Khamis, 21 Julai 2011

Ziarah dan Umrah Jun 2011 - Bah 5




Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan Rasulullah S.A.W

King Abdul Azizi International Airpot


Bas yang kami naiki bergerak pukul 7.00 pagi waktu tempatan, melalui beberapa sekatan keselamatan sebelum sampai ke Lebuh Raya Utama ke Madinah, rombongan kami seramai 86 orang yang menaiki dua buah bas meluncur laju menuju ke Utara ......

Pemandangan sepanjang perjalanan hanya lah padang pasir dan tumbuh-tumbuhan yg hidup digurun dan bukit-bukit batu pejal bagi besi.




Kira-kira pukul 9.30 pagi bas kami berhenti  di sebuah stesyen rehat dan rawat lebuhraya yg menghubungkan Jeddah, Madinah dan Mekah, untuk sarapan pagi atau mereka yang ada keperluan ke bilik air.

minimarket sebaguna 24 jam

2 lot kedai makan makanan arabbbb......

Tempat sederhana saja terdapat disitu 2 lot kedai makan dan sebuah kedai serbaguna yang dibuka 24 jam..., kami tak perlu membeli apa-apa makanan atau minuman kerana semua keperluan sarapan pagi telah pun   dibekalkan oleh Syarikat Hajiumrah.com dan disediakna oleh pembekal  makanan di Jeddah.

Aku......dan....

.....  Isteri, kakak ipar dan anaknya

Kami berhenti rehat disini selama 45 minit dan bergerak semula lebihkurang pukul 10.15 pagi...terus meluncur laju menuju Madinah Al Munawarah..... yang hanya tinggal 300 km lagi....semuga selamat sampai kesana InsyaAllah..... tak sabar rasanya mahu menziarahi Mu ya Rasulullah S.A.W.







Setelah mengharungi perjalanan sepanjang lebihkurang 500 KM, bas kami memasuki bandar Madinah lebihkurang pukul 12.15 tengahari dan terus menuju ke Hotel yang telah ditempah lebih awal oleh Syarikat Hajiumrah.com untuk penginapan kami selama berada di Madinah.

Masjid Nabawi dari celahan Hotel Al-Aours Palace...

Sayu, Sebak dan Gembira bila aku lihat Masjid Nabawi tersegam di depan mata yang mana selama ini hanya dilihat melalui media massa dan media elektronik sahaja...
Subhanallah..., Alhamdulillah..., Allahu Akbar...... akhirnya Syukor kepada MU ya Allah aku tiba juga kesini, bumi yang mulia ini ya ALLAH untuk bertemu Kekasih Mu..... semuga Engkau berkati dan permudahkan aku selama aku di sini ya ALLAH, dan berikanlah kesabaran kepada ku atas segala ujian MU ya ALLAH, jika KAU uji aku disini biarlah ujian itu yang termampu ku hadapi ya ALLAH dan ampunilah segala dosa ku ya ALLAH, sesungguhnya Engkau lah saja penerima taubat.... ameen.....

Sekian catatan buat kali ini , bertemu lagi dicatatan yang lain...InsyaAllah...
Selawat dan Salam buat Mu ya Rasulullah S.A.W...

Wabillahitaufik walhidayah..
Wassalamualaikum Warahmatullahi wabarokatuh...



7 ulasan:

  1. R & R nya tidak sebaik apa yg ada di tempat kita. Sepatutnya lebih banyak kemudahan disediakan..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mie..,

    sepatutnya bagitu lah...tapi aku tengok kenderaan tak sesibuk disini..mungkinlah semasa aku kesana bukan musim haji...kalau tak mungkin banyak..

    memang kalau dibandingkan dgn R&R disini jauh lebih baik dan punya banyak pilihan..

    allahualam

    BalasPadam
  3. wondering bila la dapat seru pegi umrah..pakej satu kpale brape k bro azmnor?

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Kemang,

    Insyaallah ada rezeki nanti pasti akan dapat kesana...ameen.

    kalau pakej bukan cuti sekolah atau bulan Ramadhan dalam RM5000 semua sekali....bawak lah duit poket dalam RM 1300.00 = SR 1600 cukup tu...
    Saya dulu pakej budjet cuti sekolah RM 5300 selama 15 hari termasuk perjalanan... duit poket dalam SR 2000 ....

    BalasPadam
  5. Kemang...,

    bro dulu naik BIMAN Air...transit Dakka...kalau direct naik MAS atau Saudi Air mau sampai RM 6000.00 rasanya..

    BalasPadam
  6. kagumm kann leh gi tengok kaabah.. alhamdulillah tewww

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum en_me..,

    Betul ...sungguh menyentuh kalbu...dan kita tau siapa diri kita...

    sungguh mengesann kann bila ziarah Rasulullah S.A.W dan Baitullah...

    BalasPadam