Petang Jumaat 1.45 ptg , 28hb Mei 2010, segalanya bermula di LCCT, Sepang. proses check in berjalan dengan baik dan lancar dengan kapasiti pelanggan pada tahap moderate... biasa laa kalau bergerak dalam satu kumpulan yang besar beberapa karenah peserta perlu ditangani dengan bijak dan pantas... tapi semuanya dapat diatasi dengan bijak oleh "Abang Long" pastinya beliau memang seorang yg amat berpengalaman luas dgn situasi seperti ini....
Selepas segala urusan check-in selesai, urusan emigresen pula perlu di jalani, mmm...canggih juga pemeriksaan passport dipoint pemeriksaan emigresen di LCCT... aku pun tak lepas peluang menggunakannya... mudah dan cepat,
Tepat pukul 2.55 ptg perjalanan ke HCM City bermula dengan pesawat AirAsia AK 882 meluncur dgn lancar meninggalkan LCCT dalam cuaca yang baik serta cerah pada suhu 28 darjah Celcius... dengan kapasiti penumpang hampir memenuhi semua tempat duduk bersama 7 anak kapal.
Kerana cuaca yang baik dan cerah sepanjang perjalan panorama sekeliling dapat dilihat dengan jelas dan situasi yang tenang serta menghiburkan... masing-masing melayan fikiran dan fantasi mengikut citarasa tersendiri...
Sempat juga menjamu selera didalam pesawat, alhamdulillah masih ada rezeki untuk itu walau pun tidak membuat booking on-line dan dengan penumpang yang ramai...
sambil menjamu selera tak dapat digambarkan bagaimanakah wajah HCM City yang akan diinjakkan kaki dibuminya nanti....dalam kota fikiran hanya mengagakkan tiada apa yang istimewanya.... apa lah yang ada dari peninggalan kemusnahan perang yang panjang dan hanya bebas mulai 1977 pastinya mundur dan membosankan.... mmmm masih tanda soal yg teriyang-iyang dikotak fikiran...
Distinasi semakin dihampiri minit demi minit pada kelajuan 850Km/j dan ketinggian 37 000 kaki ditambah dengan cuaca yang baik segalanya menjadi semakin mudah dan lancar.
Lebih kurang 1jam 30 minit ketinggian pesawat dirasakan semakin menurun kaki demi kaki, pantai Vietnam mula kelihatan berbalam dilindungi awan nipis dan dataran Vietnam semakin kelihatan jelas.... lingkaran sungainya yang banyak dan luas semakin kelihatan nyata...
Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat semakin dihampiri ....semakin lama, semakin dekat..lampu insyarat tali pinggang keledar telah menyala menandakan landing gear akan keluar bila bila masa saja lagi... tiba-tiba kedengaran penguman dari corong infomasi " bersedia mendarat sekarang"... pesawat mulai dirasakan membelok ke kiri dan kemudian ke kanan melaras kedudukan ke landasan .......terasa pesawat semakin rendah dan tekanan menekan telinga semakin kuat, semakin hampir semakin kuat.....akhirnya tayar pesawat mencecah landasan dan tidak lama kemudian pesawat semakin perlahan dan akhirnya berhenti menunggu giliran menghampiri laluan kedalam lapangan terbang antarabangsa Tan Son Nhat, HCM City ...........
Selamat Berjumpa dan Selamat Datang Ke HCM City, Vietnam..... maka bermulalah perjalanan kami di bumi Vietnam.... tepat pukul 4.00 petang waktu tempatan bersamaan pukul 5.00 ptg di KL.
Teperanjat juga bila melihat kecanggihan lapangan terbang ini setanding dengan KLIA dan LCCT Sepang.... malah penumpang tidak perlu berjalan ke terminal tapi pesawat yg mendekati terminal dan bersambung dengan laluan perjalan kaki menuju ke laluan pemeriksaan emigresen Vietnam....
Sampai disini dulu buat kali ini .... jumpa lagi dilain catatan perjalanan di HCM City,Vietnam
Layannnnnnnnnnnn.......Jumpa lagi catatan di HCM City......
Wah wah wah, goreng, rebus, tumis semua ada secukup rasa..
BalasPadam