Selepas selesai breakfast terus ke bilik mandi dan bersiap siap untuk check out pada 12:00 tengahari...sementara menunggu check out sempat mengambil gambar di sekitar Lodge yang kami menginap...rupa nya dari sini nampak jelas pemandangan Bromo National Park ini keseluruhannya.
Baru balik dari breakfast kat cafe bawah tu. |
Berkabus bila cuaca redup.. |
Banyak bunga loceng di tanam disini |
Selepas check out pukul 12:00 tengahari .... kami pun bergerak meninggalkan Lava Lodge untuk pulang ke Surabaya...selamat tinggal Bromo...
Sepanjang perjalanan turun kelihatan aktiviti pertanian yang luas dan banyak sekali, tanaman utamanya ialah sayur-sayuran seperti Kobis, Kucai, bawang dan jagung...padi pun ada ditanah disini pada sawah yang berbentuk teres.
sayur sayur dilereng bumi |
Ladang Sayuran Di Lereng bukit |
Disini Industri Pertanian juga dijadikan sebagai penyumbang kepada sektor pelancongan.
|
sepajang perjalanan turun pemandangan ladang sayuran luas terbentang di lereng-lereng bukit, menurut supir kami komuniti disini memang telah menduduki wilayah ini sejak dahu lagi...dan majoriti penduduknya adalah petani dan yang terlibat dengan industri wisata.
Dalam pejalanan turun kepersimpangan jalan utama, supir kami mencadangkan kami singgah untuk melihat air terjun unik di Madakaripura , dimana menurut beliau airterjun nya seperti kabus atau air hujan yang halus...jauh juga dari persimpangan jalan utama itu untuk ke Madakaripura.
Sewaktu sampai kesitu hujan mulai turun rintik rintik jadi kami segera untuk naik keatas ke aiterjun tersebut secepat mungkin kerana dikuatiri jika hujan turun lebat mungkin kajadian air aliran besar akan terjadi dan akan mengundang padah...
Tugu Madakaripura |
air terjun di belakang.
|
Air terjun 1 stage |
bila hujan mulai berhenti saya mulai bergerak turun kebawah semula dimana Mobil kami di Pakir dan kos bagi pemandu 100K IRp. agak mahal juga...pada hal kalau jalan sendiri tanpa beliau pun boleh bias biasa jer trek nya...kerana kawasan ini di bwh kawalan mereka terpaksa jugalah menggunakan perkhidmatan mereka, jika mengikut istilah supir kamia diaorg ni "mafia"....hehehehe.
Kami pun mula bererak turun ke laluan utama untuk kembali ke Surabaya....hujan masih lagi turun aku yang keletihan telah tertidor didalam mobil sejak iannya bergerak masuk ke laluan utama...sedar sedar sudah sampai di Ayam Bakar Wong Solo untuk makan tengahari dan berhenti untuk solat...
Sekian untuk kali ini, jumpa lagi dilain catatan ...In Shaa Allah..
Layannnnnn.....
Rugi tak mandi kat air terjun tu...
BalasPadamKalau mandi jawabkan malam lah balik...hehehehe
Padamkeren abiss
BalasPadam