Memaparkan catatan dengan label unik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label unik. Papar semua catatan

Selasa, 16 Julai 2013

Mahkota Dewa

 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Selamat dan Salam buat Nabi Junjungan Rasulullah S.A.W

Hari ni saja nak berceita dan ber Info pasal tanaman herba yang sejak kebelakangan ini mula menjadi popular di kalangan mereka penggemar atau pengamal perubatan herba tambahan pula kalau ianya dikaitkan dengan kekuatan tenaga bathin terutama di kalangan kaum lelaki...

Saya tidak bermaksud untuk berceri berkenaan itu , hanya untuk berkongsi infomasi berkenaan satu tumbuhan renek yang tumbuh subur di tepi pagar rumah abah di kampung..... ianya dikenali sebagai pokok Mahkota Dewa yang dipercayai mempunyai banyak khasiat bagi mereka yang bersesuaian ( ghasi) dengan herba ini.

Mahkota dewa adalah sejenis tumbuhan renek dengan ketinggian biasa hanya sehingga lima meter. Ia mengeluarkan buah bewarna hijau ketika muda dan merah menyala apabila matang. Selain buahnya yang menarik,jaringan dahan dan daunnya menjadikan mahkota dewa juga cantik sebagai tanaman hiasan.

 
 
Antara yang dipercayai secara tradisional dapat ditangani dengan penawar semulajadi ini ialah masalah kesihatan yang ada hubungan dengan kanser, jantung, buah pinggang, darah tinggi, strok, diabetes, ketumbuhan, hepatitis, kolestrol tinggi, penyakit hati, ginjal, penyakit kulit, selsema dan insomnia. 
 
Khasiat Mahkota Dewa Buah Mahkota Dewa Mengandungi Zat-zat Aktif seperti:

ALKALOID: berfungsi sebagai detoksifikasi yang dapat meneutralkan racun-racun dalam badan
SAPONIN: menjadi sumber anti bakteria dan anti virus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan mengawal gula dalam darah.
FLAVANOID: melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya pemyumbatan pada pembuluh darah, mengandungi anti imflamasi (anti radang), berfungsi sebagai anti-oksidan, membantu mengurangkan rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakkan.
POLIFENOL: berfungsi sebagai anti histamin (anti alergi)

Antara Penyakit Yang Dapat Disembuhkan Dengan Campuran Mahkota Dewa
1. Kanser / Tumor
2. Eksim (Penyakit Kulit)
3. Diabetis Melitus (Kencing Manis)
4. Hipertansi (Darah Tinggi)
5. Hepatitis (Radang Hati)
6. Reumatik (Sakit Sendi)
7. Asam Urat (Arthritis Gout)
8. Penyakit Jantung
9. Gangguan Ginjal

Sifat dan Khasiat Mahkota Dewa
1. Kulit Buah dan Daging Buah :
mengubati disentri (cirit berdarah), psoriasis & jerawat.
2. Daun dan Biji : mengubati pelbagai jenis sakit kulit seperti ekzim & gatal2.
3. Buah : antitumor, antidisentri,antiinsekta, mengubati eksim, hepatotoksik & antibodi.

* Komponen lignan baru yang terdapat pada ekstrak daging buah mahkota dewa berumus molekul C6 H2O O6 & berstruktur 5-{4(-menthoxy-phenyl-tetrahydrofuro-[3,4-c]furan-1-yl)-benzene-1,2,3-triol.

Daun berbentuk lonjong , langsing, memanjang dan hujungnya runcing, tepi daun rata, permukaan daun licin dan tidak berbulu.



Bunga mahkota dewa berwarna putih dan berbau harum. Bunga tersebut berukuran kecil menyerupai bunga cengkih.

Buah mahkota dewa terdiri dari kulit, daging, cangkang & biji. Buah berbentuk bulat, diameter 3-5cm, permukaan licin, beralur, ketika muda warnanya hijau dan merah setelah masak. Daging buah berwarna putih, berserat dan berair.

Cangkang buah merupakan kulit dari biji yang juga termasuk bahagian yang sering di manfaatkan sebagai ubat,

Biji merupakan bahagian tanaman paling beracun. Bentuknya bulat lonjong berdiameter sekitar 1cm & berwarna coklat, bahagian dalam berwarna putih

 
Sampai disini dulu buat kali ini sehingga berjumpa lagi dilain n3,
 
Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan Rasulullah S.A.W

Selasa, 9 Ogos 2011

Mangga "giant"




Kolum keunikan kali ini saya mencatatkan penemuan buah mangga yang boleh dikira luar biasa, pokoknya macam biasa jer ...tetapi buahnya masyaallah betul-betul besar....kalau macam iklan mee segara laksa asam dalam TV sedikit masa dulu tu..... saya mau  " BESAR PUNYA...."

Pada pertengahan bulan mei yang lalu 2 minggu sebelum saya berlepas ke Tanah suci menunaikan ibadat umrah seorang kawan telah memberi saya sebiji mangga yang baru   dipetiknya dari pokok di kebun buah-buahan emaknya di kampung,... jadi saya memang peminat mangga maka saya amat berbesar hati menerima pemberian itu... terkejut saya kerana melihat beliau menjinjing sebuah beg pastik yang besar.... berdetik dalam hati "... tak kan banyak sangat nak diberinya sehingga satu plastik beg..."


 

 ...rupa-rupanya telahan saya meleset sekali.... bila saya lihat kedalam beg plastik yg baru diberikannya hanya terdapat sebiji buah mangga yang besar.....memang besar sungguh..... dan beratnya hampir 1500 gram .... agak saya lah terlupa pulak nak timbang....
..setelah mengucapkan "TQ so much ".... saya pun ambik kesempatan mengukur panjang dan "keretan rentas" buah mangga tersebut.... panjangnya hampir satu kaki dan ukuran "keratan rentas" lebih dari 5 setengah inci.... masyaallah tak pernah lagi saya tengok mangga sebesar ini..

menurut teman saya tu mangga tu perlu diperam selama 2 ke 3 hari dahulu untuk bauh tersebut masak.... dan setelah cukup tempuh tersebut mangga "giant" tersebut telah saya makan bersama keluarga...Alhamdulillah walaupun tidak semanis mangga biasa tapi ianya tetap mempunyi aroma dan kesedapan nya yang tersendiri...... kalau tidak difikirkan malu mau rasanya nak "mengicak" dari kawan tu lagi....hehehehehe.

sekian catatan kali ini jumpa lagi di lain catatan.....