....ditengah-tengah Sungai Mekong ini terdapat beberapa pulau yang besar antaranya Pulau Naga dan Pulau Penyu.... tapi tak der pun Naga mau pun penyu kat situ.
...kami pun sampai ke sebuah pengkalan bot ..... di sana kami telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan , setiap kumpulan 8 org ahli dan kena berpindah menaiki bot yang lebih kecil untuk melawat pulau-pulau yang lain....
.... Sesampai disana kami telah di bawa melawat tempat membuat candy yang diperbuat dari santan kelapa... OK gak rasanya... tapi aku risau gak nak makan nya.. tu pun aku tanya diaorg yang makan ..... hehehehe...
sesiapa yang berminat untuk berbasikal dan menaiki kereta kaldai boleh lah menyewanya dan mengelilingi pulau tersebut untuk melihat panorama dan aktiviti di pulau tersebut.....
..... 1 jam 30 minit kemudian... kami menaiki semula boat yang sama dan bergerak ketengah-tengah sungai mekong dimana di sana terdapat pelantar terapong dimana menjadi platform untuk berpindah menaiki bot yang hanya boleh dinaik oleh 4 penumpang beserta 2 pendayung untuk masuk lebih dalam ke Delta...... ini merupakan pengalaman yang bagi tak pernah naik bot macam tu ...satu pengalaman yang berharga...
...jika dilihat pendayung-pendayung bot tersebut memang mereka ini bekerja keras untuk mendapat rezeki dan dalam waktu yang sama membawa keunikan negara mereka kepada dunia luar.... memang mereka bersemangat dan komited dengan tugasan masing-masing..
...dalam lebih kurang 10 - 15 minit ... kami pun sampai ke pengkalan bot-bot kecil tersebut di tengah Delta....., disana kami telah dikumpulan di sebuah dewan terbuka dan diperdengarkan dengan nyanyian dari org vietnam dari bahagian utara.... OK gak laa... penyanyinya yang cunng ... sambil itu kami telah dihidangkan dgn buah buahan..
.... setelah duduk sebentar dan dihiburkan dgn nyanyian kami akhirnya dibawa kepusat pengumpulan hasil madu lebah dan biji bunga teratai.... kami telah dihidangkan dengan madu lebah yg dicampur perahan limau kasturi dan sedikit air.... suka aku dengan rasanya... ..... tapi nak beli boleh tahan gak harganya.... sebelum meninggalkan Delta Mekong sempat juga membeli serba sedikit cenderahati yang dijual di Delta ini yang mana jauh lebih murah dari yang di jual di HCM City....
30 minit kemudian kami menaiki bot 09 yg dinaiki semasa dtg ke Delta ini untuk kembali ke Pengkalan Chu Ong Du Ong, dalam perjalanan kami dihidangkan dengan air kelapa muda dan dalam pukul 4.00 ptg kami bertolak dengan bas ke HCMC dan sampai ke Hotel dalam pukul 5.45 ptg.... Mr. Thung sempat mengucapkan Selamat tinggal dan menyanyikan lagu Vietnam Ho Chi Min beramai-ramai... sporting laa diaorg ni dan menjadi trademark group kami SAME-SAME but DIFFERENT....sebaik saja sampai ke bilik masing-masing kami pun bergegas mandi untuk menunaikan solat.... magrib masuk waktu pukul 6.11 ptg...
Sampai disini dulu catatan di HCMC... jumpa lagi di lain masa......
Layannnnnnnnnnn
Takkan dah habis. Mana catatan untuk nyoping? Sambung jangan tak sambung..
BalasPadam