Isnin, 23 Disember 2024
Assalamualaikum ...
Assalamualikum semua yang mengenali saya .... lama juga saya membeku dari "memBlog", teringin pula nak "memblog" semula tambahan pula dah dua tahun bersara... rasanya ada ruang dan masa sedikit untuk berkongsi apa-apa yang bermanafaat.
Khamis, 18 Februari 2016
PPBGL - Jelebu N.Sembilan
Assalamualaikum teman-teman... lama sudah saya menyepi ..... kini saya telah berpindah ke daerah kelahiran ku untuk berbakti disini pula...
Baru sekarang dapat mencoret untuk en3 bagi tahun ini kerana kekangan tugas yang agak ketat dan perlu belajar benda benda baru disini...
Saya telah berpindah ke cawangan Jelebu, Negeri ni mulai 1 dec 2015 lepas , hampir 3 bulan berada disini byk juga perkara yang perlu dibuat dan di jagai ... walaupun hanya 1/3 dari kawasan keseluruhan nya yang baru dibuka dan diusahakan .... namun punya cabaran yang besar juga untuk mengendali dan memajukan nya....
Punya complex pentadbiran, makmal,café dan penginapan....kawasan ladang punya dua kandang kambing bagi dua jenis kambing yang berbeza iaitu Barbados dan Germasia.... 12 petak kawasan pembiakan dan penyelidikan ayam kampong hybrid dan 2 blok blok kajian ikan air tawar.
Disini terdapat juga complex kajian cendawan, terkini sedang menjalankan kajian atas pembiakan cendawan kukur dan black jelly mushroom...kedua-dua cendawan tersebut memberikan keputusan yang positif dan boleh dibiakkan secara besar-besaran serta mendapat permintaan yang tinggi terutamanya dari negeri Johor dan Negara Singapura..... ini kerana ianya berbeza dari yang diusahakan oleh negeri Thai, disini ianya dibiakkan secara semula jadi dan organic serta tidak menggunakan bahan kimia atau horman lain.
Disini juga terdapat dua buah tasik yang agak luas berhampiran complex pentadbiran dan didiami oleh lebih 23 jenis spisis ikan air tawar.....tanpa mengganggu specis yang telah sedia ujud di tasik ini , kami juga menbuat penyelidikan keatas pembiakan ikan dalam sangkar.
sebagai pilot projek bagi penyelidikan ikan dalam sangkar ikan ini , kami membina 2 sangkar ikan berkembar bersama platform operasinya.... kini terdapat lebih kurang seratus ikan talapia merah dalam sangkar percubaan kami ini.
Disini juga terdapat penyelidikan keatas perbagai jenis Baja compos yang sesuai bagi tanaman jagung. Juga penyelidikan keatas padi huma dan kajian keatas tanaman nanas.
Sekian saja buat kali ini...jumpa lagi dilain en3...
layannnnnnn....
Rabu, 7 Oktober 2015
Mee Kari Railway Rasah S2
Pagi tadi selepas selesai rawatan rehabilitasi kat klinik rehabilitasi HTJ Rasah, teringin pula nak makan mie kari railway Rasah kat Seremban 2.
Lama juga tak kesana rasanya dah setahun lebih... Selalu jugak anak sulong ajak kesana tapi bila pergi kedai makan tu tutup.
Hari ini sampai hajat kami nak makan mee kari railway.
Asalnya kedai mee kari ni terletak berhampiran jambatan ke Rasah melintasi jalan keretapi, bersebelahan dengan quarters railways jalan tembuk...
Sejak jambatan dan jalan rasah melalui proses pembangunan dan pembangunan komplek komuter seremban menyebabkan kedai makan mee kari terpaksa berpindah dan dirobohkan.
Kini ianya beroperasi di Seremban 2 berhadapat Station Petronas jalan ke Komplek pejabat kerajaan S2., juga laluan ke Jaya Jusco S2 dan Maidin S2.
Menu utamanya mee kari ayam dan memang dah terkenal di Seremban ni , selalu pengujungnya yang ramai membuatkan kita terpaksa menunggu giliran untuk mendapat tempat duduk.
bagi yang nak cepat dan tak sabar untuk menunggu giliran terpaksalah "take away" jer...
Nasi lemak ayam nya juga tak kurang enaknya bagitu juga dengan kueh mueh tradisi yang dijual disini.
Dengan harga mampu bayar membuatkan ia antara kedai makan yang mrnjadi pilihan untuk penduduk seremban yg berbilang kaum bersarapan terutamanya pada hujung minggu.
Tu dia tak sedar dah licin tak sempat nak tembak satu gambar sebelum makan...mmm memang terbaek....
Sekian catatan buat kali jumpa lagi di lain masa dengan catatan lain.
Jumpa lagi lain masa....nak minum air dulu...
Layannnnnnn.....
Isnin, 5 Oktober 2015
Shuttle service komuter KTM lanjut hingga ke Gemas.
KTM akan mula memperkenalkan dan menambah perkhidmatan komuter nya ke Tampin dan Gemas mulai 10hb Oktober 2015 ini.
Dengan adanya perkhidmatan laluan tambahan ini, laluan Seremban - Tampin - Gemas dapat memberi lebih pilihan kepada penduduk Negeri Sembilan , Melaka dan Johor untuk menggunakan kemudahan pengangkutan awam untuk ke distinasi Selatan Semenanjung atau mereka yang berulang alik dari Selatan ke Wilayah Persekutuan KL, Selangor dan negeri-negeri di bahagian utara semenanjung.
Secara tidak langsung ianya dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan dan usaha memajukan kawasan persekitaran laluan system pengangkutan komuter ini.
Dengan ujudnya shuttle service komuter ini, perkhidmatan komuter sediada yang biasa nya berakhir di Stesen Sungai Gadut akan berakhir di Stesen Seremban kemudian akan disambung oleh shuttle service komuter hingga ke Tampin dan Gemas.
![]() |
| Rajah laluan |
Perkhidmatan ini akan bemula seawal (0350) 3:50 pagi dari Stesen Seremban akan tiba ke Stesen Gemas pukul (0455) 4:55 pagi dan yang terakhir pada pukul (1935) 7:35 malam dari Stesen Seremban akan tiba ke Stesen Gemas pada pukul (2040) 8:40 malam.
Manakala dari Gemas pula akan bermula seawal pukul (0505) 5:05 pagi dan akan tiba ke Stesen Seremban pada pukul (0514) 6:14 pagi dan yang terakhir pada pukul (2130) 9:30 malam dari Stesen Gemas dan akan tiba ke Stesen Seremban pada pukul (2239) 10:39 malam.
Buat masa ini perjalanan shuttle komuter ini hanya 4 perkhidmatan sehari iaitu 2 perkhidmatan Seremban - Gemas dan 2 perkhidmatan dari Gemas - Seremban..
Bagi Perkhidmatan dari Seremban ke Tampin akan bermula seawal pukul (0350) 3:50 pagi dan tiba di Stesen Tampin / Pulau Sebang pada pukul (0427) 4:27 pagi serta berakhir pada pukul (2140) 9:40 malam dan akan tiba di Stesen Tampin / Pulau Sebang pukul (2217) 10:17 malam.
Manakala dari Stesen Tampin/Pulau Sebang pula akan bermula seawal pukul (0518) 5:18 pagi dan akan tiba di Stesen Seremban pukul (0556) 5:56 pagi dan perkhidmatan terakhirnya pada pukul (2235) 10:35 malam dan tiba di Stesen Seremban pukul (2313) 11.13 malam.
Perkhidmatan Shuttle komuter ke Tamping/Pulau Sebang adalah sebanyak 55 perkhidmatan sehari pergi balik Seremban - Tampin/Pulau Sebang - Seremban. 27 perkhidmatan dari Tampin/Pulau Sebang ke Seremban dan 28 perkhidmatan sebaliknya.
Perkhidmatan Shuttle komuter ini bermula dari Seremban melalui Stesen perantaran Senawang, Sungai Gadut,Rembau, Tampin/Pulau Sebang Batang Melaka dan akhir Gemas, bagitu juga sebaliknya.
Bagi perjalanan berikutnya ke Rawang / Tanjung Malim atau Perlabuhan Klang - Batu Caves, penumpang perlu mengambil Komuter ke Rawang/ KLSentral di Stesen Seremban untuk perjalanan seterusnya.
![]() |
| Jadual Tambang antara distinasi antara Seremban ke Gemas. |
Tambang perjalanan bagi Shuttle Service komuter KTM dari Seremban - Tampin/Pulau Sebang - Gemas adalah seperti Jadual tambang tertera diatas.
Terdapat 5 jenis tiket iaitu
Sehala : Perjalanan tiket sehala ke stesen destinasi yang tercatat di tiket.
Dua hala : Perjalanan tiket pergi balik ke stesen destinasi yang tercatat pada tiket.
Konsesi : Diskaun 50 % untuk OKU, warga emas,kanak-kanak berumur 4-12 tahun
Mingguan : Diskaun 29 % daripada kadar tambang mengikut perjalanan.Hanya bayar untuk tempoh 5 hari pergi balik dan boleh digunakan dalam tempoh 7 hari dari tarikh pembelian.
Bulanan : Diskaun 33% daripada kadar tambang mengikut perjalanan. Hanya bayar tambang untuk tempoh 20 hari pergi balik dan boleh digunakan dalam tempoh 30 hari dari hari pertama setiap bulan sehingga hari terakhir bulan tersebut.
![]() |
| Stesen Sungai Gadut topek sey selalu naik dan tughun... |
Diharapkan dengan adanya perkhidmatan Shuttle Komuter ini dapat memberi lebih kemudahan dan keselesaan kepada penduduk Negeri Sembilan, Melaka dan Johor khususnya dan untuk keseluruhan rakyat Malaysia amnya.
Semuga dimasa akan datang KTM akan terus membuat bermacam macam pembaharuan dan tambahan perkhidmatan bagi mendorong kepada kemajuan Malaysia.
Sampai disini saja catatan saya semuga jumpa lagi dilain masa ...
In Shaa Allah....aaminnn Ya Rabbalaalamin....
Isnin, 8 Jun 2015
Surabaya Jumpa lagi next time...
Setelah selesai makan tengahari di Wong Solo ni dan bersolat jamak qasar kami pun menyambung semula perjalanan pulang ke Surabaya....agak jauh juga perjalanannya, sepanjang jalan hujan dan sejuk membuatkan aku lena kerana keletihan pagi tadi dan kekenyang selepas "lunch" di Wong Solo tu.
sedar-sedar mobil kami telah pun memasuki Sidoarjo dan bergerak terus ke pusat bandar Surabaya, berpusing beberapakali di laluan yang sama akhirnya mobil kami sampai ke Hotel Shariah Walan,Sidoarjo....Mas Nizam memilih hotel ini kerana berhampiran berhampiran dengan Bandara Juanda , jadi mudah untuk perjalanan pulang kerana dikuatiri "macet Banget" tika waktu mau pulang ke Bandara Juanda nanti...
| Add caption |
dua hari tu kami browse kotaraya Surabaya mencari cenderahati untuk dibawa pulang, saya mencari beberapa helai telekung yang dipesan isteri dan serba sedikit cenderahati utk teman rapat.
| Toko kami memebeli cendrahati |
| Hotel hari pertam kita menetap |
| Gerbang ke Masjid Laksamana Cheng Ho |
| pemadangan dari depan Pasaraya Di Surabaya |
| Masjid Nasional AL-AKbar Surabaya |
| Banjir kilat |
| Banjir kilat |
| Bandara Juanda, JATIM |
Kami tiba ke KLIA2 lebih kurang pukul 4:00 petang waktu Malaysia, collect luggages dan solat jamak qasar di terminal KLIA2 . Alhamdulillah selamat mendarat dan selamat kembali ke tanahair walaupun sepanjang penerbangan cuaca agak tak bebrapa baik, saya tidak dpt tidur sepincing pun tambahan pula sebulan yang lalu dilaluan yang sama pesawat QZ dari syarikat yang sama terhempas di perantaraan lalauan ini ke Singapura.
| KLIA2 |
Sekian, jumpa lagi
Layannnnnnnnnnnnnn.....
Khamis, 4 Jun 2015
Selamat Tinggal Bromo
Selepas selesai breakfast terus ke bilik mandi dan bersiap siap untuk check out pada 12:00 tengahari...sementara menunggu check out sempat mengambil gambar di sekitar Lodge yang kami menginap...rupa nya dari sini nampak jelas pemandangan Bromo National Park ini keseluruhannya.
| Baru balik dari breakfast kat cafe bawah tu. |
| Berkabus bila cuaca redup.. |
| Banyak bunga loceng di tanam disini |
Selepas check out pukul 12:00 tengahari .... kami pun bergerak meninggalkan Lava Lodge untuk pulang ke Surabaya...selamat tinggal Bromo...
