Selawat dan Salam buat Rasulullah s.a.w nabi junjungan...
bertemu lagi di catatan perjalanan ini....
setelah selesai keperluan di tandas kami masuk sebentar ke Mini market , melihat-lihat keperluan dan makanan untuk bekalan sepanjang perjalanan berikutnya dari sini Trang ke Aonang, Krabi setengah lagi perjalanan yang perlu dilengkapkan.
mini maket ini boleh kata menjual banyak produk IKS Thailand dan kebanyakannya makanan Halal dan kami membeli beberapa paket makanan ringan dan Kek buah-buahan...sempat juga memesan minuman panas untuk diminum disudut yang disediakan.... dapat juga melegakan keregangan sepanjang perjalanan tadi.
...cukup masa setengah jam yang diperuntukan, kami pun berkumpul semula dan menaiki van yang akan membawa kami menyambung perjalanan ini yang di jangkakan mengambil masa kurang lebih 2 jam lagi untuk sampai ke Krabi seterusnya ke Pantai Aonang di mana kami bercadang bermalam disitu...
Perjalanan melalui lebuhraya 4 , selepas meninggalkan R&R Trang kami melencong masuk ke Jalan 403 iaitu jalan pintas terus ke Wang Wiset tanpa perlu melalui persimpangan Huai Yot jalan untuk ke Utara kerana kami hendak ke pantai barat Thailand.
Syukor Alhamdulillah keseluruhan perjalanan cuaca amat baik dan sedikit hujan sebelum menghampiri Wang Wiset...seterusnya kami melintasi Khlong Thom... sepanjang jalan melalui kampung dan ladang getah... kawasan ini dilanda banjir pada bulan sebelum kami ke sana...
Akhirnya setelah hampir 2 jam perjalanan yang agak memenatkan akhirnya kami tiba di persimpangan menuju ke Bandar Krabi sebelum itu kami melintasi Lapangan Terbang Krabi...setibanya di Bandar Krabi kami singgah di deretan kedai yang terdapat disitu pejabat agen perlancongan yang mana kami perlu membuat tempahan van untuk kembali semula ke Hatt Yai pada petang kesokan harinya.
setelah urusan tersebut selesai kami meneruskan perjalanan ke Pantai Aonang yang mengambil masa lebihkurang 20 minit.... setelah menyusuri jalan yang agak sempit dan berliku kami pun tiba di pekan Aonang dimana di kiri dan kanan jalan nya terdapat Hotel , Resort dan Chalet yang mahal dan sederhana...
Akhirnya sampai juga ke Pekan Aonang dan van yg kami naiki berhenti betul-betul dihadapan penginapan yang kami tempah " Guitar Residance".... dan urusan "check-in" pun dibuat selepas masing-masing memunggah "backpack" dan memasuki bilik masing-masing....
bilik aku jauh terasing dari bilik mereka yang lain yang terletak sederet dan balkoninya menghadap jalan besar dan laut.... bilik aku menghadap hutan kerana ianya terletak di bahagian belakang...tapi tak kisah lah ..asalkan selamat dan selesa untuk tidur semalam disitu....
Selepas selesai tunaikan solat jamak qasar kami pun bersiap untuk mendapatkan boat untuk menjelajah 5 pulau besar yang terdapat di perairan laut andaman yang menghadap pantai Aonang...
sekian catatan buat kali ini hingga jumpa lagi dilain catatan...
menjelajah pulau disekitar laut andaman Aonang.....
Selawat dan Salam buat Rasulullah s.a.w...
Layannnnnnn......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan