Selasa, 19 Julai 2011

Komplek Balai Cerap Port Dickson - Pasang Kubah Telescope.













Selawat dan Salam Buat Nabi Junjungan Rasulullah s.a.w

Sabtu dan Ahad lepas, aku ke Port Dickson untuk menjalani kursus pengendalian dan penyelenggaraan bagi kubah telescope milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Pejabat Mufti Negeri Sembilan dimana khidmat perundingan dan bantuan teknikalnya dari salah satu Institiutsi Pengajian Tinggi Awam Negara.

kubah yang dalam pembinaan komponan terakhir

Awal pagi lagi saya telah pun sampai ditapak projek tersebut, dimana kerja-kerja terakhir untuk memasang komponan terakhir kubah sedang giat dijalankan. Kerja-kerja tersebut   telah dijalankan sejak sembilan hari yang lalu oleh jurutera-jurutera satu Syarikat Pembekal dari Luar Negara yang berpengkalan di Amerika Syarikat dibantu oleh pekerja-pekerja Syarikat Kontraktor utama tempatan.

Kira-kira pukul 10 pagi setelah semua kerja pamasangan komponan siap dan krin yg akan mengangkat kubah tersebut telah mengambil posisinya, maka kerja-kerja untuk mengangkat kubah tersebut bermula, terlebih dahulu kubah tersebt diikat pada empat penjurunya dan disambungkan kepada takal krin yg akan mengangkatnya.




Setelah semua kerja pemasangan tali dan takal selesai, sebelum kerja mengangkat kubah dimulakan bacaan doa selamat telah di sempurnakan oleh salah seorang Ustaz dari Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

bacaan doa sedang disempurnakan....rabbana atina fidunia hassannah.....

selesai saja bacaan doa, maka kerja meletakan kubah keatas tapaknya di puncak menara pun bermula, dengan keizinan dan rahmat Allah maka kubah tersebut telah selamat ditempatkan di mana ia sepatutnya diletakkan dengan jayanya ..... Alhamdulillah selesai satu masalah.... mudah-mudahan kerja-kerja berikutnya berjalan dengan lancar dan mudah.....Insyaallah...ameen..




kerja-kerja seterusnya ialah melekatkan dan mengikat kubah kepada tapaknya dan mengemaskan kerja- kerja berkaitan serta memastikan ianya selamat untuk beroperasi seperti sepatutnya.




......namun bagitu kerja-kerja tersebut tidak dapat disisapkan pada hari tersebut dan telah disambung pada hari berikutnya.

Kira-kira pukul 10.00 pagi pada keesokan harinya baru lah kamii diberi penerangan dan latihan cara-cara pengoperasian kubah tersebut serta kerja-kerja penyelenggaran yang penting yang perlu diketahui dan yang perlu diambil perhatian.

Pukul 1.00 tengahari penerangan dan latihan serta perkara-perkara berkaitan  selesai dan aku sebelum pulang ke Seremban , aku dan anak-anak ambik kesempatan santai di tepi pantai berdekatan Komplek Pentadbiran Kerajaan Daerah Port Dickson...angin bertiup sederhana dan airnya yang jernih...kebetulan ada sebuah stall makanan disitu...jadi kami makan tengahari disitu...





Sekian catatan buat kali ini, jumpa lagi dicatatan yang lain....Insyaallah

Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan Rusulullah S.A.W

Wabillahi taufik walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh...


6 ulasan:

  1. Bakal tempat kerja baru lah tu...

    BalasPadam
  2. waullahualam....

    tak tau lah lagi mie...

    BalasPadam
  3. alhamdulillah semuanye selamat kanns..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah en_me..,

    semuanya selamat dan success...alhamdulillah..

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Lokasi kat mana? Bagi direction skit nak pegi.

    BalasPadam