Selasa, 21 Jun 2011

Ziarah dan Umrah Jun 2011 - Bah.1.




Syukur Alhamdulillah bertemu semula selepas 23 hari menyepi di alam maya ini..... Syukur teramat syukur jua khas buat Allah subhanawataalla kerana memperkenan kan perjalanan saya sebagai tetamunya dengan harapan bahawa segala amal ibadat selama ini diterima serta diampunkan segala kesalahan dan dosa - Insyaallah.....aaminnn....


Perjalanan menyahut jemputan NYA bermula pada 31hb Mei 2011 pukul 10.00 malam dari TTJ Seremban, memandu sendiri menuju ke KLIA bersama isteri, kakak ipar dan anak buah.... mudah-mudahan perjalanan ke sana direstui dan dilindungi Allah...Insyaallah...aaminnn.






Saya kesana  melalui Syarikat SMS Tours - HajiUmrah.com  yang menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan BIMAN Air Lines - Syarikat Penerbangan Bangladesh...., pada asalnya syarikat bercadang menggunakan Syarikat Penerbangan Pakistan - PIA tetapi terdapat kekurangan kekosongan tiket bagi peserta yang berjumlah 86 orang yang turut menyertai Program Ziarah dan Umrah ini...jadi hasrat itu terpaksalah dilupakan.




Peserta berkumpul di KLIA pada pukul 11.30 malam, disini peserta diserahkan beg sandang kecil, tanda nama, passport dan boarding pass, selepas itu serba sedikit penerangan diberikan oleh wakil syarikat berkenaan pakej ziarah dan umrah ini serta jadual waktu terkini semua aktiviti sepanjang program tersebut yang akan dijalankan dan seseorang telah dipilih sebagai penghulu bagi melincinkan lagi semua proses sepanjang program dilaksanakan . Sekitar pukul 1.00 pagi semua peserta diarahkan "check-in" setelah semua urusan luggage telah selesai diurus oleh pihak syarikat.

Tepat pukul 3.00 pagi 1 Jun 2011 pesawat yang membawa semua peserta selamat berlepas meninggalkan lapangan terbang antabangsa KLIA menuju distinasi DAKKA....

Sekian catatan perjalan kali ini...jumpa lagi di catatan perjalanan hari kedua Ziarah dan Umrah Jun 2011.

Insyaallah.....aaminnn...