Jumaat, 12 Julai 2013

Kenapa Kita Perlu Bersahur


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 
Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan S.A.W
 
Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu
bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk
berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan
... doa mereka.

Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi
keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada
memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk
mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya,
mereka juga akan memperolehi berkat yang
diturunkan pada sepanjang hari mereka
melaksanakan ibadat tersebut.

Berikut adalah enam kelebihan bersahur di bulan
Ramadhan.

1. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah
kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah
berkat

2. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah
kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang
berkat

3. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbezaan
antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli
Kitab ialah kita makan sahur

4. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan
sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa
pada siang hari dan qailulah (tudir sekejap) pada
siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan
untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas

5. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya
Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang
bersahur – hadis dari Ibnu Umar

6. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah
umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana
mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan
sahur

7. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu
berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya
walau pun dengan meminum seteguk air kerana
sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas
mereka yang bersahur.

Bersahurlah walau hanya sebiji kurma dan segelas air....
 
Sekian buat kali ini untuk perkongsian ilmu
InsyaAllah jumpa lagi di lain n3..
 
Selawat dan Salam Buat Nabi Muhamad S.A.W
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan