Isnin, 2 Mac 2015

Sidoarjo - Tanggul angin - Lapido - Malang



Selepas selesai makan tengahari kami pun   menyambung semula kembara  kami hari ke dua di JATIM.....tujuan utama kami juga distinasi kami hari ini adalah Malang.

Tetapi kami   mengambil kesempatan ke Malang untuk singgah di Tanggul Angin untuk melihat hasil barangan kulit buatan tempatan yang tersohor, seperti beg, jaket, wallet, tali pinggang juga kasut...tambahan pula ada sahabat di Malaysia yang mengirim utk membeli sehelai jaket kulit...kebetulan...

Pada pemerhatian kami memang barangan kulitnya bermutu tinggi dan harganya yang berpatutan, jahitannya kemas dan potongan cantik dan terkini...pada mulanya memang saya ada berminat untuk membeli sehelai jaket atau sepasang kasut tapi apabila melihat budget yang tak berapa "cantik" saya hanya memendamkan hasrat tersebut....tak per lain kali aku dtg lagi dgn budgetnya sekali...

walaubagaimana pun saya bersyukor kerana dapat memenuhi hasrat sahabat di Malaysia untuk memiliki sehelai jaket sapi dengan harga 660.000 InRp.... that Ok masih murah jika dibandingkan dgn di Malaysia.

selepas berada disekitar Tanggul Angin selama 2 jam dan setelah selesai menunaikan kewajipan kepada yang Esa, kembara  kami bergerak semula ke distinasi seterusnya.


 
dalam perjalanan ke Malang dari Tanggul Angin , kami sempat singgah melawat dan melihat Wisata Lumpur Sidoarjo ( LUSI ) , yang lebih dikenali sebagai Lumpur Lapindo...
 
Adalah dikisahkan disini terdapat 16 perkampungan yang telah tenggelam dan musnah oleh limpahan lumpur dan air panas dari suatu lobang yang di korek oleh sebuah pengusaha carigali "emas hitam" di kawasan ini...bencana ini muncul apabila yang diharapkan lain tapi yang keluarnya lain...maka dengan kuantitinya yang banyak dan berterusan telah menyebabkan seluruh penempatan di sini dan berdekatan telah tenggelam dan musnah.

 
 
...bagi menghalang akan bencana ini menjadi lebih buruk lagi maka pihak berwajib dan yang bertanggungjawab telah mengambil anisiatif menambak  kawasan ini dari tidak menenggelami kejiranan lain yang berdekatan...dan takala saya melihatnya pada 31 Januari 2015 tembok berkenaan telah mencecah ketinggian 3 tingkat bangunan lebihkurang 45 kaki.
 
sewaktu kami menjejakkan kaki di tebing perbatasan kawasan lumpur angin bertiup dengan amat kencang dan merasakan seperti mau diterbangkan...kawasan lumpur kelihatan sangat luas dan kelihatan seperti telah keras dan pada kejauhan kelihatan asap putih masih lagi keluar dari lubang yang dipercayai bermulanya lumpur dan air panas ini keluar...


 
 
sungguh simpati dengan nasib yang menimpa penduduk di Lapindo ini, namun bagitu hasrat kami untuk berkongsi rezeki pada mula bertukar menjadi ketakutan atas sikap dan cara mereka seolah-olah seperti mendesak dengan tingkah laku secara fizikal yang agresif...
 
dan ketika kami ingin memasuki kawasan Lumpur Lapindo ini kami dikenakan bayaran sehingga 50.000 IdRp...bukan jumlah itu yang kami pertikaikan tapi cara nya seperti memeras itu menjadikan kami takut dan tidak akan mengunjunginya lagi pada kesempatan akan datang... dan sudah pasti memberikan imej yang buruk kepada industri Wisata di situ... 

 
 
 dan kami bergerak semula dari Lapindo ke arah Malang, perjalannya yang agak panjang juga sekitar kurang lebih 100 KM dalam keadaan hujan yang agak lebat tambahan dengan aliran kenderaan yang amat sibuk ( macet) dari kedua-dua belah arah samada masuk atau keluar walaupun ketika itu hari sudah petang (sore) tapi kenderaannya masih banyak dan ada dibeberapa tempat sehingga berhenti (macet banget)sepenohnya dan bergerak semula dalam jangka masa yg agak panjang...
 

 
Dalam perjalanan sebelum hujan bermula kami sempat singgah di sebuah Masjid Abdullah Cheng Ho yang agak besar yang terletak di Pasuruan, tetapi sebaik saja singgah dan ber"Posing" hujan pun turun dengan lebatnya, kerana tidak dpt berbuat apa-apa akhirnya kami mengambil keputusan menyambung perjalanan kembara kami ke Malang.


 
 
Sepanjang jalan ke Malang hujan turun berterusan ditambah lagi dengan aliran trafic yang sibuk dan bertali arus, perjalanan dirasakan amat jauh dan membosankan sekali tiada apa yang dapat dibuat dan tiada gambar yang dapat ditembak.....badan pun telah mulai merasa "capek" dan kelaparan.
 
 
 

 
kira kira pukul 4:20 petang waktu JATIM kami tiba ke distinasi kami Malang dan tiba ke tempat penginapan kami untuk malam kedua di JATIM ini dalam sekitar 10 miniit kemudian... Hotel Sahid Montana Dua, Malang....lega rasanya kerana kebosanan sepanjang perjalanan dapat di lupakan seketika...hmmmm...
 
Waktu kami memunggah keperluan utk malam ini ke lobi hotel hujan masih lagi turun walaupun tidak selebat sebelumnya.
 
setelah urusan check-in selesai , kami pun dibawa ke bilik yang telah sedia ditempah sebelum ini oleh Mas Nizam,   walaupun ada  serba sedikit kekurangan kami bersyukur kerana tempat berehat dan mandi telah tersedia .... sebelum ke hotel tadi kami singgah sebentar di kedai 24hours untuk memberi serba sedikit kudapan untuk kami jamah malam nanti. 

 
 
 
Pada awalnya kami ada berhasrat untuk keluar ke BNS ( Batu Night Spectacular) .... tapi akhirnya sebulat suara kami batalkan kerana hujan mulai lebat semula selepas waktu Magrib...maka malam tu kami hanya berehat di Hotel saja dan menghantar laporan kepada keluarga masing-masing di Malaysia.
 
hingga disini dulu untuk catatan kembara ini...
Jumpa lagi di lain coretan.
 
sekian, Layannnnnnnn....


2 ulasan:

  1. Konsep berkongsi rezeki tu kira OK... tapi kalau sampai macam peras ugut tu... kalau kena kat aku rasa macam tak redho...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu yang aku kurang selesa disitu, ingat nak stay lama dah jadi sekejap....mungkin aku ni kedekut kot....tapi kalau beri tak redho susah nak cakap camna Mie...

      Padam