Jumaat, 24 Februari 2012

ROSAK AMALAN kerana ingin dipuji







Dalam sirah Rasulullah s.a.w menerusi kisah kematian Qazman, seorang yang menyamar sebagai Muslim, berjuang bersama-sama dengan para sahabat. Sedang hatinya menyertai para sahabat hanyalah bertujuan mendapat jolokan pejuang yang berjiwa bangssa Arab untuk menjaga kepentingan Yathrib. Penyertaannya hanyalah untuk dipuji orang. Akhirnya beliau telah berjaya membunuh ramai musuh yang menyerang Madinah.

Walau bagaimanapun, Nabi s.a.w agak keberatan menyebut kematiannya sebagai salah seorang syuhada. Akhirnya Nabi s.a.w dengan tegas mengatakan dia mati sebagai seorang kafir yang tidak diterima usahanya sedikit pun disisi Allah s.w.t. Kenyataan ini disokong oleh seorang sahabat yang menyaksikan bahawa Qazman ini telah membunuh dirinya sendiri dengan pedang yang dimilikinya kerana kesakitan daripada luka yang dialaminya dalam peperangan uhud.




Ini amat berbeza dengan keadaan seorang lagi perajurit Islam dalam kalangan sahabat yang bernama Usayrim r.a yang memeluk Islam agak lambat. Walau bagaimanapun beliau telah menjejaki syurga dengan ketulusannya beriman kepada Allah s.w.t dan Rasul s.a.w.
Nabi pernah bersabda yang bermaksud ; " Usayrim ialah ahli syurga walaupun tempoh keislamannya amat pendek dan beliau belum pernah solat walaupun satu rakaat".

Kedua-dua personaliti ini berbeza kerana Qazman adalah suatu gambaran manusia yang menderita seperti pengembara yang mengharapkan kewujudan air di tempat yang amat payah menemuinya, sedangkan Usayrim r.a ialah seorang bertaraf sahabat yang menyahut panggilan fitrah dalam dirinya, ianya lantas menyertai Nabi s.a.w walaupun belum sempat berbuat apa-apa amalan termasuk solat.

Semuga kita semua dapat mengambil pengajaran dari kisah ini dan diberi kekuatan oleh Allah s.w.t menjadi seorang yang betul-betul ikhlas dalam menjadi kehidupan di Dunia ini dan Alam Akhirat selama-lamanya... Inyaallah....aaminnn...

saya sudahi dengan tasbih kifarah:


 * rencana dipetik dari Majalah Solusi Isu no.35.

4 ulasan:

  1. ingatan yg baik utk kita..
    sbg manusia, rasa suka pd pujian mmg sesekali terlintas juga.

    BalasPadam
  2. Salam Ujie..,

    sbg manusia biasa punya nafsu memang mendapat pujian itu satu keinginan..... semuga senantiasa dapat beristiqfar bagi menyuci segala dosa...Insyaallah ..... aaminnn

    BalasPadam
  3. Realitinya begitulah...

    Ada juga orang yang mempergunakan orang lain untuk mendapat nama...

    I think u know who is that person...

    BalasPadam
  4. Salam mie,

    Memang kat dunia ni tiada keadilan hakiki....

    BalasPadam