IBNU QAYYIM AL-JAUZIYAH.
Beliau yang bernama Abdurrahman bin Ali bin Muhammad Al-Jauzi Al-Qursy Al-Baghdadi Abu Al-Faraj. Seorang alim pada zamannya dalam Ilmu Sejarah dan Ilmu Hadith....dilahirkan di Baghdad dalam tahun 508 Hijriah bersamaan 1114 masihi.
Mempunyai kepakaran diperbagai bidang dan disiplin keilmuan. Beliau sangat berlainan daripada mereka yang seusianya, byk mengarang buku-buku yang bermutu dalam ukuran berjilid-jilid juga dalam bentuk buku nipis dan kecil yang mencapai jumlah 300 buah karangan beliau dan 200 tajuk buku yang ditulis tangan beliau sendiri.
Juga memiliki kelebihan dalam bidang seni tausiah/mauziah yang belum pernah didahului oleh sesiapa pun sebelumnya dan juga belum pernah diserupai dalam cara dan bentuk penyampaian, beliau juga sangat fasih dalam retorik bahasa dan kata-katanya sangat mendalami makna-makna dengan jelas dan pandai membuat pendekatan terhadap masalah-masalah yang asing dengan pendekatan persaksian dan bukti-bukti sampai pada urusan yang berperasaan, dengan ibarahnya yang cepat dan mudah difahami dan mudah diketahui, beliau juga mampu mengumpul makna-makna yang banyak dalam kalimat-kalimat yang mudah.
Di dalam antara karangan beliau yang bertajuk "PENYAKIT DAN PENAWARNYA" ( adalah terjemahan dari kitab asalnya berbahasa arab ) membincangkan kesan dan akibat daripada dosa-dosa, namun beliau menghuraikan ehwal penawarnya melalui kaedah Al-Quran dan as-sunnah.
Dosa merupakan akibat dari suatu pelanggaran hukum Allah yang dilakukan oleh makhluk , namun sekalipun setiap seseorang mempunyai dosa yang bilangannya mencapai bilangan buih di lautan namun Allah dengan ZatNYA Yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani, maka tetap ALLAH akan mengampuni dosa-dosa selagi hamba-hamba NYA sedar dan bertaubat dari melakukan dosa , samada dosa besar mahupun dosa kecil sengaja maupun tidak.
Persoalannya, apakah dengan bagitu seseorang itu boleh melakukan dosa secara terus menerus atau sengaja melakukannya?...
Dosa adalah sesuatu yang amat merbahayakan dan merupakan malapetaka yang mengundang dan bakal menimpa pelakunya sama ada di dunia maupun di akhirat.
Buku ini boleh menjadi panduan bagi pembaca yang berminat dan ingin mengetahui hakikat tentang dosa dan pengaruhnya bagi kehidupan dunia dan akhirat...Allahua`lam.
Sekian buat perkongsian infomasi buat kali ini sehingga berjumpa lagi dilain masa ..Insyaallah.
Yang baiknya dtg daripada Allah dan yg buruknnya dari kelemahan saya sendiri...
saya sudahi dengan wabilahitaufik walhidayah serta tasbih kifarah...
kalau lepas baca pasal kesan dosa ni, insaf dan hati2 bila buat sesuatu.
BalasPadamlps2 tu terbuat dosa lagi..
kita perlu diingatkan selalu.
kene cari buku tuh.. urmm. pustaka salam jom.
BalasPadamTq for sharing the info...
BalasPadamSalam Ujie..,
BalasPadammemang kita ini insan yg lemah dan terburu-buru....
ingat mengingati sesama insan adalah tanggungjawab dan amanah kita..... Allahua`lam
semuga Allah memberi kita petunjuk dan kekuatan...Insyaallah...aaminnn
Salam L..,
BalasPadamBuku yg saya ada ni diedarkan oleh Wholesale-mart Business Point Sdn Bhd..
Salam Mie..,
BalasPadamURWC benda yg baik elok kita kongsikan bersama...
Tuan,
BalasPadamUlamak terdahulu 'alim betul.Mampu mengarang berjilid-jilid kitab.
Keterampilan mereka; ada janggut, memakai serban dan berjubah. Sejuk mata memandang.
T.Kasih di atas info ini.
Salam Tuan Ujang..,
BalasPadamMemang mereka sgt tawaduk dan punya misi yg jelas untuk semua umat....
sedih kerana semakin ramai muslim masa kini mensia-siakan segala usaha Ulama masa lalu...Allahua`lam...
Terima kasih kerana suka dgn perkongsian info tersebut..