Memaparkan catatan dengan label Kemerdekaan Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kemerdekaan Malaysia. Papar semua catatan

Rabu, 21 September 2011

PENGHORMATAN UNTUK SETIAP WARGA MALAYSIA

imej dari carian google



Hari minggu tuari aku ada terbaca satu sajak atau puisi sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia dalam akhbar arus  perdana milik Syarikat kereta nasional kedua PERODUA, tertarik pulak aku dengan isinya dan gaya bahasanya yg kreatif dan sempoi jer... di sini aku salin semula sajak/puisi tu untuk kita kongsi bersama........


PENGHORMATAN BUAT SETIAP WARGA MALAYSIA.

BUAT MEREKA YANG SUKA ROTI CANAI CICAH SUSU PEKAT
YANG BILA RAYA DI LUAR NEGERI TERINGATKAN KETUPAT
JUGA MEREKA YANG SELESA TIDUR BERKAIN PELEKAT

BUAT MEREKA YANG BOLEH  MENGUASAI LEBIH DUA BAHASA
YANG BERKUNJUNG KE  BAZAR RAMADHAN DI BULAN PUASA
JUGA MEREKA YANG MAIN CONGKAK BERSAMA

BUAT MEREKA YANG TAK KENYANG KALAU TAK MAKAN NASI
YANG KALAU DI KAMPUNG SUKA SEKALI MANDI AIR PERIGI
JUGA MEREKA YANG KERAP BERULANG-ALIK MENAIKI FERI

BUAT MEREKA YANG SERING BERTANYA AWAK DAH MAKAN?
YANG BILA BERTEMU MEMBERI SALAM MENGHULUR TANGAN
JUGA MEREKA YANG PERAMAH WALAU BARU BERKENALAN

BUAT MEREKA YANG SETIA MENYOKONG PAASUKAN NEGARA
YANG SUKAKAN BUAH DURIAN, LANGSAT DAN BIDARA
JUGA MEREKA YANG MENGHARGAI KEINDAHAN ALAMNYA

BUAT MEREKA YANG BERKORBAN UNTUK MERDEKA
YANG MERINTIS KEBEBASAN KETIKA SEAWAL MALAYA
JUGA MEREKA YANG BANGSA BERGELAR WARGA MALAYSIA

BUAT MEREKA YANG CINTAKAN BUMI BERTUAH INI
YANG DI SEMENANJUNG, SABAH DAN SERAWAK SEKALI
JUGA SEMUA WARGA MALAYSIA
KERANA ANDA KEUTAMAAN KAMI


~ PERODUA~  building Cars Peolple First.



Antara kita, ada wira tak didendang yang berjuang demi kemerdekaan, antara kita ada mereka yang menggerakkan negara mencapai kemajuan.....kerana kita semua warga Malysia.
Ingatlah asal-usul kita ini dan pastikan jalur gemilang terus berkibar megah.
"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"

dari carian google.


Sekian perkongsian kita untuk kali ini sehingga berjumpa lagi di lain masa dan catatan.
wabilalhitaufik walhidayah,



Jumaat, 16 September 2011

Selamat Hari Malaysia 48 dan Selamat Hari Kemerdekaan 54






Hari ini merupakan hari sambutan Hari Malaysia mengambil sempena peristiwa pembentukan Negara Malaysia dengan persetujuan Sarawak dan Sabah bergabung dan seterusnya mendapat kemerdekaan dari Kerajaan  Inggeris yang telah menjajah Borneo lebih 300 tahun.

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Tarikh terbentuknya Malaysia perlu lebih dihayati, dikenang dan dihargai bukan sahaja oleh rakyat Sabah dan Sarawak tetapi juga seluruh rakyat Malaysia yang akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Merdeka pada 31 Ogos bagi mengingatkan rakyat akan perjuangan mencapai kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan dan persefahaman antara kaum.

Jika tahun 1981 pemisahan itu dirapatkan melalui penyeragaman waktu dan kini dimantapkan dengan sambutan Hari Malaysia. Pengertian Hari Malaysia perlu disebar luaskan kepada rakyat supaya pemahaman mengenainya lebih mendalam. Kita perlu fahami, emosi menyambut Hari Malaysia adalah berlainan dengan perasaan menyambut Hari Kemerdekaan.

Namun begitu sambutan hari tersebut perlu ada pengisian yang bermakna dan berkesan. Tanggal 16 September diraikan sebagai memperingati hari bersejarah bagi rakyat Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak kerana pelbagai kaum dan etnik bersatu untuk mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia.

Pada hari tersebut seharusnya rakyat di seluruh negara dapat merapatkan lagi hubungan antara kaum dalam suasana muhibah. Gagasan 1Malaysia akan bertambah mudah jika semua kaum dapat bersatu menjadi sebuah masyarakat yang kukuh jati dirinya.  .

Oleh kerana sambutan Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada 30 dan 31 Ogos pada tahun ini, maka sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 telah di rayakan serentak bersama Hari Malaysia ke 48 bagi menghormati sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada 31 Ogos tersebut. Maka pada tahun ini Hari Malaysia disambut serentak dengan Hari Kemerdekaan.



SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA DAN HARI KEMERDEKAAN...
Semuga negara kita terus maju makmur dan hidup dalam harmoni serta selamat kepada semua rakyatnya...
Insyaallah....aaminnn.

Sekian catatan kali ini sehingga berjumpa lagi di catatan yang lain.
Selawat dan Salam buat Rasulullah s.a.w
Wabillahitaufik walhidayah