Jumaat, 11 Jun 2010

Cu Chi Tunnel,Senibina Pertahanan Rakyat Vietnam Hapus Belenggu Kuasa Besar 2 Zaman.


Walaupun keletihan seharian perjalanan ke HCM City dan semalaman berjalan di Pasar Malam Ben Thanh... hanya seketika melelapkan mata kerana alarm handphone telah pun berbunyi menandakan bahawa waktu suboh di sini sudah hampir dan aku bergegas ke bilik mandi..... bersiram dan bersiap.... touch-up ala kadar utk solat suboh....

Setelah semuanya selesai terus ke Bilik 003 untuk sarapan pagi ala kadar Malaysia Style.... makan roti gardiner dengan kaya plus milo 3 in 1.... alhamdulillah mudah-mudahan tak kebulur nanti..

Tepat pukul 8.30 pagi semua ahli 16 org telah pun bersiap sedia untuk betolak ke Cu Chi Tunnel dengan sebuah Tours Coach 22 seater dengan kos 5 USD bersama seorang tourist guide, Mr. Thung sebagai sumber infomasi kami sepanjang lawatan ke sana.

Pukul 9.00 pagi bas kami mula bergerak ke Cu Chi Tunnel setelah berpusing-pusing sekitar bandar untuk mengambil 4 orang pelancong bangsa Eropah dan Amerika...

Mr Thung mengalu-alukan semua yang turut serta dalam lawatan ke Cu Chi dan berbesar hati atas kesudian semua memilih Vietnam sebagai distinasi pilihan kali ini.. Beliau banyak menceritakan sejarah pembinaan Torowong Cu Chi ini yang pada awalnya dibina dalam usaha menetang penjajahan Perancis keatas Vietnam suatu masa dulu... dan mereka berjaya mengusir Perancis dan mendapat kemerdekaan...



Pada tahun 1963 Amerika Syarikat telah campurtangan dalam persegketaan antara Pentadbiran Saigon menetang Pentadbiran Hanoi maka peperangan yang lebih dahsyat dari apa yang berlaku semasa penentangan pembebasan semasa penjajahan Perancis dulu... maka teknik dan tektik semasa penentangan mengalahkan Perancis digunakan semula di Cu Chi ...... penetangan menggunakan Cu Chi Tunnel dan selepas lebih kurang 12 tahun Pentadbiran Saigon menyerah kalah dan mengusir tentera Amerika keluar dari Vietnam Selatan dan menjadi Negara Sosialis Vietnam dan Saigon ditukar nama kepada Ho Chi Minh City... bagitu lah lebih kurang ceritanya.

...menurut beliau lagi semasa campurtangan kuasa besar ini berbagai cara dan senjata moden dan canggih ketika itu di gunakan.... seluruh kekuatan dan keupayan serta teknologi terkini telah digunakan dalam menangkis penetangan dari pejuang-pejuang Cu Chi Tunnel ini.
.... antara yang terburuknya ialah penggunaan agent orange yang banyak memberi impak yang negatif terhadap generasi pewaris tanah Cu Chi ini.... atas dasar itu Amerika secara bersembunyi telah membiai satu yayasan bagi membantu mangsa agent orange ini dengan memberi bantuan keewangan membina pusat kraftangan yang hasilnya dijual kepada pelancong dan dengan tak secara langsung memberi peluang pekerjaan kepada mangsa-mangsa...
Pusat tersebut terletak di perantaraan perjalanan ke Cu Chi Tunnel so Acik thung cakap singgah kejap tengok-tengok apa yang patut..... layannnn... jer laa...


Kami singgah sebentar di pusat kraftangan tersebut lebih kurang 30 minit .... memang cantik dan menarik kraftangan yang dihasilkan halus dan bermutu tinggi..... tapi tu laa harganya lebih mahal dari yang terdapat di Pasar Ben Thanh.... tengok-tengok jer tak beli apa-apa pun....everthings sold in USD , .....i buy nothing...cause i not have enough money for that..
ingat nak juga membantu tapi apakan daya duit tak cukup... :D


Setelah memuaskan mata melihat yang cantik-cantik dalam showroom dan yang ada hajat ke wash room selesai kami pun menyambung perjalanan ke Cu Chi Tunnel....
.....sepenuh perhatian ditumpukan ke Cu Chi tunnel dikala ini.... pemandangan se
panjang perjalanan adalah perkampungan dan ladang getah..... sesekali terhangguk-hangguk menahan mengantuk....
Sehingga berjumpa lagi di catatan Cu Chi Tunnel 2.....
Layannnnnnnnnnn....






Jumpa di sana yer... Cu Chi Tunnel....
Jommmmmmmm...
* Bila melihat kesan peperangan di Vietnam ini membuatkan aku sedar dan menghargai betapa besarnya nikmat keamanan yang ada di tanah air tercinta Malaysia.... tiada apa untungnya jika kita terus bersengketa atas menegakkan ideologi sendiri dan tamak kan kuasa
serta agenda sendiri....... bak kata peribahasa : menang jadi arang kalah jadi abu....
jumpa lagi dilain catatan.*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan