Memaparkan catatan dengan label sains astronomi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sains astronomi. Papar semua catatan

Isnin, 23 April 2012

Baitul Hilal PD - pasang telescope baru.


Pada penghujung bulan lepas dan awal minggu bulan ni kerja-kerja memasang peralatan telescope berserta peralatan berkaitan telah mula dipasang oleh seorang jurutera ( John ) dari Syarikat pembekal yang berpengkalan di Amerika Syarikat , bermula pada 24 fabruari '12 dantelah siap sepenuhnya berserta kursus pengendaliannya kepada staff berkaitan tugas dalam pengendalian telescope tersebut setelah segala tugas beliau selesai.

Telescopeyg dipasang ini merupakan antara telescope yg terbesar di Malaysia,  Ianya dimiliki oleh Majis Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan serta mendapat khidmat nasihat teknikal dari Unit Astronomi salah sebuah IPTA tempatan yang mana telah sekian lama terlibat  dalam kerja-kerja membentuk kalendar Hijrah dan waktu solat dan lain-lain hal berkaitan.

Kini kerja-kerja melihat anak bulan (Hilal) bagi setiap bulan dan dijalankan dengan lebih mudah lagi dan disamping itu kerja-kerja penyelidikan Astronomi dapat dijalankan dengan lebih berkesan dengan input yang lebih baik lagi.

Disini juga dibina sebuah Resort bagi kemudahan petugas dan pengunjung yang ingin melihat komplek ini sambil mengambil peluang bercuti..... resort ini adalah milik bersama MAINS dan Alson Klana yg di beri nama Klana Beach Resort Port Dickson , untuk mendapatkan info lebih jelas dan tempahan sila ke link ini http://www.tripadvisor.com.my/Hotel_Review-g303991-d2534215-Reviews-Klana_Beach_Resort_Port_Dickson-Port_Dickson_Negeri_Sembilan.html


Klana Beach Resort Port Dickson


Sekian catatan buat kali ini hingga jumpa lagi dilain en3...
saya sudahi dengan tasbih kifarah....

 


Selasa, 19 Julai 2011

Komplek Balai Cerap Port Dickson - Pasang Kubah Telescope.













Selawat dan Salam Buat Nabi Junjungan Rasulullah s.a.w

Sabtu dan Ahad lepas, aku ke Port Dickson untuk menjalani kursus pengendalian dan penyelenggaraan bagi kubah telescope milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Pejabat Mufti Negeri Sembilan dimana khidmat perundingan dan bantuan teknikalnya dari salah satu Institiutsi Pengajian Tinggi Awam Negara.

kubah yang dalam pembinaan komponan terakhir

Awal pagi lagi saya telah pun sampai ditapak projek tersebut, dimana kerja-kerja terakhir untuk memasang komponan terakhir kubah sedang giat dijalankan. Kerja-kerja tersebut   telah dijalankan sejak sembilan hari yang lalu oleh jurutera-jurutera satu Syarikat Pembekal dari Luar Negara yang berpengkalan di Amerika Syarikat dibantu oleh pekerja-pekerja Syarikat Kontraktor utama tempatan.

Kira-kira pukul 10 pagi setelah semua kerja pamasangan komponan siap dan krin yg akan mengangkat kubah tersebut telah mengambil posisinya, maka kerja-kerja untuk mengangkat kubah tersebut bermula, terlebih dahulu kubah tersebt diikat pada empat penjurunya dan disambungkan kepada takal krin yg akan mengangkatnya.




Setelah semua kerja pemasangan tali dan takal selesai, sebelum kerja mengangkat kubah dimulakan bacaan doa selamat telah di sempurnakan oleh salah seorang Ustaz dari Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

bacaan doa sedang disempurnakan....rabbana atina fidunia hassannah.....

selesai saja bacaan doa, maka kerja meletakan kubah keatas tapaknya di puncak menara pun bermula, dengan keizinan dan rahmat Allah maka kubah tersebut telah selamat ditempatkan di mana ia sepatutnya diletakkan dengan jayanya ..... Alhamdulillah selesai satu masalah.... mudah-mudahan kerja-kerja berikutnya berjalan dengan lancar dan mudah.....Insyaallah...ameen..




kerja-kerja seterusnya ialah melekatkan dan mengikat kubah kepada tapaknya dan mengemaskan kerja- kerja berkaitan serta memastikan ianya selamat untuk beroperasi seperti sepatutnya.




......namun bagitu kerja-kerja tersebut tidak dapat disisapkan pada hari tersebut dan telah disambung pada hari berikutnya.

Kira-kira pukul 10.00 pagi pada keesokan harinya baru lah kamii diberi penerangan dan latihan cara-cara pengoperasian kubah tersebut serta kerja-kerja penyelenggaran yang penting yang perlu diketahui dan yang perlu diambil perhatian.

Pukul 1.00 tengahari penerangan dan latihan serta perkara-perkara berkaitan  selesai dan aku sebelum pulang ke Seremban , aku dan anak-anak ambik kesempatan santai di tepi pantai berdekatan Komplek Pentadbiran Kerajaan Daerah Port Dickson...angin bertiup sederhana dan airnya yang jernih...kebetulan ada sebuah stall makanan disitu...jadi kami makan tengahari disitu...





Sekian catatan buat kali ini, jumpa lagi dicatatan yang lain....Insyaallah

Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan Rusulullah S.A.W

Wabillahi taufik walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh...


Isnin, 9 Mei 2011

Halo Matahari

" Fenomena ini sebenarnya pernah terjadi di San Frasisco, dan di negara Indonesia pun juga pernah merasakan fenomena ini yaitu pada tanggal 04 Januari 2011 yang terjadi di kota Yogyakarta. Namun sebelumnya juga fenomena ini pernah terjadi di Padang pada tahun 2009. Fenomena ini terbentuk akibat kristal es yang membentuk sebuah busur berwarna putih dan berbintik-bintik yang dibiaskan ke atas langit sehingga menciptakan sebuah cincin yang mengelilingi matahari. Namun ada opsi lain yang bisa menciptakan lingkaran cincin diantara matahari, yaitu faktor cuaca yang dingin. Karena cuaca dingin dapat membuat kristal-kristal es yang sudah berubah menjadi debu berlian mengapung ke udara dan menimbulkan cahaya yang melingkari matahari" - petikan dari blog pengkaji astronomi dari negeri Indonesia.


Sebenar fenomena ini juga pernah berlaku beberapa kali di Malaysia mungkin kita menyedarinya atau tidak menyedarinya akan keujudannya. Ianya berlaku atas terbentuknya awan kristal mengelilingi matahari atas perubahan cuaca persekitaran dan biasan cahaya dari pembentukan awan kristal tersebut kelihatan seolah-olah satu bulatan cincin terbentuk mengelilingi matahari. Ianya dikenali sebagai Halo Matahari...

Gambar-gambar ini saya rakamkan pada tengahari 12 mei 2008 dari salah sebuah bangunan di kawasan kampus Universiti Malaya, Kuala Lumpur.








Inilah antara fenomena alam yang berlaku pastinya dengan seribu rahsia yang tak tersingkap oleh manusia .., namun bagi kita orang Islam segala kejadian itu merupakan tanda-tanda kebesaran dan kebenaran akan keujudan Allah yang Maha Perkasa lagi berkuasa melakukan sesuatu.

sekian buat renungan kita bersama....jumpa lagi dilain catatan...