Selasa, 22 Jun 2010

Shopping at Ben Thanh Market




Selepas selesai solat dan berehat sekejap kami bergerak ke Pasar Malam Ben Thanh... dan malam ini adalah malam terakhir berada di HCM City ni, .... jadi semuanya nak shoping all out hari ni.... hehehehe.... tapi aku moderate jer pasal budget aku untuk melancong jer....



.... yang jadi tumpuannya shopping kat sini ialah kedai barangan kulit, handbag, T-shirt, baju, cenderahati , kain sutera dan telekong.... harganya boleh tahan dengan kualitinya yang jauh lebih baik walaupun ada antara barangan bukan sepenuhnya asli... barang-barang tersebut cantik-cantik dan model yang terbaru...


...memang bergoncang iman dibuatnya....rambang mata.... pegang ni, tengok tu, belek tu nampak ni... sampai tak tau nak beli yang mana.... harga pun harga mampu dan jauh lebih murah dari harga kat Malaysia..


ada bermacam-macam jenis dan saiz , .... bukan golongan hawa saja yang tergoda kita yang golongan adam ni pun boleh tergugat.... aku beli gak satu handbag untuk wife .... design terbaru harga yang setelah tawar menawar lebihkurang 28 USD ( RM 92 ) - 532 000 Dong duit Vietnam.... kalau kat Malaysia tak dapat harga tu paling kurang RM 250 tapi design nya yang lama sikit...





... aku beli gak purse kulit 50 000 Dong ( RM 10 ) OK gak kualitinya.... beli sedikit cenderahati untuk jiran-jiran dekat rumah ..... segan gak kalau tak bagi apa-apa kat diaorg pasal kalau diaorg pergi mana-mana ader jer cenderahati untuk my family.... tapi aku beli ikut kemampuan laa...



Ada bermacam-macam jenis dan bentuk serta saiz cenderahati boleh didapati disini yang boleh dibeli sebagai kenang-kenangan... rata-rata harganya dalam lingkungan 15 000 Dong hingga ke 25 000 Dong setiap satu...

T-shirt kebanyakannya dijual dengan harga 3 USD hingga 10 USD tapi boleh tawar menawar jika dibeli dalam kuantiti yang banyak... aku beli 3 helai T-shirt Adidas buatan Singapura dengan harga 10 USD ( RM 33 untuk 3 helai )...

...dalam kawasan pasar malam tu ada gerai disewa org vietnam keturunan melayu champa, so kita org singgah kat gerai diaorg dan membeli serba sedikit barang sebagai sokongan kepada mereka...tambahan pula diaorg ni org islam.... aku membeli 2 pasang telekong bersulam dan 2 helai sutera buat isteri dan bonda....

... dan sorang lagi org melayu champa menjual telekong dan mini telekong di lorong bersebelahan dengan harga yang berpatutan juga... taukey nya bernama Kassim Selamat dan beliau selalu juga turun Terangganu hantar telekong buatan Vietnam ni ke Pasar Payang KT.

Satu pengalaman aku kat Pasar Malam Ben Thanh ni... bila di dekati penjual cenderahati cilik vietnam pada malam terakhir kami shoping di kawasan perniagaan tersebut... pada mulanya ianya menyuarakan supaya saya membeli barang yang dijualnya....fasih ingglish nya.., maka aku pun iklaslah melayannya dan menanyakan berapa harga barangan yg ditawarkan " How much ".., so dia jawab "it`s price 1USD each but I sell 3 USD for 3 "..... aku fikir ala beli pun nak buat apa so aku pun cakap kat dia ... " thank you, i`m dont want to buy.."... terperanjat aku dengar dia jawab..." i dont want your thank you , i want your help.." ..dia mengulangi nya beberapa kali dengan suara semakin meninggi.... aku pun ulang beberapa kali " i dont want to buy, i already have ".... menambahkan lagi teperanjatnya aku bila dia menjawab dengan nada tinggi seolah-olah menjerit ".... if you dont want to buy, why you ask how much.." dan mengulanginya beberapa kali.... dan menyebabkan aku jadi begang atas sikap kurang hajarnya dan tak melayannya lagi.... dan sebelum dia pergi sempat dia mengugut aku..... " you be careful...." ... kurang ajar sungguh budak ni rungut aku dlam hati.... nasib baik kat HCMC kalau kat KL dah tentu kena cepok budak tu..... so kalau kau org terserempak dgn diaorg ni si penjual cilik , ignore jer kalau tak berminat nak beli brgan yg dia org jaja....
...... satu lagi hati-hati dengan sendiket yg menawarkan perkhidmatan seks.... kena ingat yang tersayang ditanahair... KITA DTG SINI NAK MELANCONG BUKAN MELENCONG...sendiri mau ingat laa.......... be careful and enjoy shopping...

..itu saja buat catatan kali ini.... jumpa lagi di lain catatan.... take care of yourself....
layannnnnnnnnnnn....

7 ulasan:

  1. Memang aku tak boleh lupa kau di provoke dgn budak tu. Geram ada, kelakar pun ada.. sbb aku tengok kau mcm dah nak terajang budak tu.. kahkahkahkah...

    BalasPadam
  2. ...memang pun dah rengan jer kaki aku....tp takut pun ader gak berbelah bagi... mana laa tau ade plak samseng dia kat ctu....jadi apa-apa plak susah loo...

    BalasPadam
  3. salam,
    kami bercadang hendak ke hcmc .khabarnya ada tempat sulam dan buat telekong di kampung melayu vietnam. dekat mana ya? puas saya cari dlm internet tak jumpa
    alamat email saya:drninazarina@yahoo.co.uk
    terima kasih
    dr zali

    BalasPadam
  4. Salam Dr Zali,
    saya pun kurang pasti kat mana perkgan tu... tapi kalau Dr berjalan jalan di Pasar Ben Thanh waktu malam cuba Dr cari org melayu champa yg berniaga telekong di situ bukan di dlm gerai tetapi di simpang tiga berdekat org vietnam jual buah buahan, cuba cari org melayu yg berniaga bernama Kasim Selamat saya pasti dia dpt membantu... kalau perlu nyatakan bahawa cikgu kawan kepada En Hamzah dr Kl sbb kawan saya tu ada membeli telekong dengan nya.
    itu saja yg dpt saya bantu Dr..
    salam

    BalasPadam
  5. cuba cari ustazah hjh. basiroh hj aly
    add: 159 huynh van banh street, phu nhuan district ho chi minh city
    hp +84.903399248 email basiroh@yahoo.com

    BalasPadam
  6. Pasar malam ben than hari apa?

    BalasPadam
  7. Nak tnya klo dr kl ke vietnam utk senang ke pasar benthan tu turun di hanoi @ ho chi minh city ya?

    BalasPadam