Sepanjang perjalanan turun kelihatan aktiviti pertanian yang luas dan banyak sekali, tanaman utamanya ialah sayur-sayuran seperti Kobis, Kucai, bawang dan jagung...padi pun ada ditanah disini pada sawah yang berbentuk teres.
| sayur sayur dilereng bumi |
| Ladang Sayuran Di Lereng bukit |
![]() |
| Disini Industri Pertanian juga dijadikan sebagai penyumbang kepada sektor pelancongan.
|
sepajang perjalanan turun pemandangan ladang sayuran luas terbentang di lereng-lereng bukit, menurut supir kami komuniti disini memang telah menduduki wilayah ini sejak dahu lagi...dan majoriti penduduknya adalah petani dan yang terlibat dengan industri wisata.
Dalam pejalanan turun kepersimpangan jalan utama, supir kami mencadangkan kami singgah untuk melihat air terjun unik di Madakaripura , dimana menurut beliau airterjun nya seperti kabus atau air hujan yang halus...jauh juga dari persimpangan jalan utama itu untuk ke Madakaripura.
Sewaktu sampai kesitu hujan mulai turun rintik rintik jadi kami segera untuk naik keatas ke aiterjun tersebut secepat mungkin kerana dikuatiri jika hujan turun lebat mungkin kajadian air aliran besar akan terjadi dan akan mengundang padah...
| Tugu Madakaripura |
| air terjun di belakang.
|
| Air terjun 1 stage |
bila hujan mulai berhenti saya mulai bergerak turun kebawah semula dimana Mobil kami di Pakir dan kos bagi pemandu 100K IRp. agak mahal juga...pada hal kalau jalan sendiri tanpa beliau pun boleh bias biasa jer trek nya...kerana kawasan ini di bwh kawalan mereka terpaksa jugalah menggunakan perkhidmatan mereka, jika mengikut istilah supir kamia diaorg ni "mafia"....hehehehe.
Kami pun mula bererak turun ke laluan utama untuk kembali ke Surabaya....hujan masih lagi turun aku yang keletihan telah tertidor didalam mobil sejak iannya bergerak masuk ke laluan utama...sedar sedar sudah sampai di Ayam Bakar Wong Solo untuk makan tengahari dan berhenti untuk solat...
Sekian untuk kali ini, jumpa lagi dilain catatan ...In Shaa Allah..
Layannnnnn.....
Khamis, 21 Mei 2015
Bromo National Park - JATIM 3
Kini Jeep yang dinaiki menuju kesebelah bertentangan dengan lautan pasir dan gunung Bromo bahagian timur BNP itu pada perkiraan saya...
kelihatan kawasan gunung dan dataran menghijau dan sungguh indah serta nyaman...sejuk mata memandang pemandangan ini tercipta dari kekuasaan yang MAHA ESA... Blok Savana...sungguh unik sekali....
Pengunjung pun dikala itu tidak berapa ramai dan supir kami mencari tempat yang lapang dan selesa untuk kami merakamkan keindahan kawasan tersebut tanpa gangguan..
| kawasan Blok savana yang menghijau |
| Savana dari perbatasan Velcano Bromo National Park. |
| Savana...sungguh Indah |
| Teman sekembara sempat berposing di Blok Savana ini. |
| Lagi Blok Savana |
10 minit dari Blok Savana terbentang luas kawasan pasir halus dan luas...khabarnya pasir ini bisa berbisik....tapi sewaktu kami disana tidak kedengaran apa-apa...benarkah ianya berbisik dan bagaimana ia berbisik tidak lah diketahui....hanya mereka yang pernah mendengarnya sahaja yang memahami....
| Pasir Berbisik |
| Pasir Berbisik |
| Pasir Berbisik |
sampai saja di penginapan kami Lava View Lodge...kami terus ke Dewan makannya untuk menikmati sarapan pagi kami.. selesai sarapan kami terus ke bilik ... mandi dan bersiap untuk check-out kira-kira pukul 12.00 pm.
| Dihadapan Lava View Lodge Bromo bersama supir sebelum sarapan pagi. |
Sampai disini dulu catatan kembara kami sehingga berjumpa lagi dicatatan lain dalam kembara kami Surabaya-Bromo.
Layannnnnnnn...
Langgan:
Catatan (Atom)















