Isnin, 2 Ogos 2010

Menara Taming Sari, Melaka

Kena ke Melaka  pasal petang ni nak gi jemput wife balik dari Kursus kat NAZA Hotel 3 hari, lepas jer anak-anak balik dari sekolah...aku siap -siap lepas magrib terus bertolak ke sana melalui PLUS ke selatan... aku masuk exit air keruh sampai sana lebih kurang kul 9.30 malam gitu..

pusing-pusing gak aku carik hotel tu..yer laa hari dah malam kan 2, 3 kali gak laa aku berpusing kat Bandar Melaka tu... akhirnya aku tanya kat restoran tu diaorg cakap sebelum jejantas belok kiri lepas tu sebelum sampai jabatan tengok kiri hotel tu sebelah kiri bersebelahan dengan pasaraya The Store kalau tak salah aku.. so aku drive dan suruh anak aku yg sulong perhatikan kat mana Hotel NAZA tu.... memang betul punya laa senangnya jumpa ..padhal sebelum tu dah 3 kali kami lalu kat situ boleh tak perasan...mmmmm.

Malam tu tak der gi mana-mana pasal dah larut sgt so tido jer laa .... lepas park keta kat pakir Hotel Naza tu.. naik lift yg kat belakang tak guna lift lobi.... segan pasal menumpang jer.. hehehehe..

pagi tu awal-awal lagi dah bangun tido lepas jer solat suboh terus turun lobi gi breakfast buffet hotel tu.. byk gak pilihan.... aku cam biasa laa rasa semua hidangan serba sedikit mana yg sedap..... mmmmm ... memang sedap sokmo... tak tau laa diaorg carge berapa RM satu kepala... aku kira numpang jer... wife aku sarapan ckit jer pasal dia urusetia terpaksa bergegas ke bilik seminar sbb hari ni last presentation peserta kursus jabatan dia...

lepas sarapan aku ngan anak bujang aku naik semula ke bilik ...lepak sat tengok tv ..dlm kul 10 pg gitu kita org kuar gi Bandar Hilir....
kita org gi naik menara Taming Sari tu..... sampai sana lebih kurang kul 10.30 gitu.... pusing-pusing carik pakir dapat satu yang dekat ngan tempat jual tiket parkir tu....
lepas semua urusan pakir dah selesai kitaorg terus gi beratur ambil tiket untuk naik Menara Taming Sari tu..    ..... tunggu turn lebihkurang 7 minit... kitaorag nyer turn pun sampai ... ramai gak org yg berkunjung kat menara ni..
kalau tak salah satu group tu lebih kurang dalam 66 org termasuk 3 org krew yang control menara tu.... BEST.... aku suka naik menara ni ...tapi tu laa sekejap sgt dah turun balik...
dari bawah dia terus naik terus keatas puncak lepas tu ..dia berpusing 2 pusingan dan kita leh lihat panorama bandar melaka 360 darjah ..selepas selesai 2 pusingan tu dia mula menurun kebawah perlahan-lahan.... tapi memang tak puas laa kalau sekali jer naik menara taming sari ni....

Fakta pasal menara taming sari ni lebihkurang camni laa...
tinggi - 110 meter sampai puncak.
viewing  - 360 darjah pada ketinggian 80 meter dr aras laut.
teknologi - swiss
masa berada dlm menara - 7 minit
tiket - warganegara RM 20 dewasa.
       - warganegara RM 10 kanak-kanak.
waktu operasi - 10 pg sampai 10 mlm.
mula operasi - 18 april 2007.
harga pembinaan - RM 23 juta












lepas naik menara ni kitaorg pi la jalan jalan kat komplek berdekatan dan kawasan sekitarnya.....sedang dok seronok jalan wife aku pulak call .... dia dah ready nak balik pasal semua org dah check out dan siap siap nak balik..... aku pun bergegas balik semula ke Hotel..... dalam kul 3 ptg lepas solat zuhor kita org pun berangkat balik ke Sban.... ....... sampai disini dulu buat kali ini..jumpa lagi dilain catatan...... sorry laa lambat postkan catatan ni.......... layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....

1 ulasan:

  1. Kos untuk naik menara tu agak mahal dan tempoh berada di atas pun kejap je, rasa macam tak berbaloi. Apa akan jadi jika sistemnya rosak, tersangkut atau tak mahu turun? Benda masih baru ok la. Lagipun kos pengurusannya agak tinggi. Kalau buat macam menara KL aku rasa lebih baik.

    BalasPadam