Jumaat, 25 November 2011

Al-Imam Hasan Al Banna - Pejuang Islam, Pendakwah tulin dan Mujadid abad ke 20.



Salam Sejahtera buat Muslimin dan Muslimat sekalian , sempena hari Jumaat yang mulia ini saya mengajak semua pengunjung blog saya ini untuk menghayati kisah hidup dan perjuangan pejuang Islam, Pendakwah tulin dan Mujadid terulung abad yang 20 iaitu   Al-Imam As syahid Hasan Al-Banna.

Hasan Al Banna dilahirkan pada tahun 1906 di pekan Mahmudiyah, negeri Buhairah, Mesir. Ayahnya, Ahmad Abdul Rahman Al-Banna, graduan Universiti Al-Azhar, adalah seorang alim dalam bidang hadis dan merupakan penulis beberapa kitab mengenai hadis terutamanya kitab Fathul Rabbani li Tartib Musnad Imam Ahmad bin Hanbal. Hasan Al-Banna dibesarkan didalam keluarga yang taat kepada perintah Allah s.w.t.


Al-Imam Hassan Al-Banna

Setelah mendapat pendidikan rendah dan menengah di Mahmudiyah dan menghafal Al-Quran, beliau melanjutkan pelajarannya pada tahun 1923 di Darul Ulum (Fakulti Islam Universiti Kaherah), seperti di Mahmudiah, beliau terlibat dalam gerakan dakwah Islam di Kota Kaherah dalam berhadapan dengan arus budaya barat yang melanda kotaraya itu, sepertimana jugayang sedang melanda tempat-tempat lain di seluruh Dunia Islam yang sedang dijajah oleh barat dan komunis ketika itu.

Beliau tamat pada tahun 1927 dengan mendapat tempat pertama dan ditugaskan sebagai guru di bandar Ismailiyah, tebing Terusan Suez yang menjadi tumpuan penjajah British kerana kedudukannya yang strategik di peringkat antarabangsa. Disana beliau melihat sendiri penghinaan yang tertimpa keatas umat ISlam kesan dari kejahilan dan kelemahan umat itu sendiri di satu pihak dan kekuatan penjajah kafir yang mencengkam umat Islam di satu pihak yang lain.

Sheikh Ahmad Abdul Rahman al-Banna
ayahanda Al-Imam Hasan AL-Banna

Di Ismailiyah, beliau berdakwah di kedai-kedai kopi yang menjadi kunjungan orang ramai yang leka di zaman itu, kemudian membawa dan mendidik mereka ke masjid-masjid sehinggalah pada suatu hari dalam bulan Mac 1928 (Zulkaedah 1347 Hijriah) bersama-sama dengan enam orang yang ikhlas dan bersungguh setelah mendapat pengajaran-pengajaran Hasan Al-Banna, mereka menubuhkan Jemaah Ikhwan Muslimin. Pada dekat 1940an, dakwah Ikwan Muslimin telah tersebar keseluruh negara-negara Arab dan selepas itu hampir keseluruh dunia.


Ciri terpenting pemikiran dan usaha-usaha Hasan Al-Banna dan jemaah Ikhwan Muslimin dari hari pertam ia ditubuhkan ialah kembali kepada ajaran Islam yang asal berdasarkan dua sumbernya yang asli iaitu Kitab Allah Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w dan adalah menjadi satu kemestian menumpukan usaha dan tenaga ke arah membina suatu generasi beriman yang memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar. Islam adalah agama dan negara, ibadah dan jihad, syariah dan peraturan yang menyusun manusia disemua aspeknya. Islam merangkumi kesemua bidang pendidikan, kemasyarakatan, ekonomi dan politik.

Isu penjajahan keatas Palestin oleh musuh-musuh Islam dengan dokongan Kuasa-Kuasa Barat mendapat perhatian yang penting di dalam dakwah Ikhwan Muslimin berdasarkan kedudukan Palestin dan Masjidil AQsa didalam aqidah Islam serta faktor-faktor geografi, sejarah, ekonomi, sosial dan ketenteraan. Sejak Revolusi Palestin yang tercetus oleh umat Islam dalam tahun 1936, Ikwan Muslimin menjadi faktor utama dalam usaha penetangan terhadap Israel Yahudi dan Kuasa-Kuasa Barat yang mendukong penubuhan negara haram tersebut.

perang Arab-Israel 1948


Pada tahun 1948 negara HARAM israel diistiharkan dan perang Arab-israel meletus. Hasan Al Banna turut menghantar sebahagian anggota IKwan Muslimin seramai 12 000 orang berjihad dan terlibat bertempur dari arah Mesir di barat, dari arah Syria di timur dan mengalahkan tentera yahudi dalam banyak pertempuran-pertempuran strategik. Ini membuka mata Kuasa-Kuasa Besar penjajah yang sedang menguasi dunia arab dan Islam ketika itu akan bahayanya Ikwan Muslimin terhadap matlamat mereka untuk menguasai umat dunia dan menghapuskan Aqidah Islam.

Pihak penjajah mengarahkan raja Mesir, Raja Farouk dan Kerajaan Mesir untuk mengharamkan pertubuhan Ikwan Muslimin dan memenjarakan kesemua ribuan anggotanya yang pulang jihad tersebut.

Pada 12 Februari 1949 M bersamaan 14 Rabiul Akhir 1368 H, setelah bersolat Magrib dan keluar dari bangunan pejabat pertubuhan Syubban Muslimin, Hasan Al Banna ditembak di Jalan Ramses dan dibiarkan tanpa rawatan di Hospital Qars Aini, Kaherah sehingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Maka pergilah salah seorang pendakwah dan mujaddid terulung di Abad ke 20 ini, menemui Allah sebagai salah seorang syahid setelah mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin yang memberi sumbangan besar kepada umat Islam dan sangat berpengaruh di zaman ini.



Sekian perkongsian maklumat sehingga berjumpa lagi dilain catatan
saya sudahi dengan
Wabillahitaufik Walhidayah

10 ulasan:

  1. terlalu hebat perjuangannya demi islam..

    BalasPadam
  2. Sukar mencari tokoh sepertinya pada masa ini...

    BalasPadam
  3. Salam Ujie..,

    Subhanaullah...semuga Allah menempatkan rohnya bersama para syuhada`.....Insyaallah...aaminnn

    BalasPadam
  4. salam mie..,

    memang tiada yg setandingnya di era ini....mudah-mudahan kita dpt bersama-sama berjuang utk Islam dan dunia sejagat...

    BalasPadam
  5. Tuan.

    Beliau syahid dalam usia agak muda,yaani 43 tahun di atas keyakinannya.

    Al-Fatihah.

    BalasPadam
  6. syukran jazakallah khairan kathira tuan atas perkongsian ini. Hasan Al-Banna - semoga rohnya bersama roh para solihin, para muqorabbin

    BalasPadam
  7. like en3 nieh..=)

    silap link smlm... hehhe

    jom baca kejap..=)

    http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/pandai-sangat-dah-kan.html

    BalasPadam
  8. Salam Tn Ujang...,

    benar tuan ... ketika rakyat mesir dan umat islam seluruh dunia memerlukan beliau utk berjuang bersama dalam memperjuangkan agama islam yg mulia...

    Al-Fatihah...

    BalasPadam
  9. salam nahmy..,

    Mudah-mudahan....aaminnn

    BalasPadam
  10. Salam L..,

    Salam Maal Hijrah 1433....semuga terus menjadi hamba yg tawaduk...Insyaallah..aaminnn

    BalasPadam