan dan 2 ekor cencaru bakar dan nasi putih untuk 7 orang makan...

minuman pula kami memesan air durian belanda, air suam,ais kosong, milo ais, apple juice, milo volcano-blanded dan tea-O suam.

Memang sedap-sedap dan kira berbaloi juga dinner kitaorg malam tu, harga lebih kurang macam makan kat Ubai Melaka jer dalam RM 100++..... cuma malam tu ikannya tak sesegar ikan kat Umbai kerana menurut tuan punya restoran susah nak dptkan ikan segar musim laut gelora dan tengkujuh ni...


Selesai makam malam, kami tiadalah bercadang hendak kemana-mana lagi dan aku pun dah letih memandu sehari dari seremban kesini, tetapi anak sulong aku beriya iya benar nak ke JJ Teberau....kesian pula jadi pergi jugalah kesana dan GPS pun along dah setkan.....10 km juga dari Larkin tu...tak kisahlah asalkan dia puashati.

Sampai kesana , ramai sungguh pengunjungnya sampai aku terpaksa parkir kereta kat aras sekali yg tak berbumbung. Kebanyakannya mereka ni dari seberang tambak bershoping disini, tambahan pula JJ sedang membuat promosi jualan khas utk sambutan Krismas dan tahun baru , ada yg potongan sampai 70%.... anak-anak aku pun sama berebut membeli baju dan seluar jenama PADINI yg memberi potongan harga 50% - 70%.... tapi sayangnya aku tak dpt join sekali kerna takder saiz yg sesuai....dah boroi...

lebihkurang 1 jam setengah kat JJ kami pun balik semula ke Hotel berdasarkan panduan dari GPS, aku memang dah tak nampak dah laluan mana nak ikut , berpusing-pusing jugalah nak menyampaikan ke Hotel.



sesampai ke hotel, anak saudara aku membuat kejutan, menghadiahkan sebiji kek harijadi sempena harijadi anak ku yg kedua - angah.... TQ Aida Nabila . Angah semuga berazam utk menjadi anak yg berjaya dunia dan akhirat dan menghormati ibubapa serta membawa Islam dalam sepanjang kehidupan...Insyaallah...aaminnn......




Sekian perkongsian pengalaman saya ke JB dan sehingga berjumpa lagi dilain catatan
saya sudahi dengan..
Wabillahitaufik walhidayah...

8 ulasan:

  1. Wah, jadual yang sungguh padat. Berbaloi gi ke sana walau pun 2H saja... Kalau cuaca baik tentu lagi panjang langkah... :)

    BalasPadam
  2. Salam mie..,

    sesekali jadi pemandu pelancong kena bagi semua puas hati...hehehe itu pun cuaca hujan petang kalau tak lumpuh....heehehhehe

    BalasPadam
  3. Tuan,

    Menarik juga cerita di JB.Walaupun tugas saya hampir ke seluruh semenanjung, JB telah terlalu saya tidak pergi.

    Dulu-dulu selepas selesai bertugas,kami (rakan sekerja)pergi ke Woodland, Singapura dan malam baru balik ke JB.Beli laici,minyak wangi dll.

    Masa itu Sungai Senget yang mengalir di tengah-tengah JB airnya berbau teramat busuk.

    BalasPadam
  4. Salam Tuan..,

    Bolehlah ... asalkan yg di bawa jalan-jalan tu puashati.., memang ingat nak menyeberang tambak tapi 3org tak der passport tak sampai hati pulak nak tinggalkan... ada jeki boleh lah kesana jaln-jalan jer pasal duit diaorg dah jauh sgt beza dgn duit kita...

    BalasPadam
  5. rajin nye jalan2 dgn family..boleh eratkan hubungan ;)

    BalasPadam
  6. salam kemang...,

    ada peluang dan ruang utk bersama keluarga lebih-lebih lagi gi makan angin memang saya tak lepas peluang..... mesti dipergunakan sepenuhnya.....mmmmmmm

    BalasPadam
  7. salam kenal.. jemput singgah blog hamba (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca pengalaman hamba kembara ke 46 buah negara.. :)

    BalasPadam
  8. Salam kenal JK..,

    tq dtg blog ni..insyaallah saya akan jengok blog awak...

    BalasPadam