Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, Selawat dan salam buat Nabi Junjungan s.a.w.
Lama dah saya membeku tanpa entri ... tergerak pula tangan ini untuk menulis semula pengalaman perjalanan ke Negara Gajah Putih walaupun berjiran dan bersentuh sempadan saya tidak pernah melintasinya walaupun pernah menjejakkan kaki hingga ke ambang sempadannya.... samada di negeri Cik Siti Wan Kembang maupun di Negeri kaya bijih atau negeri Perlis/Kedah.
Perjalanan saya ini tidaklah melintasi sempadan melalui daratan sebaliknya melalui udara ...... bermula dari KL Central ke LCCT dan dengan pesawat AirAsia ke sana.
Bergerak dari rumah di Seremban pukul 8.00 pagi dan sampai ke KL Central pukul 9.15 pagi, sarapan pagi dan menunggu teman seperjalanan ke Hatt Yai . Kami bergerak ddari KLC pukul 9.30 pagi dan sampai ke LCCT pukul 10.15, berkumpul disana dan terus "check-in" . Pesawat AK 890 berlepas dari LCCT pukul 11.45 pagi.
Pagi tu cuaca agak berjerebu dan berawan, aku rasa macam tak selesa dengan cuaca yg bagitu dan pesawat bergerak dalam keadaan yg agak kurang licin.... ( ni masalahnya suka sgt tengok MAYDAY, MAYDAY dlm youtube...).
namun bagitu cuaca di Hatt Yai sangat baik dan cerah dan pesawat AK890 mendarat dengan selamatnya pukul 12.10 minit waktu tempatan
Setelah bergambar serba sedikit kami pun segera keluar dari lapangan terbang Hatt Yai tanpa perlu untuk menunggu luggage kerana kali ini kami mencuba dengan hanya menggunakan backpack sahaja, rasanya lebih mudah dan tak perlu membuang banyak masa untuk mengambil luggage.
Terus berurusan mengambil pengangkutan ke Hotel dan menunggu kira 20 minit untuk mendapatkan sebuah Van kerana kami kali ini berjumlah 7 orang dan perlu menggunakan 2 teksi ke Bandar Hatt Yai... maka dengan van kami dpt menjimatkan kos.
15 minit kemudian lebih kurang kami pun sampai ke Tune Hotel, HattYai... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, kerana kami sampai ke Hotel awal jadi kami mengambil keputusan untuk mencari restoran halal untuk mengisi perut yg telah mula berbunyi.
Setelah menumpangkan beg masing-masing disitu sementara menunggu waktu check-in pukul 2.00 petang kami pun keluar mencari restoran halal dikawasan berdekatan,
..... akhirnya jumpa juga satu restoran HALAL kira 100 meter dari hotel.... kami pun orderlah apa saja yang teringin nak makan...disini yg specialnya masakan tom yam nya dan dessert nya.
sampai disini dulu nanti sbg lain dilain entri....
layannnnnnnnnnnnn.....
Ni satu group dgn en.mie eh?
BalasPadamSalam Ujie...,
BalasPadamhehehehe..haah teman sepengembaraan...
Salam Ramadhan Bro...selamat berpuasa...
BalasPadamSalam ramadhan Bro...selamat berpuasa dan selamat hari raya aidil fitri minal aidil walfaizin.
BalasPadamsalam ziarah jer .. hehee
BalasPadam